Sabtu, 1 Mac 2014

Permusafiran Si Faqir Ramadhan Ke Brno.





Memerhatikan bangunan peribadatan kaum nasrani ...

Wujud soalan yang digusari ia akan menjadi ngeri

Bicara diri sendiri dalam diam memerhati...


Bersendiri menjadi saksi ...

Menahan rasa yang memberatkan emosi

Inginkan didengari perihal kitab Al-Quran ku yang suci?



Quran ku berdiri dengan hukum-hukum Ilahi...

Membacanya mendapat pahala kerana ibadah yang murni

Mendekatkan diri dengan Ilahi kerana mentaati...



Membaca Quran, kami beroleh syafaat di kemudian hari ...

Satu huruf darinya satu hasanah yang berpecah menjadi sepuluh kebajikan diberi 

Apakah sama perolehan tuan dan puan pada kitab Bible kelian bila dibaca berulang kali?

Memperolehi barakat satu huruf satu hasanah turutkah menjadi nikmat buat bangsa nasrani dan yahudi seperti kami?



Saya seolah-olah dibenci dimusuhi kerana bertanya berulang kali bagaikan sengaja melukai ...

Bagaikan saya diarah untuk diusir jauh pergi ke mana-mana yang dingini

Tatkala bertanya apakah sama pahala barakat kebajikan hasanah untuk diketahui makna kitab-kitab suci ...


"Sistem perhambaan apakah masih dianuti oleh waris keturunan bangsa qibti?"

"Ataukah suku Lewi itu bukan zionis?"



Tidak diduga sewaktu di Vienna kamar penginapan kami berkedudukan di sebelah bangunan yang tidak jauh dengan Kementerian Keewangan Kesatuan Eropah.

Pantas minda saya menulis catatan :

Negara kecil ini memeilih untuk menggunakan nilai mata wangnya sendiri yakni koruna (kc) yang jauh lebih rendah berbanding euro?

Adakah kos sara hidup yang rendah ini mahu digambarkan sebagai kemiskinan?

Ini kebingungan baru saya pada ketika itu apabila membaca bahasa ekonomi moden.


1 euro = 24 koruna = 5 qatar riyal?




Pemusafiran Si Faqir Ramadhan Ke Brno

Kebelakangan ini terasa sangat sukar untuk menulis. Mengurus kebangkitan kesedaran sangat mengimpakkan minda dan seluruh panca indera ini.

Kebangkitan kesedaran... ungkapan yang terbit tiba-tiba... dan media pula yang seolah-olah menjadi penyelamat walau pun mereka sedang bersaing untuk mempromosikan pengulangan skrip yang sejarahnya perlu didepani dengan jujur.

Negara dan parti bagi sebuah kerajaan telah menjadikan seolah-olah wujud penjenayah di kalangan para pengundi yakni rakyat yang memerlukan penguatkuasaan undang-undang yang menjamin keselamatan.


Catatan ini masih berkisar pada pemusafiran di Republic Czech yang masih tidak dapat dikemaskinikan apabila gangguan-gangguan siber semakin sukar ditoleransikan.


Tekanan tidak wajar kekal menjadikan kesempatan dicipta.

Adakah kemiskinan telah menerbitkan kekayaan untuk disama ratakan cara pemperolehannya apabila masih kedudukan universiti-universiti didominasikan berdasarkan usia penubuhannya?

Jika benar mengapakan Mesir masih miskin apabila berdirinya Universiti Al-Azhar dan imej Cairo atau Kaherah masih kekal seperti kota yang mundur dan tidak menjadi tujuan destinasi di kalangan masyarakat muslimin berbanding kota London dan negara Eropah yang lainnya?

Keterlaluan menjadikan dunia bersimpati dengan Afrika sesuatu yang sangat mengjengkilkan.

Adakah Afrika benar-benar  'mati' setelah ketiadaan Tuan Mandela walau pun setelah saliran minyak dan gas melingkari seluruh sempadan Teluk untuk didinginkan gelombang gelodak yang wujud sejak berakhirnya dekad kurun ke sembilan belas dan kian bermulanya siri pilihanraya-pilihanraya?
Kematian Tuan Ghaddafi juga tidak meninggalkan kesan?


Salji yang turun pada malam ketibaan kami di Brno mendamaikan...

Bersua wajah-wajah ras arab di sini menimbulkan ujaran rahsia apakah pagar-pagar 'api' di sepanjang persisiran Mediterranean, Selat Hormoz Laut Arab dan  menjadikan pelarian sebagai status yang menyelamatkan?


Prinsip moral dengan prinsip falsafah dari teori demokrasi akhirnya menuju kepada tuntutan ekonomi.

Melihat realiti masyarakat di Brno adalah contoh yang berupaya memanafaatkan kesan sejarah bahawa peperangan dan penentangan bukan ciri masyarakat yang berpengetahuan.


Mungkin pengalaman dari peperangan-peperangan dunia telah menawarkan rawatan yang upaya menstabilkan hubungan sesama mereka.

Dari jendela kamar yang dingin minda berbicara dengan patung-patung yang kaku tinggi berdiri di sudut-sudut bangunan,'dikaukah yang menjadi lelaki-lelaki keramat untuk bangsa mu terselamat dan dikaukah juga yang memposisikan muslim agar bertingkah zalim?


Namun tidak mungkin dapat menafikan bagaimana bangsa yahudi ini telah memaksimumkan penggunaan tanah tatkala melihat lingkaran jajaran bangunan kediaman yang bertingkat-tingkat berpusar berkeliling mengikut lingkungan kontor yang menyusun ciri dan bentuk penampilan sifat binaan reka rupa bangunannya menuju ke arah penggunaan tenaga yang dioptimumkan kadar pengeluarannya.


Rupa dan ciri persamaan bangunan-bangunan di Brno dan juga Praha di sepanjang kesempatan menyusurinya membuat diri memahami sememangnya wujud kota-kota kristian sejak berjayanya tamadun manusia dibina.

Benarkah bangsa ini tidak pernah mengetahui tentang nabi-nabi yang seketurunan dengan mereka tatkala sesetengah mereka mengakui negara mereka turut dibina berasaskan kepada laras penanda agama dari langit?

Atau apakah hanya pada ciri fizikal dan material sahaja yang menjadi laras penanda beragama buat penganut Kristian dan yahudi?

Ataukah ia semata-mata kerana penyesuaian dengan kesan cuaca dan pemaksimuman sumber bahan binaan?

Kekuatan apakah yang menjadi garis ukur untuk bangun-bangunan ini berjaya dilhamkan sebegitu rupa?

Sisi pandang terhadap kota bani kristian apakah juga akan dicela tatkala anggaran hitungan angka-angka bagi diadaptasikan pada reka seni yang mengidentitikan ciri agama juga telah lama dilakukan oleh Abu Raihan Al-Biruni?


Di manakah waris zuriat Al-Biruni yang disejarahkan sebagai individu yang berasal dari Uzbekistan?

Tidakkah sejarah adalah realiti tatkala asas-asas bagi keintelektualan Al-Biruni ialah biometik?