Bagaimanakah ta'aruf dan taqwa menjadi proses untuk menjana pendapatan bagi masyarakat muslim dari dunia ketiga ketika sebuah negara kecil seperti Republic Czech hanya menjual barangan buatan negara kesatuan mereka sahaja.
Bangsa yang berbeza rupa itu masih penting untuk membina jati diri.
Aliran pemikiran moden masyarakat di Austria masih dilitupi oleh kekuatan jati diri mereka yang melalui pengalaman peperangan dunia telah menjadikan generasi terdahulu masih menghargai sejarah bagaimana negara mereka dibentuk.
Saya menemui seorang wanita yang telah berusia emas yang menjadi juru tunjuk atau 'tour guide' kepada kami yang dapat dianggap sebagai keputusan 'bidan terjun' sebaik sahaja tiba di bandar Wien.
Madame Soffia adalah seorang wanita yang telah berusia yang menjadi juru pandu kami untuk mengisahkan tentang bangunan dan lokasi yang dianggap mercu tanda kepada Wien.
Madame Soffia masih bertenaga dan ceria untuk berhadapan dengan suhu yang mencapai -13 celsius dengan tiupan angin yang kencang kepada kami yang turut disertai oleh sepasang pelancong yang menggunakan bahasa yang tidak dapat kami fahami.
Pada waktu malam seperti itu lazimnya seorang wanita seperti Madame Soffia hanya berada di rumahnya oleh kedinginan malam namun usia tuanya itu seperti anugerah yang diberikan untuknya menyumbang budi dengan menjadi penunjuk perjalanan.
Pemandu van yang memandu kenderaan pada malam itu juga terdiri dari seorang lelaki yang telah berusia.
Gabungan usia tua dan muda masyarakat Austria serta Republic Czech umpama sebuah institusi yang dibina oleh sejarah silam persengketaan dunia untuk saling mengikat mereka bebas dari belenggu dan lingkaran kekejaman peperangan.
Dia sempat bertanya kepada saya apakah dikenali nama Karel Capek dan Milan Kundera serta beberapa nama yang sukar disebut. Sungguh malu bila saya terkenang katanya bahawa jika suka membaca, nama-nama penulis Republic Czech wajar diketahui kerana kebanyakan tulisan dan penceritaan penulis negaranya ini menjadikan setiap rakyat Czech sebagai hero.
Sayang sekali kerana saya tidak dapat menahan kesejukan wajah Madame Soffia tidak saya rakamkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan