Salji turun di malam pertama setibanya di Bruno |
Sewaktu kami ke Bruno kegawatan sedang berlaku di Mesir yang mendapat liputan di stesyen televisyen Bruno.
Sementelahan di awal ketibaan kami salah seorang petugas hotel telah memperkenalkan dirinya sebagai rakyat Tunisia yang sangat bergembira dengan perkembangan yang berlaku di Mesir ketika itu saat Presiden Hosni Mubarak berjaya diturunkan oleh rakyatnya sendiri.
Tatkala tidak memahami bahasa kebangsaan Bruno yang sepenuhnya digunakan oleh media berita eletroniknya, minda mulai mencatat tidakkah dunia menginginkan untuk melihat masyarakat muslim berketurunan yahudi dan nasrani di England dan negara-negara di Kesatuan Eropah diterima bila amalan demokrasi di kalangan kerajaan-kerajaan negara tersebut sering menzahirkan ketoleransian dalam mempraktikkan kematangan politik yang tinggi untuk dihayati kefahaman pembacaan sejarah oleh tamaddun eropah yang mana sebahagian besar di timurnya merupakan negara-negara yang berfahaman komunis.
Adakah negara di Eropah kekal menjadi sumber untuk membenci islam tatkala sebahagian besar rakyat kelahiran dari negara-negara kesatuan mereka berada di Asia / Eropah telah semakin menyerlahkan kemusliman mereka oleh kewujudan hubungan baik yang dinteraksikan dari pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sukan?
Saya menduga kaedah yang bagaimanakah upaya diterima terhadap kehadiran parti politik dan harakah islam yang pernah diperintah oleh ulamak hasil dari amalan demokrasi di Malaysia diberikan pembaikan pulihannya oleh rakyat di negara saya Malaysia, tanpa kekal terlalu merujuk hanya kerajaan pusat yakni kepimpinan dari Barisan Nasional sahaja tatkala kerajaan Pakatan Rakyat juga merupakan kerajaan yang sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan Malaysia natijah dari amalan demokrasi?
(Perkara yang sama pernah dicatatkan di website BBC tetapi dengan menggunakan bahasa kebangsaan sahaja apabila saya sedar wujud suara bahasa melayu di perbadanan penyiaran itu).
Adakah media masih kekal tidak mendapat pencerahan atau rakyat di negara saya sendiri yang tidak berjaya mendapatkan pencerahan hasil dari penghayatan mempunyai hubungan melalui teknologi?
Lantas kerana itu sediakah diterima kelemahan mereka yang berada di teluk ialah kerana tidak mempunyai pembangkang seperti mana yang dimiliki oleh tanah air saya Malaysia sehingga berjaya menubuhkan kerajaan bagi menjadi pemantau ke atas kerajaan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan