Sabtu, 22 Jun 2013

Travelodge Musafir Si Fakir Ramadhan (Tidak Sedia Menerima Islam Sebagai Pengubah Dunia?)



Bendera-bendera negara pengurus pentadbiran dunia

Tidak bersediakah Menerima Islam Sebagai Pengubah Dunia?

Siapakah yang dimahukan oleh kepimpinan dunia hari ini  untuk menjadi sebagai pengubah dunia jika mereka sendiri begitu mudah diubah yang dilaraskan oleh kepentingan?


Bagaimanakah mahu dijawab pertanyaan ini?


Bagaimanakah mahu menyakini kewujudan syarikat-syarikat yang dikuasai dengan ekuiti saham adalah satu usaha sama bagi melokasikan pengurusan tender misalnya seperti pembinaan lingkaran pengaliran minyak gas dan urus tenaga, telekomunikasi pengangkutan dan kesihatan yang tidak begitu diserlahkan pada rangkaian pengedaran makanan yang penyempurnaan kesucian pada sudut pembersihan, penyediaan serta pengkajian makanan yang membantu kepada penyeimbangan keadilan ke atas pendidikan ummat dengan pengurusan yang baik selaras dengan syariah islam.


Pembinaan rantaian makanan terkait dengan pendidikan?


Siapakah yang sedia dan mahu menolak realiti dunia sudah menjadi semakin kecil dan tidak berjauhan di antara satu sama lainnya?


Lalu apa yang mahu dituntut menjadi keseragaman ialah tidak wajar hanya individu-individu dan bangsa-bangsa tertentu sahaja dianggap berjaya merintis dan menerokai medan yang telah tersedia dibangunkan kesan dari pencerahan yang membaik pulihkan kelemahan-kelemahan yang wujud.



Benarkah kita semua begitu menginginkan muslim di England dan negara Kesatuan Eropah sebagai perintis kepada makna amalan demokrasi yang sihat tatkala banyak negara lain di Asia Jauh dan di Asia Tenggara berjaya menyerlahkan kemusliman mereka melalui parti politik yang diketuai oleh ulamak melalui amalan demokrasi yang jauh lebih kukuh pemahamannya?


Hotel International Bruno - Republik Czech

Saya di Brno ketika itu kerap bersendirian kerana suami bertugas dari pagi sehingga petang dan siang pantas bertukar menjadi gelap dan apabila salji turun perjalanan agak terbatas sementelahan bandar Bruno bukan seperti Praha.

Menjadi kebiasaan tatkala mengikuti suami bertugas di luar negara, saya tidak akan keluar bersendirian dan menghabiskan masa dengan membaca sehingga suami pulang dari bekerja.

Menonton laporan berita yang tidak difahami dan paparan laporan sukan yang tidak upaya diikuti siaran lansungnya melalui televisyen kerana menggunakan bahasa Czech, melihat individu dan kelompok manusia berambut perang keemasan, melihat susuk fizikal yang tegap besar tinggi dengan roman wajah yang sentiasa dikatakan sebagai mempersonakan, memerhati peri laku yang sering sedondon dengan wajah dan rupa dan pakaian mereka membuatkan saya tertanya di dalam diam, adakah kerana sifat fizikal yang begitu menjadikan hanya mereka dan masyarakatnya sahaja yang dimahukan untuk merintis makna kepada amalan demokrasi yang sihat di kalangan muslim?


Hari ini baru dicatatkan bacaan fikiran terhadap fakta yang tersembunyi bahawa "looks like Palestein still a separately issue for democracy".

Tetapi saya tidak tahu kepada siapa lagi mahu ditanyakan mengenainya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan