Saya masih terikat dengan kenang kenangan sewaktu bermusafir di Czech walaupun kenang-kenangan sewaktu bermusafir ke Turki semakin kuat menindan untuk dicatatkan permusafirannya.
Sementelahan bulan Rejab semakin hampir untuk menuntut sepenuh jiwa raga saya kepada pengisian rohani buatnya...sebelum bulan Ramadhan menyelimuti alam dan manusia yang berada di dalamnya.
Sesungguhnya masa untuk membaca dan menulis saya seperti disengajakan terbatas.
Kesibukan dengan tugas-tugas rumah tangga sebenarnya sudah memadai untuk saya menjadi lelah...
Qadar Allah menjadikan setiap perkara terletak sepadan dengan keupayaan setiap makhluk yang diciptakanNya namun apabila diusahakan agar manusia memiliki keluar biasaan, keoptimuman itu upaya menjadikan manusia kehilangan fokus dan tumpuan perhatiannya.
Musafir ke Brno memberikan peluang untuk saya membaca diri orang yahudi tatkala saya masih gagal untuk membaca diri bagi bangsa arab.
Kesempatan yang diperolehi dengan permusafiran itu adalah penerusan perbualan saya secara rahsia dengan penyampai-penyampai berita di televisyen yang berbicara dengan bahasa yang tidak saya fahami oleh isu-isu yang berlaku di Mesir.
Hanya keturunan hamba sahaja yang sedia mentertawakan diri mereka apabila berjaya mempersendakan hidup orang lain.
Benar atau salah sehingga kini saya tidak mendapat jawapannya.
Lalu sanubari saya yang paling dalam bertanya kepada pengacara di dalam televisyen.
1- Apakah boleh puan menyatakan pendirian terhadap pemboikotan pilihan kepimpinan oleh Ikhwan Muslimin yang seperti menzahirkan ketiadaan upaya untuk menyerlahkan calon bagi dipilih sebagai perwakilan?
2- Pempromosian bagi meneruskan penguasaan sesebuah kerajaan setelah pembubarannya apakah benar-benar upaya melindungi hak rakyat setelah kadar simpanan kerajaan sering bersifat defisit sehingga tanggungan hutang meningkatkan harga keperluan pengguna?
3- Bagaimanakah kekayaan dari pendapatan negara-negara teragih sekiranya permasalahan yang 'terencana' seperti pembekuan aset oleh tempuh sesuatu polisi, tempuh sengketa kesan perang dingin dan kesan perlanjutan tempuh penyelesaian disepakatkan, telah menurunkan nilai semasa sandaran bagi asset dan harta tersebut khususnya ke atas asset dan harta negara muslim tatkala diketahui wujud kelaziman pelaburan dilakukan sewaktu harga berada di paras yang rendah bagi pembelian semula untuk diperolehi keuntungan?
Sesungguhnya masyarakat arab ramai di sini...amerikanisasi, britanisasi dan eropanisasi telah diserlahkan dari tindak tanduk rakyat Mesir ketika itu. Saya tertanya-tanya sendiri, adakah ini berlaku kerana ras bagi etnik arab yang berwarganegarakan Amerika, Eropah dan Afrika turut memiliki ras yahudi menjadi alasannya?
Apakah kesan ke atas kewujudan sebuah negara Palestein yang masih gagal dipastikan oleh Mesir dengan kuasa yang dimilikinya sebagai negara bebas apabila Rafah adalah kawasan yang berada di Mesir. Dengan kata lain benarkah Rafah dimiliki oleh Mesir bagi membolehkannya membuat keputusan yang juga dapat dipastikan agar hak-hak asas kemanusiaan tidak disanggakan hanya ke atas Mesir bagi menjadi sasaran kecaman masyarakat dunia terhadap ketidak perihatinannya ke atas nasib saudara ereka di Gazza.
Ingin sekali saya bertanya apakah benar Presiden Amerika adalah seorang yang tidak bebas untuk membuat sesuatu keputusan?
Jika benar maka obligasi ini turut meletakkan jawatan ini berada di bawah penguasaan pihaak tertentu?
Terus suara rahsia saya berbicara perlahan perlukah nilai US$, pound, euro yen dan yuan mahu dijadikan jalur pembinaan demokrasi tatkala kekal India dan Cina dirujuk tatkala membcarakan demokrasi tanpa negara muslim upaya dijadikan rujukan?
Terus sahaja ingin ditanyakan tidakkah puan merasakan kenaikkan harga minyak akan mempermudah serta mempercepatkan diperolehi alternatif bagi agih guna sumber tenaga dipercepatkan proses penghasilannya yang akan menjadikan minyak mendapat saingan pesaingnya.
"Anda tidak wajar menjadikan bangsa saya sebagai kitaran semula lingkaran yang tidak pernah berubah meskipun ditunjukkan Cina dan India sebagai pengkemudi."
Seolah-olah saya terdengar suara puan itu berbicara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan