Ada ketikanya bersiar-siar bersendirian memberikan lebih banyak fokus untuk membaca fikiran masyarakat yahudi dan nasrani di bandar ini.
Mereka tidak kehilangan persaudaraan sebagaimana Mesir melalui salah seorang bekas Presidennya yang memisahkan kesatuan bangsa arab pada Perjanjian Camp David pada 1978.
Ahhhh ketika itu saya di tingkatan tiga dan berusia lima belas tahun yang mengedit-ngedit mata melihat kemeriahan yang diraikan terhadap perjanjian damai itu ditangani di akhbar ...
Meskipun ada kelukaan di Buchenwald, Auschwitz dan Treblinka atau pertindihan pada Nabi Isa sebagai anak Tuhan di antara Yahudi dan nasrani serta perselisehan antara Protestan dengan Khatolik, bagaimanakah masih mereka menyatu di bawah satu Kesatuan?
Tidakkah mereka menimba pengalaman dan ketinggian harga kemanusiaan Sallehuddin Al-Ayubi dan tatkala barakah Rasulullah sallallah hualaihiwasssllam seperti diabaikan, bagaimanakah tidak ku palingkan wajahku dari mu wahai bangsa arab?
Sepanjang perjalanan amat terzahir disiplin pada pemanduan pemandu yang ditugaskan untuk membawa kami ke Brno dari lapangan terbang Vienna. Pemandu tidak memandu dengan laju dan sentiasa mematuhi tanda-tanda yang dipaparkan di sepanjang jalanraya, meskipun waktu itu keadaan sunyi dan tiada kenderaan kerana masih awal pagi.
Hemah tinggi ini juga upaya dilihat pada cara pemaduan pemandu-pemandu kenderaan lainnya yang pada ketika memandu pada tahap kelajuan di antara 110-120 kilometer, mereka upaya memperlahankan kenderaan mencapai di antara 35 hingga 40 kilometer sepanjang laluan yang menempatkan pekan dan bangunan kediaman juga pejabat serta premis perniagaan.
Egokah yang membina disiplin mereka untuk berperibadi atau disiplin itu yang menyembunyikan ego yang mahu disembunyukan bagi dicari kekuatan untuk mereka berdiri kerana negara mereka adalah negara yang kecil dan terhad sumber pendapatannya?
Lebih menarik mata saya ialah kesediaan masyarakat tempatan tanpa batas usia menanti giliran dengan sedia berbaris panjang di stesyen bagi mendapatkan tram-tram dan keretapi serta bas-bas, menjadikan amat sukar ditemui teksi-teksi berhenti sesuka hati bagi menurunkan atau mengambil penumpang
Skoda dan kenderaan jenama kejiranan Austria seperti Hungry, Slovakia dan German menjadi kenderaan yang paling utama dipandu oleh masyarakat di Brno.
Kesederhanaan yang diserlahkan juga memikat hati untuk membenarkan naluri merasakan keberdayan pembinaan identiti jati diri negara yang berada di tengah-tengah arus kemodenan tamdun dunia moden sepenuhny didokong oleh rakyatnya yang menjadi penetu kejayaan dasar pembangunan manusia dan potensi-potensi untuk diri berkemandirian selain pembangunan fizikal.
Minda terdiam kerana stesyen-stesyen televisyen mereka masih menyiarkan siri-siri yang bersifat konservatif dengan program-program berbahasa Czech.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan