Rabu, 21 Mei 2014

Permusafiran Si Faqir Ramadhan Ke Brno

Kini sudah memasukki bulan Rejab untuk tahun 1435H yang bermakna saya perlu memulakan membetulkan niat untuk mempersiapkan usaha-usaha menemukan malam barakah Lailatul Qadar yang mulai membarakahi alam dengan Kasih Sayang Allah pada bulan Ramadhan nanti.

Namun catatan semasa bermusafir bersama suami ke Republik Czech masih tidak dapat diselesaikan. lantaran kehilangan fokus dan minat oleh rutin harian sebagai suri rumah yang semakin bertambah...

Menyebak skrin laptop ke dua ditemui catatan yang ingin sekali ditujukan untuk anak-anak remaja belia saya yang tidak suka membaca.   


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah dikau masih sedia menerima bahawa Amerika adalah antara contoh pada susut nilai kebebasannya yang menyonsang tuntutan akhir zaman?

Ku lihat anakku tersenyum...

Homoseksual dan lesbian tidak diajar oleh mana-mana agama, anakku.

Sekolah juga tidak mendidik jalan menuju ke arah sifat ini setelah dikau mengetahui bahawa agama Kristian dan Yahudi tidak menganjurkannya.

Seimbas saya terkenangkan pemandu teksi di Brno yang memarahi sepasang anak muda yang bercengkarama sambil berkucupan ketika dalam perjalanan menghantar kami ke tempat penginapan pada malam yang sejuk dengan rebasan hujan yang mulai merintik pada kedinginan salji yang masih bertumpuk-tumpuk putih di muka jalan.

Lelaki Brno yang masih di ambang usia awal empat puluhan itu memperlahankan kenderaannya sambil menurunkan tingkap keretanya menegur anak-anak mudanya dengan lafaz perkataan yang kami tidak fahami. Namun jelas di wajahnya dia tidak menyukai perbuatan seperti itu.

Seorang bapa lazimnya menjadi pembela. Sudah diketahui hal itu. Namun tatkala berada di sebuah negara yang pernah berfahaman komunis dan terdiri dari bangsa yahudi saya terpegun seketika. 

Seandainya mereka mengetahui akhlak islam yang menjadi sebahagian dari asas membina adab adat resam budaya masyarakat melayu muslim apakah masyarakat di negara komunis ini upaya duduk semeja dengan kami membincangkan kesan keruntuhan moral anak-anak hasil garapan ahli hiburan selama ini.

Atau sedia tertunduk silukah masyarakat melayuku yang berjiwa serakah andai terpandang wanita-wanita yang mengghairahkan  sehingga melupakan seketika perempuan dan wanita yang terdiri dari ahli-ahli keluarga mereka yang memerlukan pembelaan dan pemeliharaan mereka?


Saya tidak pasti apakah penerimaan anak-anak saya memandangkan mereka tidak pernah mengambil endah pada setiap pertanyaan. Mereka seperti tidak beremosi walau pun berperasaan.

Saya gusar pada kemahuanmu yang seolah-olah bersetuju untuk mewujudkan 'perjanjian/agreement' ke atas setiap pasangan muda belia memperolehi taraf hubungan seperti mana ikatan perkahwinan ke atas perhubungan bebas tanpa pernikahan. 
Hubungan bebas tanpa perkahwinan ini akan melahirkan masyarakat dan generasi nanak-anak di luar pernikahan yakni anak-anak yang tidak sah haknya disisi undang-undang keluarga islam juga undang-undang sivil walau pun mereka ini tidak berdosa tetapi kedudukan mereka yang tidak sah ini menjadikan mereka tidak berkelayakan mewarisi harta.


Saya tidak membenci tanpa alasan dan fahamilah keturunan itu bermakna pertalian dan perhubungan yang menentukan asal usul dalam pertalian darah oleh pernikahan.

Hukum nikah adalah sunnah dan menjadi wajib jika mahu menjauhi perzinaan.

Pergaulan antara lelaki dan perempuan walaupun berada di dalam zaman moden masih serupa masih sama pada saat diturunkan ayat-ayat yang melarang bebas pergaulan di antara jantina yang berbeza ini.

"Katakanlah (Muhammad) kepada lelaki yang beriman agar menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci buat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan."


Sudah sampai ketikanya menjaga alat kemaluan menjadi ilmu di dalam kesihatan dan thaharah di dalam ilmu islam pada ketika ummat bersiap sedia  memahami jenis wabak penyebaran penyakit.

"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman agar menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan auratnya kecuali yang lazim terlihat."

Sumber-sumber penyakit telah ditegaskan dari cahaya ayat perintah ini.

Adalah sakit bila terpaksa menyembunyikan kesemua kesakitan sehingga hubungan toleransi semakin menyusutkan nilai-nilai ketabahan bila sudah terzahir ketidak bolehan kita untuk berkompromi di antara satu sama lain.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan