Sabtu, 19 Oktober 2013

Bulan Haji



Ya Allah
Jadikanlah kami redha dengan penentuan Mu
Dan Berikanlah keberkatan kepada kami pada perkara-perkara yang ditetapkan bagi kami.

Berikanlah kami kalimah yang ikhlas ketika tenang dan ketika kami marah.

Berikanlah kami kesederhanaan ketika kami miskin dan ketika kami kaya.

Kurniakanlah bagi kami penghisaban yang sejuk setelah mati.

Ya Ghanni Ya Hamid Ya Mubdi'u Ya Mu'idu

Yang memuliakan kejadian makhluk dan yang mengakhirkannya

Kayakanlah kami dengan harta benda yang halal

Jauhkan kami dari yang haram

Berikanlah kami apa yang mendekatkan kami dengan syurga Mu

Pada pengucapan, perbuatan, amalan, niat dan iktikad.


Berikanlah kami kebaikan yang dipohon oleh Nabi Mu, Kekasih Mu, Utusan Mu dan hamba Mu

Muhammad bin Abdullah sallallah hu alaihiwassallam.

Luruskanlah akal, iman dan keyakinan kami.


Kembalikanlah Al-Aqsa kepada kami.

Selamatkanlah kami dari dari Dajjal dengan mengangkat hijab rahsia mereka yang membenci agama Mu.

Ampunilah ibu bapa kami, saudara, dan ahli keluarga kami.

Berikanlah afiat ke atas kami dan mereka yang mengerjakan haji, menguruskan pekerjaan dan kebajikan haji dan khalayak yang memberi khidmat suka rela kepada kaum muslimin.


Tetapkanlah mereka di dalam keimanan dan jauhkanlah kejahatan penzalim dari mereka.

Ya Allah terangkanlah hati kami dengan ilmu pengetahuan

Jadikanlah tubuh jasad kami untuk mentaati Mu

Bersihkanlah hati kami dari fitnah dan fikiran kami untuk mengambil iktibar.

Ameen.

Al Hajj


Tayangan secara live dari TV Saudi rangkaian 808 dan 807 Kota Madinah Al Munawarah dan Kota Mekah Al-Mukarramah



Milik siapakah kerajaan alam pada hari ini?
Kepunyaan Al Qahhar

Selasa, 1 Oktober 2013

Permusafiran Si Fakir Ramadhan



Seperti saya ditunjukkan agar meminta penanggungjawaban dari bani israel untuk mengakui bahawa sejarah yang tersimpan upaya dibuka untuk diperbetulkan oleh orang yang bukan sebangsa dengan mereka.

Adakah keberanian ini akan menjadikan saya diganggu setelah hanya akhirat dijadikan tujuan saya?

Saya tidak mahu mengambil walau sekecil hak yang bukan milik saya.

Memerhati bangunan mencermati perkara yang berada di sebalik apa yang terzahir minda melakar soal dan tanya adakah benar Kesatuan Eropah masih upaya ditolak oleh sesetengah rakyat di timur Eropah tatkala dicermati pengamatan mengenai rakyat Republik Czech di bandar Brno yang memilih bahasa mereka sendiri di dalam setiap komunikasi?




Sememangnya masyarakat tempatan di sini mengutamakan bahasa mereka sendiri. 

Teguh dan kuat memelihara pengenalan tanda yang mencirikan identiti diri tatkala masih tersembunyi hakikat bahawa peristiwa-peristiwa yang berlaku di Treblinka, Auschwitz dan Buchenwald terjadi oleh hasrat dan keinginan bangsa yahudi itu sendiri untuk memiliki Amerika?

Ataukah mereka amat menyedari bahawa bahasa itu turut menjadi tunggak yang membina laras budaya untuk dikenali identiti diri yang wajar dijadikan asas untuk tidak dilupuskan pengenalan diri ummat setelah bermulanya pembukaan jendela mellinium 21 ini?

Bagaimanakah merahsiakan kenikmatan keselesaan natijah dari pembangunan teknologi yang dicernakan oleh penyelidikan?



Permusafiran Si Fakir Ramadhan Ke Brno


Ada ketikanya bersiar-siar bersendirian memberikan lebih banyak fokus untuk membaca fikiran masyarakat yahudi dan nasrani di bandar ini. 

Mereka tidak kehilangan persaudaraan sebagaimana Mesir melalui salah seorang bekas Presidennya yang memisahkan kesatuan bangsa arab pada Perjanjian Camp David pada 1978.

Ahhhh ketika itu saya di tingkatan tiga dan berusia lima belas tahun yang mengedit-ngedit mata melihat kemeriahan yang diraikan terhadap perjanjian damai itu ditangani di akhbar ...

Meskipun ada kelukaan di Buchenwald, Auschwitz dan Treblinka atau pertindihan pada Nabi Isa sebagai anak Tuhan di antara Yahudi dan nasrani serta perselisehan antara Protestan dengan Khatolik, bagaimanakah masih mereka menyatu di bawah satu Kesatuan?

Tidakkah mereka menimba pengalaman dan ketinggian harga kemanusiaan Sallehuddin Al-Ayubi dan tatkala barakah Rasulullah sallallah hualaihiwasssllam seperti diabaikan, bagaimanakah tidak ku palingkan wajahku dari mu wahai bangsa arab?


Sepanjang perjalanan amat terzahir disiplin pada pemanduan pemandu yang ditugaskan untuk membawa kami ke Brno dari lapangan terbang Vienna. Pemandu tidak memandu dengan laju dan sentiasa mematuhi tanda-tanda yang dipaparkan di sepanjang jalanraya, meskipun waktu itu keadaan sunyi dan tiada kenderaan kerana masih awal pagi.

Hemah tinggi ini juga upaya dilihat pada cara pemaduan pemandu-pemandu kenderaan lainnya yang pada ketika memandu pada tahap kelajuan di antara 110-120 kilometer, mereka upaya memperlahankan kenderaan mencapai di antara 35 hingga 40 kilometer sepanjang laluan yang menempatkan pekan dan bangunan kediaman juga pejabat serta premis perniagaan.

Egokah yang membina disiplin mereka untuk berperibadi atau disiplin itu yang menyembunyikan ego yang mahu disembunyukan bagi dicari kekuatan untuk mereka berdiri kerana negara mereka adalah negara yang kecil dan terhad sumber pendapatannya?

Lebih menarik mata saya ialah kesediaan masyarakat tempatan tanpa batas usia menanti giliran dengan sedia berbaris panjang di stesyen bagi mendapatkan tram-tram dan keretapi serta bas-bas, menjadikan amat sukar ditemui teksi-teksi berhenti sesuka hati bagi menurunkan atau mengambil penumpang


Skoda dan kenderaan jenama kejiranan Austria seperti Hungry, Slovakia dan German menjadi kenderaan yang paling utama dipandu oleh masyarakat di Brno.


Kesederhanaan yang diserlahkan juga memikat hati untuk membenarkan naluri merasakan keberdayan pembinaan identiti jati diri negara yang berada di tengah-tengah arus kemodenan tamdun dunia moden sepenuhny didokong oleh rakyatnya yang menjadi penetu kejayaan dasar pembangunan manusia dan potensi-potensi untuk diri berkemandirian selain pembangunan fizikal.


Minda terdiam kerana stesyen-stesyen televisyen mereka masih menyiarkan siri-siri yang bersifat konservatif dengan program-program berbahasa Czech.




Permusafiran Si Fakir Ramadhan Ke Brno

Apabila ke luar negara tidak dapat dinafikan keamanan berada di sekeliling kita... bani yahudi berada di sekeliling kita, bani nasrani sentiasa mengalu-alukan ketibaan kita begitu juga atheis yang bertaburan di ceruk rantau eropah... bagaimanakah mahu berkata bohong ke atas fakta?

Lantas kelemahan masih berpihak kepada muslimin yang tidak dibenarkan untuk menzahirkan amalan ibadat mereka?

Atau masihkah wajar untuk berasa gusar menzahirkan kemusliman kita sendiri oleh pakaian, oleh makanan, oleh moral dan akhlak yang sememangnya amat berbeza dengan khalayak yang mendiami dan memiliki tanah-tanah dan bumi di eropah?


Saya sering tertanya apakah yang dilakukan oleh sikap diplomasi wakil-wakil konsulat serta para duta yang bersendikan komuniti pengurus tadbir di kalangan penjawat muslimnya pada jalur jaringan diplomatk?


Saya terlihat Brno dan Prague dengan kelompok lesbian dan pengamal seks bebas di kalangan masyarakatnya mungkin juga penuntut-penuntut wanita yang perlu menyara pelajaran mereka dengan pekerjaan-pekerjaan sebegitu.


Mengendung wanita-wanita yang bukan isteri atau menyentuh arak untuk menjelaskan kemodenan diri bertamaddun hanyalah imej-imej mundur yang tidak lagi wajar menjadi sifat para pengurus, pedagang, ahli siasah dan ekonomi, ahli masyarakat dan korporat malah penjawat serta petugas di sektor keamanan PBB yang muslim.

Sebagaimana tidak wajar imej besarnya turban dan lebatnya janggut bukan lagi imej yang wajar mencirikan muslim seseorang di antara kami bagi menolak sesetengah persetujuan yang mendakwa mereka yang beragama adalah bersifat radikal.

Adakah pemimpin atau sesiapa sahaja yang sedia berzina dan bebas menjadikan lelaki atau wanita yang bukan suami atau isterinya sebagai teman pengiring mahu dibenarkan menjadi sifat bertoleransi ummat?

Adakah gugur takrif radikal apabila lelaki muslim sedia berzina?

Begitukah konsep jaminan keselamatan diperakui tanpa upaya diubah walau sedikit?

Adakah pemimpin atau individu yang berasuah dan sedia  berkhianat terhadap amanah dan harta yang bukan hak mereka perlu diterima sebagai sifat bertoleransi ummat?

Adakah pemimpin yang menganjurkan persengsektaan dan menerbitkan syak wasangka ke atas rakyatnya sendiri oleh sedia dikenali oleh pengawalan ala mafia atau 'unit special branch' dibenarkan kekal menjadi sifat bertoleransi ummat dekad 21 ini?


Apakah pertuduhan yang menjejaskan moral dan akhlak yang bersentimenkan pendakwaan palsu terhadap individu atau pemimpin yang upaya mendekatkan perbezaan juga masih kekal menjadi sifat bertoleransi ummat di akhir zaman?


Permusafiran Si Fakir Rmadhan Ke Brno



 Wujudkah syariat bani Israel di sini?