Catatan ini dicatat pada 14.8.07 bersamaan hari Selasa kira-kira enam tahun lalu.
Di awal penghijrahan saya dan keluarga ke Qatar, agak
hebat rasa yang bermain di jiwa apabila diberitakan Republik Islam Iran
berusaha untuk menjadikan negara-negara teluk sebahagian dari tempat dan lokasi
yang terbaik untuk dikunjungi oleh masyarakat dunia terutama dari kalangan
muslimin sendiri.
Antaranya adalah mahu diwujudkan dua pantai yang berasingan buat lelaki dan wanita
dengan niat mahu memelihara nilai akhlak dan hubungan sesama insan agar adab
dan perilaku antara ahli dari institusi kekeluargaan yakni hubungan di antara ahli keluarga muslim dapat ditandai perbezaannya dengan institusi kekeluargaan yang bukan islam untuk diteladani.
Berfikir seketika dapat diterima hakikat bahwa status datuk, nenek, bapa, ibu. anak lelaki dan perempuan, menantu, besan, ipar dan biras juga cucu hubungan di antara mereka perlu diusahakan agar tetap di dalam etika dan batas-batas yang meninggikan
peradaban tamadun insan dalam menyingkap nilai moral yang menjadi ciri keunggulan akhlak benar-benar
mantap untuk diketengahkan bagaimana syariat dari Islam mencorak mewarnakan
menunjuk teladan hukum fikh batas perbezaan antara insan apabila diamalkan,ia
masih relevan sesuai dengan alaf kemodenan zaman.
Ya - catatan ini setelah enam tahun berlalu masih relevan bagi menyokong syariah sebagai produk apabila akhirat sebagai masa hadapan ummah.
Siapakah yang sedia merintis bagi mencorakkan stuasi baru bagaimana syariat berupaya menjadi
alternatif untuk dijana keuntungan menerusi perlancongan?
Alhamdulillah sekiranya fokus minda ini tidak tersasar sejak mula kemahiran menulis ditingkatkan, syariat islam tidak wajar bertandakan perniagaan apabila ia adalah kaedah fikh yang membentuk cara hidup islam kerana sumber-sumber ibadah sebagai asas binaannya adalah ditentukan oleh Allah Subhanahu Wataala.
Lantas bila syariat islam diberikan penanda perdagangan, kita dapat melihat kekusutan yang menjadi lingkaran ummat.
Lantas bila syariat islam diberikan penanda perdagangan, kita dapat melihat kekusutan yang menjadi lingkaran ummat.
Syariah sebagai produk masa depan ummah menjadi impak kepada fokus penulisan 'thanaif' yang gagal diterima oleh khalayak yang pernah memberikan senyuman tanpa sapaan mesra kira-kira tujuh tahun yang lalu.
Buat masa ini (ketika menulis catatan ini saya berada pada tahun 2007) belum
ada usaha besar-besaran di kalangan negara yang menjadikan Islam agama rasminya
menzahirkan bagaimanakah peraturan hijab itu sebenarnya berupaya menambah nilai
kemuliaan tamadun dan peradaban manusia yang mendorong konsep beribadah di
dalam bermuamalah demi menjadi alternatif meningkatkan ikatan saling
menghormati dan memelihara adab dan pekerti.
Produk-produk global seumpama ini berupaya mengketengahkan fesyen
yang tidak mencirikan cita rasa semata-mata dengan nilai komersial dalam mendapatkan keuntungan bahkan menzahirkan kesungguhan
untuk memenuhi perintah larangan dan suruhan Allah.
Fesyen-fesyen di alam global dengan ciri kemodenan tidak sepenuhnya memenuhi piawaiaan syariah lantaran daya yang dipengaruhi oleh ikon
tertentu tidak sama sekali sesuai untuk dipelihara maslahat masyarakat yang
semakin tenat oleh gejala keruntuhan akhlak terutama di kalangan generasi muda.
Pasarana halal membentuk mentaliti pelaku dan pengamalnya untuk
seiring antara sikap, sifat dalam perbuatan yakni memberdayakan kebolehan diri setiap muslim menegakkan institusi halal di dalam keluarganya terlebih dahulu di alaf ini
amat diutamakan.
Lantaran dagangan di dalam Islam tidak semata bertujuan mencari
keuntungan bahkan dituntut untuk saling meluaskan khidmat berkebajikan.
Sudah sampai saatnya kuasa membeli yang tinggi difokuskan kepada
hanya negara-negara yang sentiasa memperlihatkan kesediaan untuk berinteraksi
secara sihat dan menyenangkan marhaen yang miliki taraf warga yang berdaulat.
Pasarana media dan telekomunikasi juga perlu diadun semula supaya
tujuan berhibur turut miliki sifat mendidik mengasuh yang tidak semata-mata
mempromosi budaya kerana integrasi budaya adalah mencerna mengubah memperbaiki
suasana dan persekitaran supaya menjadi semakin baik yang menonjolkan perwatakan peribadi wanita dan
anak-anak yang perlu menjadi cermin untuk dilihat sikap suami dan
bapanya yang sedia dan mampu mendirikan syariat di dalam diri mereka sendiri.
Saling mempengaruhi ikatan institusi kekeluargaan antara kegemilangan kudwah hasanah di dalam Islam.
Saling mempengaruhi ikatan institusi kekeluargaan antara kegemilangan kudwah hasanah di dalam Islam.
Media dengan sifat dan ragam informasinya amat berperanan untuk
membantu terbinanya sifat-sifat baru bagi menjenamakan produk global yang lebih
bermutu dari segi kandungan, inti dan kualiti tanpa terasuh untuk mempasaranakan
sifat luarannya semata-mata.
Seakan sesuatu yang malang apabila kemajuan teknologi yang semakin
maju menjadikan soal keselamatan sebagai alasan untuk hadirnya
ketidakseimbangan manusia dalam melestarikan kuasa.
Paparan di layar yang
diaudit hingga ke rangka tubuh manusia masih menjadi alasan kesuraman sikap
diskriminasi itu tidak disedari apabila ianya hanya wujud di lokasi dan imej identiti tertentu sahaja.
Apakah andai semua tanpa pakaian akan dianggap isu keselamatan
telah selesai lalu di mana pula mahu diletakkan ukuran nilai akal yang
melahirkan peradaban dunia?
Mahu tidak mahu perlu ada yang berani mengubah sasaran negara-negara yang
jelas menujukan permusuhan dan kecurigaan yang tinggi dalam membina kerjasama
hubungan serantau.
Apakah tidak mendera emosi sendiri apabila masih dicari sumber untuk berpendapatan di negara dan lokasi yang disasarkan sebagai musuh saat angkasa mereka juga mahu dijajarkan pancaran gelombang frekuensi dan satelit?
Sesunguhnya kesediaan dan kebolehan untuk tidak terus melayani kebimbangan dari rasa
kecurigaan sesetengah pihak terhadap keinginan muslimin bertanggungjawab
terhadap agamanya telah memberi peluang untuk dilihat penjanaan semula ekonomi
yang menjadikan etika moral sebagai modal bermuamalat.
Modal bermuamalat dengan Allah hanya memerlukan sabar, syukur, takut
dan harap di samping pemurah yang menjadikan budi dan ihsan iringan untuk
bertaqwa.
Masih banyak isi kandungan Al-Quran yang wajar sedia ditaakulkan untuk dicermati teladannya dari hadis-hadis Rasulullah sallallah hu alaihiwasalam.
Masih banyak isi kandungan Al-Quran yang wajar sedia ditaakulkan untuk dicermati teladannya dari hadis-hadis Rasulullah sallallah hu alaihiwasalam.
Cinta dan kasih semata-mata gagal untuk menerbitkan makna beribadah.
Modal bermuamalat sesama insan upaya menghindari dari rasa kebimbangan memperolehi kemiskinan oleh keinginan menyempurnakan keredhaan Allah tanpa mempertikaikan
takdir sesudah berusaha.
Apakah laras dan tanda kebajikan tidak mempunyai nilai akhlak kepada penyumber, pelopor, pengamal dan penajanya?
Terimbas sewaktu berpeluang bermalam di salah sebuah hotel di
Doha, makalah dan bahan bacaan ada yang berdwi bahasa tetapi tidak ditemui kitab Al-Quran. (ketika itu)
Seperti mana di tanah
air, hotel berbintang lima tidak memiliki Al-Quran yang tafsirannya di dalam
bahasa melayu.
Apakah kekal bahasa masih belum sempurna menunjukkan asli jiwa sesuatu
bangsa tatkala memperkatakan tentang ummah?
Melalui Marhaba beberapa peringatan diingatkan kepada pelancong
agar menghormati budaya dan adat resam penduduknya yang masih tidak menerima
untuk berpakaian yang menzahirkan aurat di hadapan khalayak. (Itu dahulu, kini larangan dan peraturan itu hanya bersifat peringatan semata-mata sahaja. Perubahan ini menyedihkan pada sisi sederhana yang diinginkan pengekalannya.)
Mengiklan negara tidak bermakna meninggal dan mengabaikan teladan iman, tradisi dan adat untuk dihayati susur alur umbi dan akar bangsa serta agamanya.
Apakah boleh terjemahan ayat ini menjadi asas bagaimana Al-Quran juga mempromosikan pelancongan?
"Setelah itu dikatakan kepadanya. Dipersilakan masuk ke dalam istana ini."
Maka tatkala ia melihatnya disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air seraya itu ia menyinsingkan kainnya (jilbab?) dari dua betisnya.
Nabi Sulaiman berkata: "Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca."
Puteri Balqis lantas berdoa : "Wahai Tuhan ku sesunguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan kini daku mengikrarkan bahawa daku berserah diri menerima islam bersama Nabi Sulaiman kepada Alah Tuhan sekelian alam."
Apakah boleh jauh marhalah di antara Yaman ke Baitul Muqaddis difahami sebagai perjalanan yang boleh dinyatakan sebagai pelancungan?
Lantas dari manakah sumbernya sehingga slot 'Travel dan Trekking' mu menjadikan aib menyelimuti mata ku, memijarkan minda ku sehingga menghangatkan emosi ku!