Istana |
Setelah suami ke tempat kerjanya saya hanya bertafakkur kepada pemandangan alam yang tidak dapat dilihat di tanah air saya Malaysia dan di tempat permaustautin kami sekeluarga di Qatar, menjadikan terasa tidak wajar disia-siakan setiap perbezaan yang menjadi fitrah alam ciptaan Allah subhanahu wataala.
Suhu tidak wajar menjadi alasan untuk manusia berasa malas dan tidak berdaya...
Masyarakat yang berbudaya dengan kemodenan sehingga kebebasan berasasinya menghasratkan terbukanya aurat, sebenarnya sedia menutup tubuh mereka tatkala kesejukan menyelimuti jasad indah mereka itu.
Makna dengan kata yang lain ialah sesungguhnya di dalam hati mereka masih ada nilai kebaikan cuma mereka tidak memperolehi petunjuk untuk digilap keluhuran kebaikan yang tersembunyi jauh di dalam sanubari mereka.
Tatkala itu saya mengimbas bahawa di hadapan Kaabah juga pernah di zaman sebelum terbitnya iman tatkala masih belum lahir lagi Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassallam, manusia yang masih berbaki keinginan untuk beragama tidak berpakaian ketika bertawaf di hadapan Kaabah.
Apakah mahu dilindungi kejahiliahan ketika itu hanya dek kerana keegoaan atau ketidak berpengetahuan mengenai iman kembali membina sifat kejahiliahan peradaban moden?
Istana Spilberk Brno Dari Jendela Kamar Yang Disewa |
Pemandangan sejurus subuh berakhir |
Kebersendirian saya di kamar seharian tidak menjadikan minda, jiwa, emosi dan fizikal kaku walau pun salji kerap turun memutihkan penglihatan.
Apatah lagi saya kembali 'dicerca dan diumpat' oleh wanita dan lelaki yang 'dayus' oleh keekstrimisan konsep 'perfectionist' lakaran dari sentimen sekularis yang dihayati dari irama materialistik yang tidak sedia diubah sistemnya, meski pun mereka melaungkan irama lagu yang bersenikatakan perubahan. (Sebenarnya senikata lagu yang saya dengari dijadikan 'lawan' bagi menemani sessi monolog kebesendirian saya. Keterbatasan saya memahami bahasa asing menjadikan diwujudkan 'lawan' untuk berbicara.)
Saya mendalami sanubari rasa yang sering bergelora... Lantas apakah yang menjadi sanggahan andai rupa dan roman yang berbeza upaya menafikan kehendak yang mahu diwacanakan?
Apakah benar kesan ketampanan dan kejelitaan juga memang menjadikan sesetengah kita sedia mendiskriminasi dan berhipokrasi meski berpengetahuan tinggi?
Lalu siapakah yang wajar bertanggungjawab ke atas kerendahan esteem diri yang disengajakan dirasai oleh kebanyakan kita?
Pakar Motivasi?
Pakar Perunding Cara?
Doktor?
Pereka Fesyen?
Jurubina/ Jurutera?
Orang Kaya?
Seniman/ Seniwati?
Pelawak/ Penyanyi?
Guru/ Peguam Cara?
Apakah pandangan tertentu mengenai kesejagatan dunia dan alam serta manusianya mahu dipersaingkan tatkala penyudutan sisi pandangnya tidak saling terpisah di antara kesan sosiologi ke atas psikologi yang mencetuskan aksi dan tindakan-tindakan ke atas siasah oleh keberkesanan aktiviti makro dan mikro manusia yang mendimensikan kepelbagaian perspektif bagi mencapainya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan