Saturday, January 06,
2007
Masih Mekar Di dalam Hati
Satu saat ketika
terhimpun kasad yang meninta simpul cinta di hati, meniliki saat madu kemanten
terkemam oleh kelung masa berinti lingkar tanggungjawab yang menanti, sesudah
memenuhi tugas, suami ingin mengisi kenangan agar tidak luruh hiba di saat
dugaan menguji saat masih berkemaruk kasih yang mohon dijauhi dikhianati.
Biar bersahaja hasrat itu kuat meruntun runtuh membekas di sudut jiwa...
Biar bersahaja hasrat itu kuat meruntun runtuh membekas di sudut jiwa...
"Tidak baik
memikirkan perkara yang tidak berlaku... seolah-olah mahu menolak interaksi
niat dan hasrat jujur hati lalu mengizinkan tanggungjawab memperalatkan
diri..." kata lemak merdu bermadu lunak sesekali memalit pahit adalah
kelaziman di saat masih muda menyusuri hidup berumah tangga...imbasan- imbasan masa lalu adalah sesuatu yang tetap indah untuk dikenang bila sarat pengalaman mengindahkan kehidupan.
"Venice atau Venezia secara
perlahan-lahan akan ditenggelami oleh kenaikan paras laut seandainya tiada
usaha dilakukan bagi menghalangnya berlaku..." wajah yang menuturnya saya
renungi.
Pemblog (bertudung di sebelah kanan) bergambar bersama dengan suaminya. |
"Mengapakah di sini
wanita-wanitanya ayu menawan?"roh insan mulai memahat mengusik jiwa agar
tidak wewenang ditunduk emosi ...
"Supaya isteri abang menjadi cemburu..." ungkapan biasa
yang mahu menghangatkan rasa.
"Kami adalah hamba Allah yang menundukkan nafsu
untuk beramanah dalam mengasihi...itulah permintaan lelaki sehingga
berjaya menjadi suami!"pantas bahu saya didakapi suami.
Bangunan-bangunan lama
jarak antaranya membina lorong sempit sebagai laluan utama gondola. Dengan sekali pandang sukar untuk diketahui yang mana pintu hadapan dan yang mana laman di bahagian belakang apabila lautan menjadi halaman rumah-rumah di Venice.
Pasangan muda dari Jepun
mempelawa agar kami bersama memudiki tenang laut sambil menikmati keunikan
konkrit binaan rumah-rumah yang berwarna-warna. Gelombang laut merintangi hasrat kami kerana ketika itu saya sedang berhadapan dengan 'mabuk' dengan kandungan anak ketiga.
Rakan dari Jepun yang sama bermusafir bersama kami. |
Kami hanya melambai
pasangan dari Jepun itu yang amat popular kerana kerap membawa peralatan lengkap kamera
untuk merakamkan setiap lokasi yang menambat hati. Sesuatu yang membekas di
hati, pasangan muda ini sentiasa tersenyum dan kerap membongkok ketika berseliseh
dengan kami. Mereka umpama produk industri yang menjadi jenama sikap
inovatif...memesrakan diri tanpa rasa rendah diri.
Sambil merenung wajah suami
lancar disuarakan,"kita pula kerap bergelut dengan timbunan krisis antara
elit tidak sekata helah menyimpan senario semasa, etnik sengsara tersesak rasa,
marhaen bergiliran menjadi mangsa... salam barakah milik kita tidak terlihat ia
memperkuat ikatan keyakinan antara hati jiwa dan raga."
Coklat pahit pemberian
seorang wanita yang telah menjamah usia senja dengan dialek pekat
Irishnya, dipatah dua untuk kami mengalas perut tatkala aroma harum parmesan
cheese,olive marjoram dan bawang putih menusuk hidung... dalam suhu yang berada di bawah paras beku, dinginnya membuatkan rasa tidak sihat bila hidung mulai berair.
Lantaran kesuntukan masa kami cuba
mencari ruang selesa sebelum Asar memasuki waktu.
Saat itu gereja utama di Vanice sedang dalam
pengubahsuaian.
Walaupun kerja pemulihan sedang dijalankan, pelancong yang membanjiri Venezia tetap diraikan dengan dibenarkan memasuki sebahagian dari perkarangan gereja yang luas itu.
Kami ketika itu sering menggunakan 'kamar rehat' dan sering memuji kebersihan dan cara bina serta hiasan dalamannya. Dengan alasan inilah sering 'kamar-kamar kecil' itu menjadi tempat kami mengqasar dan menjamakkan solat-solat zhuhor dan ásar.

Waktu itu juga pernah saya berasa gembira tatkala ada wanita
jelita yang ranggi bergaya menyapa saya dengan soalan, "apakah kamu seorang muslim?"
Benar, saya bersolat di kamar tandas di perkarangan salah sebuah premis di Vanice.
Kamar itu besar dan bersih.
Sejurus selesai bersolat saya bertemu semula dengan suami yang menanti di ruang legar premis tersebut.
Seketika mata saya tertumpu pada kain yang merentangi bangunan utama dengan perkataan 'ERATA DELL'ISLAM - ARTS'S ISLAMICA IN ITALIA.'
Dengan lembut saya bisikan pada suami,"mungkin inilah sebabnya wanita jelita itu menyapa saya.

Merakamkan gambar suami di hadapan bangunan pameran seni islam - Vanice 1994 |
Waktu itu terasa kedatangan kami bagaikan dialu-alukan biar pun hanya
oleh pemidang yang tidak bersuara.
Waktu itu saya tidak pasti apakah minoriti muslimin di Italy mempunyai komuniti dan ulamak yang boleh dihubungi sekiranya kami berhadapan dengan kesukaran-kesukaran yang tidak diduga.
Waktu itu saya tidak pasti apakah minoriti muslimin di Italy mempunyai komuniti dan ulamak yang boleh dihubungi sekiranya kami berhadapan dengan kesukaran-kesukaran yang tidak diduga.