Sabtu, 6 Julai 2013

Travelodge Pemusafiran Si Fakir Ramadhan Ke Brno (Catatan Tanpa Kronologi)

Suria di mana-mana di atas bumi Allah
Lapangan terbang Vienna yang sangat sederhana  tetapi sibuk

Catatan permusafiran saya tidak menuruti kronologi...


Setibanya di lapangan terbang antarabangsa Vienna kesemua kemelut kronik perut menuntut pengurainnya.


Memasuki kamar-kamar kecil di lapangan terbang di kebanyakan negara-negara di Eropah bagi pemusafir seperti kami yang tidak pernah memasuki balai Bunga Raya bagi penumpang-penumpang istimewa dari khalayak penerbangan kelas business membuatkan saya mengingati perjalanan-perjalanan pada kunjungan tahun 1994 dan tahun 2000 di mana saat beristinjak menjadikan diri berasa silu...


Ahhh....

Bagaimanakah cara kehidupan dan keperluan muslimin masih tidak menjadi antara alasan sesuatu binaan dan reka rasa cipta dan binaannya disahihkan wajar diberikan kepekaan?

Kamar tandas terlalu kecil. Sangat terasa sukar ketika perlu beristinjak dan mengambil wuduk di dalam keadaan berlapis pakaian dan berstokin...

Apakah masih sengaja mahu didilemmakan stuasi benar yang hak bahawa keamanan sudah berada di mana-mana?

Penzahiran cara beribadah muslimin yang perlu berwuduk lima kali sehari pada musim panas tetap serupa ketika tibanya musim dingin.

Mebihkan basuhan anggota wudhuk dari paras yang ditentukan basuhannya sangat indah bila difahami bahawa berwudhuk itu bukan perbuatan yang sia-sia...bila setiap anggota itu bakal bercahaya di akhirat nanti...

Keindahan mendirikan solat adalah pada pergerakkan-pergerakkan yang beriringaan di antara anggota yang zahir dan batin...


Kesingkatan waktu fajar ketika itu menjadikan kami bergegas menunaikan janji subuh dengan Allah di lorong keluar masuk sambil dipandang anih oleh pemandu yang menunggu kami pada subuh yang amat dingin itu.


Negara Kesatuan Eropah masihkah tidak sedia mengenali erti sebuah masjid bagi kaum muslimin setelah berakhirnya Perang Suci?

Rakyat muslim di negara-negara islam melihat sebuah gereja dan synagogue atau sebuah bangunan ibadat agama tabii yang lain seperti kuil, tok kong dan gereja di tanah dan bumi mereka sebagai hak yang dihormati.



Kincir angin yang memenuhi tanah-tanah peladang di sepanjang perjalanan menuju Brno

Apakah masih perlu wujud perasaan segan dan silu malah gusar untuk menzahirkan ibadah solat yang mendapat pahala ini di kalangan muslimin?

Sesungguhnya jauh di dalam sudut sanubari kebanyakan masyarakat bukan islam , jiwa dan pemikiran serta ketrampilan muslimin umumnya diterima oleh mereka. 

Wajah subuh dari Vienna menuju ke Brno


Apabila bangsa yahudi dan nasrani menjawat jawatan tinggi dan berkhidmat di negara-negara islam di sudut yang manakah muslimin dilihat sebagai pencetus perbalahan sehingga wujudnya persengketaan?

Tatkala bangsa ini berkemahiran menjadi pereka yang mengurus kepada peralatan perbekalan sesalur perkabelan serta perkakasan tenaga eletrik apakah kekal mereka ingin menutup minda dan hati terhadap keberdayaan muslimin bertoleransi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan