©Sebelum Kita Menjadi Ahli Akhirat Yang Miliki Mahligai Syurga dan Neraka

Isnin, 11 April 2016

Permusafiran Si Faqir Ramadhan Menunaikan Haji (1992)



Keadaan di Mina pada tahun 1992 



Semakin bertambah bilangan penduduk dunia bermakna jumlah muslimin dan muslimah yang wajib menunaikan fardhu haji di Mekah semakin perlu bergilir-gilir untuk mengerjakan ibadah yang menjadi fardhu yakni tuntutan mereka sebagai muslim.

Apabila Islam itu dibina dengan dasar pengakuan syahadah, mendirikan solat, membayar zakat, menunaikan haji di Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadhan,  pelancongan menurut akidah wajar tidak lagi mengitar perkara-perkara keburukan apabila kesihatan menjadi asas untuk perjalanan ke Mekah dan Madinah.

Apabila jihad bagi wanita antaranya ialah menunaikan haji dan umrah, apakah wujud perkaitan wanita dengan perbuatan 'ledakan bom ke atas diri' di dalam akhlak dan agama islam itu sendiri bagi negara-negara muslim?

Lalu masihkah sukar menjadikan pelancongan dan permusafiran itu antara asas kepada pembaik pulihan aliran sistem pengangkutan, kesihatan, pemakanan dan minuman, penginapan serta simpanan keewangan?

Apakah perjalanan ibadah seperti ini tidak diinsurankan setelah jamaah-jamaah haji memerlukan jaminan keselamatan dan insuran itu sendiri terdiri dari orang-orang yang melakukan pekerjaan yang tidak semata-mata pengumpulan wang sebagai modal keuntungan?





Harap Mendapat Perhatian


Agar mendapat perhatian.

Saya  tidak menggunakan email eilahaniff untuk akaun twitter dan instagram.

Saya meminta jasa baik 'penyamar' yang mengakses instagram dan dan twitter saya dengan nama eilahaniff agar tidak lagi berbuat demikian kerana Allah Melihat apa yang kita semua lakukan dan saya berdoa agar kita semua bertemu sebelum melintasi titian sirratul mustaqim.

Khamis, 16 April 2015

Permusafiran Si Fakir Ramadhan Masih Di Brno.

Saya masih terikat dengan kenang kenangan sewaktu bermusafir di Czech walaupun kenang-kenangan sewaktu bermusafir ke Turki semakin kuat menindan untuk dicatatkan permusafirannya.

Sementelahan bulan Rejab semakin hampir untuk menuntut sepenuh jiwa raga saya kepada pengisian rohani buatnya...sebelum bulan Ramadhan menyelimuti alam dan manusia yang berada di dalamnya.

Sesungguhnya masa untuk membaca dan menulis saya seperti disengajakan terbatas.
Kesibukan dengan tugas-tugas rumah tangga sebenarnya sudah memadai untuk saya menjadi lelah...

Qadar Allah menjadikan setiap perkara terletak sepadan dengan keupayaan setiap makhluk yang diciptakanNya namun apabila diusahakan agar manusia memiliki keluar biasaan,  keoptimuman itu upaya menjadikan manusia kehilangan fokus dan tumpuan perhatiannya.


Musafir ke Brno memberikan peluang untuk saya membaca diri orang yahudi tatkala saya masih gagal untuk membaca diri bagi bangsa arab.

Kesempatan yang diperolehi dengan permusafiran itu adalah penerusan perbualan saya secara rahsia dengan penyampai-penyampai berita di televisyen yang berbicara dengan bahasa yang tidak saya fahami oleh isu-isu yang berlaku di Mesir.


Hanya keturunan hamba sahaja yang sedia mentertawakan diri mereka apabila berjaya mempersendakan hidup orang lain.

Benar atau salah sehingga kini saya tidak mendapat jawapannya.

Lalu sanubari saya yang paling dalam bertanya kepada pengacara di dalam televisyen.

1- Apakah boleh puan menyatakan pendirian terhadap pemboikotan pilihan kepimpinan oleh Ikhwan Muslimin yang seperti menzahirkan ketiadaan upaya untuk menyerlahkan calon bagi dipilih sebagai perwakilan?

2- Pempromosian bagi meneruskan penguasaan sesebuah kerajaan setelah pembubarannya apakah benar-benar upaya melindungi hak rakyat setelah kadar simpanan kerajaan sering bersifat defisit sehingga tanggungan hutang meningkatkan harga keperluan pengguna?

3- Bagaimanakah kekayaan dari pendapatan negara-negara teragih sekiranya permasalahan yang 'terencana' seperti pembekuan aset oleh tempuh sesuatu polisi, tempuh sengketa kesan perang dingin dan kesan perlanjutan tempuh penyelesaian disepakatkan, telah menurunkan nilai semasa sandaran bagi asset dan harta tersebut khususnya ke atas asset dan harta negara muslim tatkala diketahui wujud kelaziman pelaburan dilakukan sewaktu harga berada di paras yang rendah bagi pembelian semula untuk diperolehi keuntungan?


Sesungguhnya masyarakat arab ramai di sini...amerikanisasi, britanisasi dan eropanisasi telah diserlahkan dari tindak tanduk rakyat Mesir ketika itu. Saya tertanya-tanya sendiri, adakah ini berlaku kerana ras bagi etnik arab yang berwarganegarakan Amerika, Eropah dan Afrika turut memiliki ras yahudi menjadi alasannya?


Apakah kesan ke atas kewujudan sebuah negara Palestein yang masih gagal dipastikan oleh Mesir dengan kuasa yang dimilikinya sebagai negara bebas apabila Rafah adalah kawasan yang berada di Mesir. Dengan kata lain benarkah Rafah dimiliki oleh Mesir bagi membolehkannya membuat keputusan yang juga dapat dipastikan agar hak-hak asas kemanusiaan tidak disanggakan hanya ke atas Mesir bagi menjadi sasaran kecaman masyarakat dunia terhadap ketidak perihatinannya ke atas  nasib saudara ereka di Gazza.

Ingin sekali saya bertanya apakah benar Presiden Amerika adalah seorang yang tidak bebas untuk membuat sesuatu keputusan?
Jika benar maka obligasi ini turut meletakkan jawatan ini berada di bawah penguasaan pihaak tertentu?


Terus suara rahsia saya berbicara perlahan perlukah nilai US$, pound, euro yen dan yuan mahu dijadikan jalur pembinaan demokrasi tatkala kekal India dan Cina dirujuk tatkala membcarakan demokrasi tanpa negara muslim upaya dijadikan rujukan?

Terus sahaja ingin ditanyakan tidakkah puan merasakan kenaikkan harga minyak akan mempermudah serta mempercepatkan diperolehi alternatif bagi agih guna sumber tenaga dipercepatkan proses penghasilannya yang akan menjadikan minyak mendapat saingan pesaingnya.

"Anda tidak wajar menjadikan bangsa saya sebagai kitaran semula lingkaran yang tidak pernah berubah meskipun ditunjukkan Cina dan India sebagai pengkemudi."

Seolah-olah saya terdengar suara puan itu berbicara.






Rabu, 25 Jun 2014

Musafir Si Fakir Ramadhan

Kanak-kanak sekolah di bandar Wein, Austria

Entah bila catatan permusafiran Si Fakir Ramadhan ini akan berakhir apabila bertimbunan ingatan masih tidak terlerai dari pemikiran saya.  

Musafir ketika beribadah haji dan umrah lebih dua puluh dua tahun yang lalu masih segar di dalam ingatan...entah berasa resah entah berasa sedih entah berasa cemburu oleh bertali arusnya saudara, sahabat dan rakan ke Mekah dan Madinah, ingatan lebih dua puluh dua tahun yang lalu masih menghimpunkan ingatan-ingatan yang segar di hati ini.

Sinar Syakban semakin menzahirkan keinginannya melabuhkan tirai buat Ramadhan yang dinanti dengan penuh kerinduan oleh para muslimin di seluruh dunia...yang bersiap sedia untuk memangku kebarakahan malam Lailatul Qadar...

Dan diri ini masih disula oleh 'arab spring' yang kembali lena oleh dodoian dendangan rentasan siri sukan yang sepenuhnya ditadahi oleh negara-negara di Teluk, tatkala unta-unta telah dijangkiti jangkitan wabak MERS- CO-V saya tertanya-tanya mimpi siapakah yang tidak menjadi?


Tatkala Imam Mahadi ditaakul oleh Yahudi, Nasrani dan Muslimin tanda-tandanya, tatkala Yakjuj dan Makjuj dan Al-Masih al-Dajjal ditilik dan dimanuskripkan ke dalam filem, mengapakah dasar pendidikan di Amerika dan England yang masih mengekalkan pemisahan agama dari kehidupan tetap dinanti untuk diambil sebagai ikutan bagi ummat Nabi Muhammad sallallah hu alaihiwassalam?

Ingin juga dilontarkan rasa sejauhmanakah kesedaran dirasionalkan bahawa perhimpunan Syiah sempena memperingati peristiwa di Karba telah menjadi perhimpunan ke dua terbesar bagi ummat manusia selepas perhimpunan di Arafah, Mekah dan Madinah bagi masyarakat muslimin?


Jesteru kerana itu kita tidak boleh berterusan kekal untuk mencabar penyatuan ummah ini jika masih mahu membawa isu-isu hak-hak kemanusiaan, kebersamaan dan kasih sayang serta kebebasan dengan  memfokuskan hak-hak homoseksual, lesbian serta persaingan gender bagi membuka jalinan sosial bagi membina sifat terbuka ke atas masyarakat moden abad 21 ini.


Saya gusar jika kemabukan terhadap holly wood dan bolly wood menjadi kaedah masyarakat moden berealiti tatkala ke dua kumpulan ini kekal menternak masyarakat pengguna.

Mengkonsumerkan modal insan bagi menghindari penyakit di dalam masyarakat?

Dengan apakah pengintegrasian bina insan dilansungkan?

Mediakah yang tidak berjaya mensolusikan kebolehan  kita?

Rindukan bulan Ramadhan.

Linguistik Di Dada Muhammad Sallallah hu alaihiwassalam



Imej lelaki arab kelihatan di sebelah kiri



Mungkin sekiranya diketahui muzium ditutup saya tidak mendaki bukit itu.
Bumi di tanah bukan muslim juga milik Allah.
Brno
 Brno

Jambatan Charles

Seperti wujud kejujuran tukang-tukang ukir yang mengukir imej-imej pepatung di Jambatan Charles di bandar Vienna/Wien, Austria tatkala terlihat imej lelaki yang memakai serban dan tersisip pisau yang membina imej lelaki arab pada salah satu patung di atas jambatan ini.

Namun nubuwwah tidak membina imej masyarakat moden di Austria dan Republik Czech kerana minda moden dibina oleh kemajuan pembangunan akal yang disandarkan tanpa menyentuh jiwa dan rohani untuk pengubudiahan kepada Pencipta adalah perbezaan yang jelas di antara negara nasrani dengan negara muslim.

Peradaban arab meninggalkan kesan yang tidak dapat dipadam di kebanyakan negara-negara di Eropah.

Sains pada Al-Quran menjadikan masyarakat eropah mempunyai kekayaan pada bidang kajian apabila angka-angka diberikan bahasa dalam bentuk susunan kod yang menginovasikan pelbagai kemahiran berasaskan sains dan matematik.

Linguistik sebagai titik mula pengucapan komunikasi antara manusia dengan Penciptanya.

Nabi Musa alaihisalam berkomunikasi dengan Rabbul Jalil.

Rasullullah sallallah hu alaihiwassalam menempa penghalaan linguistik dengan malaikat Jibrail yang menjadi Imam bagi solat di bulan Ramadhan di Gua Hira'.


Tatkala malaikat dengan manusia itu upaya berhubung erat kerana keimanan apakah sudah tiba masanya untuk menolak tawaran musuh nyata manusia dari kalangan para syaithon menjadi rakan?


Khamis, 22 Mei 2014

Permusafiran Si Faqir Ramadhan

Sebelum meninggalkan Wien (bandar bersejarah di Austria) untuk pulang ke Brno (Republic Czech) saya sempat membaca buku Prague In Danger tulisan Peter Demetz yang dibaca secara sekilas lalu sahaja.

Kelaziman yang mengitar minda kekal berulang, berupayakah demokrasi mengindustrikan manusia yang mempunyai peradaban dan bersifat moden terhadap zaman oleh keintelektualan sikap oleh pembinaan agama tatkala kekal ekstrimis dibahukan untuk islam apabila melirik catatan Mr. Peter Demetz terhadap agihan tenaga bagi mengindustrikan peperangan yang memerlukan pelbagai peralatan dan radas serta sistem pengangkutan.

Bagaimanakah dibuka dedikasi masyarakat pelarian terhadap kepayahan dan kesukaran realiti tiadanya pilihan di dalam hidup mereka oleh ketiadaan asas-asas keperluan yang menjadi hak asasi bagi manusia?

Bangunan sebagai tempat tinggal bukan hak asasi?

Pasport pengesahan kewarganageraan bukan hak asasi?

Dijamin oleh undang-undang bukan hak asasi?

Naluri kemanusiaan untuk diadili bukan hak asasi?

Mempertahankan diri atau negara bukan hak asasi bagi mereka yang didiskriminasi atau dizalimi?

Terlalu kecil makna hak untuk tidak berbaju atau hak untuk perluahan emosi setelah tiadanya sistem perhambaan, penjajahan dan peperangan serta setelah zaman menjadi moden.

Catatan-catatan Mr.Peter Demetz dihubung-kaitkan dengan susunan bicara pandangan Mr.Stephen Klimczuk dan Mr.Gerald Warner of Craigenmaddie apabila memandang bangunan dan pembinaan semula Wien dan Brno yang juga musnah oleh peperangan dunia pertama dan ke dua.

Di sudut minda menulis, 'how to protect  people dear, Sirs and madames.

Kebebasan kemerdekaan sesebuah negara itu tidak memerlukan perlindungan dan penaungan negara luar.

Tidak pula upaya menyembunyikan ria jiwa membaca keupayaan Mr. Mark Twin yang berjaya menggelapkan peranan khalayak seni dari Eropah Timur apabila catatannya banyak bersandarkan kekurangan-kekurangan fahaman fascist dengan kemunasabahan alasan mengapa sikap anti yahudi dilakukan oleh masyarakat Vlajka pada waktu itu.

Secara peribadi saya menyetujui bahawa akal dan minda yahudi adalah serupa asas binaan pemikiran intelektual Nabi Adam alaihissalam adalah dari Jurusalem walaupun sperma yang menjadikan segumpal darah dan daging untuk nasab keturunan bani manusia.

Namun tatkala sangkalan mahu dilakukan mengapakah seperti dipersetujui jejak Iblis yang mahukan Nabi Adam tidak dihormati?

Ia membuatkan ingin ku fahami siapakah pula si Yakjuj dan Makjuj serta khalayak yang termasuk ke dalam kalangannya.

Satu pagi saya diarahkan supaya pergi ke bangunan di atas bukit itu pada ketika muzium itu sedang ditutup untuk dilawati.
Bersendirian berjalan di atas salji dengan tapak kasut yang licin.




Rabu, 21 Mei 2014

Permusafiran Si Faqir Ramadhan Ke Brno



Bagaimanakah ta'aruf dan taqwa menjadi proses untuk menjana pendapatan bagi masyarakat muslim dari dunia ketiga ketika sebuah negara kecil seperti Republic Czech hanya menjual barangan buatan negara kesatuan mereka sahaja.



Bangsa yang berbeza rupa itu masih penting untuk membina jati diri.

Aliran pemikiran moden masyarakat di Austria masih dilitupi oleh kekuatan jati diri mereka yang melalui pengalaman peperangan dunia telah menjadikan generasi terdahulu masih menghargai sejarah bagaimana negara mereka dibentuk.


Saya menemui seorang wanita yang telah berusia emas  yang menjadi juru tunjuk atau 'tour guide' kepada kami yang dapat dianggap sebagai keputusan 'bidan terjun' sebaik sahaja tiba di bandar Wien.

Madame Soffia adalah seorang wanita yang telah berusia yang menjadi juru pandu kami untuk mengisahkan tentang bangunan dan lokasi yang dianggap mercu tanda kepada Wien.
Madame Soffia masih bertenaga dan ceria untuk berhadapan dengan suhu yang mencapai  -13 celsius dengan tiupan angin yang kencang kepada kami yang turut disertai oleh sepasang pelancong yang menggunakan bahasa yang tidak dapat kami fahami.

Pada waktu malam seperti itu lazimnya seorang wanita seperti Madame Soffia hanya berada di rumahnya oleh kedinginan malam namun usia tuanya itu seperti anugerah yang diberikan untuknya menyumbang budi dengan menjadi penunjuk perjalanan.
Pemandu van yang memandu kenderaan pada malam itu juga terdiri dari seorang lelaki yang telah berusia.

Gabungan usia tua dan muda masyarakat Austria serta Republic Czech umpama sebuah institusi yang dibina oleh sejarah silam persengketaan dunia untuk saling mengikat mereka bebas dari belenggu dan lingkaran kekejaman peperangan.

Dia sempat bertanya kepada saya apakah dikenali nama Karel Capek dan Milan Kundera serta beberapa nama yang sukar disebut. Sungguh malu bila saya terkenang katanya bahawa jika suka membaca, nama-nama penulis Republic Czech wajar diketahui kerana kebanyakan tulisan dan penceritaan penulis negaranya ini menjadikan setiap rakyat Czech sebagai hero.

Sayang sekali kerana saya tidak dapat menahan kesejukan wajah Madame Soffia tidak saya rakamkan.