Sabtu, 16 November 2013

Permusafiran Si Fakir Ramadhan Ke Brno


Setibanya di hotel yang ditetapkan oleh pihak ABB kami berasa amat kerdil di mata petugas yang menyatakan pada mulanya tidak ada penempahan bilik buat kami.


(Jika ABB ada masalah apa kaitannya dengan suami saya yang hanya menjadi 'kuli' bukan pengurus yang menduduki 'Directing Board')?

Saya sudah mulai tersenyum. 
Suami masih dengan sifat sabarnya mengeluarkan kesemua dokumen perjalanan kami bagi mengesahkan tujuannya ke Brno.

Setelah enam jam perjalanan yang dimulai pada dinihari waktu sepi membelah malam, kami masih berdiri-berdiri dengan senyuman meski hati dilamun ngilu menyentuh sanubari.

Pakaian sayakah menjadikan perjalanan suami tidak lancar sebagaimana sebelumnya? Atau wajah yang tidak berkacukan ini menjadikan paras saya kelihatan asing?

Kami pada mulanya diminta menunggu sehingga jam 2 petang untuk menantikan kekosongan bilik yang ditempah oleh majikan pelanggan setugas suami setelah mendarat sekitar jam 6 pagi waktu Brno. Kami menambah lebih dua jam lagi bagi perjalanan menggunakan kenderaan  dari Airport Vienna untuk ke Brno.

Kegagalan bagi dipekakan pada perbezaan waktu dan masa tiba dan mendaratnya bakal-bakal penghuni di sesebuah lokasi penginapan ada saatnya upaya menjadikan kelelahan semakin berat untuk digalas sehingga lesu itu turut mengunjungi kamar-kamar sesalur pembuluh yang kehilangan oksigennya.

Kami berbalas senyum apabila petugas menyatakan kami boleh menggunakan sebuah bilik penginapan untuk seorang sahaja sementara menunggu kekosongan bilik untuk kami.

Suami meminta agar bilik itu diberikan sebuah lagi katil kerana kami benar-benar kepenatan dan hanya mahu melelapkan mata bagi dihimpun semula carikan reja-reja lesu yang diladungi oleh amarah yang kami rasionalkan dengan kalimah sabar.

Rohani kami sering nyaman dengan ungkapan sabar.

Apalah yang ada pada kalimah sad ba ra ini?

Emosi kami menjadi intelek. Celik di dalam kesukaran yang dirumitkan oleh perasaan untuk diundang jiwa insan menemani kamar-kamar hati.

Udara panas gurun yang ditinggalkan di lapangan terbang Vienna tidak menjadikan jasmani kami hangat mungkin kerana dipeluk oleh kedinginan hawa yang mencecah hampir takat di bawah beku.

Dan sekali lagi saya terasa teruja emosinya apabila kami mengunjungi ruang untuk bersarapan yang telah sedia dipenuhi oleh penginap yang lainnya,.. suasana meriah tiba-tiba menjadi sepi. Seperti mereka terlihat makhluk asing dari planet lain apabila kami mengambil tempat yang hanya kosong di bahagian belakang.
Kamar menjadi senyap seketika sebelum kembali menjadi normal semula..
Wajah-wajah kacukkan bukan menjadi paras rupa saya berbanding suami. 
Mungkin dek kerana saya tidak membiasakan diri menelan telur ayam kampung bagi menaikkan seri wajah...
Jati diri saya yang asli seperti digeruni. Bertutup kepala mungkin antara penyebabnya.

Adakah teknologi tidak mendiskriminasi berbanding manusia?

Lantaran kerana itukah wujud keadaan menukarkan rupa orang lain dengan orang lain yang lain sedangkan orang lain itu tidak boleh menjadi orang lain kerana setiap orang lain berbeza dengan orang lain?

Lalu sesudah itu kami hanya bersarapan di dalam bilik sahaja lantaran saya tidak sedia untuk turun seawal 7 pagi untuk bersarapan bersama suami yang ke tempat kerjanya jam 8 pagi.
Sementelahan jenis makanan yang hanya boleh kami jamah adalah roti dan salad selain makanan dari jenis laut seperti tuna dan salmon.
Kejemuan itu satu kelesuan dan kelelahan yang menajamkan pancaindera.

Lebih dua minggu menikmati sarapan pagi yang sama setiap hari menjadikan tertanya di manakah dikau wahai hub halal yang dikatakan sudah menakluki sepertiga eropah?


(Young must not in the heart but on the mind because mind can learn and analize and be close to the God but heart just make people lost their mind when they just want to maximum their limit of desire - why this dj and all djs want to make fun on the mind?)

Imbasan semasa mengunjungi Europa lebih 12 tahun yang lalu  (kali pertama ke eropah pada tahun 1994 dan ckali ke duanya ialah pada tahun 2001)  menyerlahkan persamaan stuasi yang masih wujud apabila menyentuh tentang makanan..

Kami bukan vegeterian tetapi akan menjadi vegeterian apabila berada di negara bukan muslim kerana kami hanya mengambil makanan halal sahaja.

Sayur-sayuran dan dedaunan dari jenis salad serta makanan alaut adalah sifat vegeterian muslimin ketika berada di negara yang sukar ditemui makanan yang berjenama halal.

Dan makanan halal tidak menjadi menu yang disediakan di hotel-hotel tempat kami menginap selama berada di Czech pada ketika itu yakni tahun 2011.
Tidak sampaikah sebaran tentang hub halal ke sini?

Dan kini diwarwarkan etika dan budaya pakaian semakin memenuhi ciri etika pakaian islam semakin diterima oleh masyarakat di eropah.

Apakah benar begitu kerana sifat yang menjadi budaya bagi muslimin khususnya para wanitanya adalah dari jenis yang menutup aurat dengan kesederhanaan tabaruj  bagi aksessorinya.
Jika  kelihatan lurah buah dada dan bentuk ponggong dek kenipisan atau kesendatan kain yang menutupi tubuh jasad seorang wanita ia masih tidak dapat diterima sebagai pakaian yang sesuai buat seorang wanita yang memahami maksud pakaian menutup aurat.
Apakah halal jasad berpakaian juga masih mahu diberikan kepada masyarakat barat dan eropah ymempaternkannya untuk anak-anak gadis serta remaja kita?

Di manakah dikau wahai anak-anak perempuan muslim ku?

Di manakah kelian?

Di manakah dikau wahai anak-anak lelaki dan perempuan ku yang mengikuti kursus-kursus perhotelan dan pemakanan serta pelancongan/

Di manakah kelian?

Apakah sememangnya benar bahawa susuk jasad tubuh gadis dan wanita Asia Barat  yang membina imej pada dada dan punggong seperti dipersengitkan dengan susuk saiz dada dan punggong gadis dan wanita di Asia Timur dan Tenggara direncanakan oleh  kaum lelaki mereka?


Apakah suntikan semangat anime dan komik telah menyentuh hati saya sehingga minda saya sudah menjadi separa minda kartun dan pengkomedi yang hanya tahu bergelak ketawa serta bersenda loka?

Kembali minda saya menyurat sita kesumat.

Bagaimanakah tanda halal masih tidak memasuki hotel-hotel di Eropah berbanding beberapa negara di Amerika Selatan yang ditemui dijual di premis di tempat permaustautinan kami.
Daging burung puyuh didatangkan dari Brazil?
Tatkala Brazil bukan negara muslim.

Sosej, bebola ikan, sos pula kebanyakannya ditandakan oleh Filipina bukannya Malaysia?

Serius! 

Saya keberatan mahu membeli barangan keperluan ini dan semakin cerewet apabila banyak produk makanan ditandakan oleh India, Sri Lanka selain Thailand, Korea, Jepun, Cina selaian negara utama pengeksport makanan.

Radang dan hangat hati saya dineutralkan oleh minda yang kerap berbisik sabarlah, sabar... kuatkan kesabaran mu.


"Bumi Allah jugakan",pujuk hati saya tatkala setiap pagi suami bertanya saya mahukan telur dadar atau telor setengah masak yang dimakan bersama pelbagai jenis roti yang lazat apabila dimakan begitu sahaja.

Sepuluh hari hanya memakan roti sebagai sarapan pagi?

Mungkin penduduk di teluk boleh menerimanya kerana mereka masyarakat yang makanan mereka disumberkan oleh tenusu. 

Cheese dan keju serta kek yang menjadi sarapan orang kaya umumnya masih tidak berjaya menukar selera saya yang masih kekal dengan selera di mana saya didewasakan.

Setiap pagi makanan untuk sarapan diperlukan. 

Tengah harinya sehingga ke petang membawa ke malam manusia tidak boleh menghindari dari makanan.

Minuman juga sebahagian dari keperluan jasmani...

Kembali saya terdengar suara sukma berbicara industri makanan tidak menjadikan negara muslim mempunyai penanda premis untuk dikenali di serata dunia ... Harrod bukan gedung pilihan masyarakat pertengahan...

Muslim yang ramai bagaikan buih-buih ini entah ke mana menghilangnya tatkala menjengah ke serata premis dagangan ... pekerja dari negara asing menjadi penjawat dari setiap sektor bermula dari pengawal keselamatan, juruwang, supervisor, pencuci dan begitulah realiti ... anak-anak muslimin saya berasa aib jika menjawat jawatan-jawatan dari kumpulan sokongan...
  
Sekali lagi saya meminjam falsafah orang Czech, Czech beer is not just a lubricant. It's a source of national pride... kerana itu juruwang di pasaraya Brno tidak silu memarahi kami yang meminta beg plastik ketika membeli barang dan bertutur di dalam bahasa inggeris. 

Wanita itu memahami permintaan kami walau pun tidak sepatah berbahasa inggeris dengan meminta kami membayar bagi setiap beg plastik yang digunakan bagi membungkus barangan kami.



Permusafiran Si Fakir Ramadhan Ke Brno


Membicarakan perubahan cuaca tanpa mengaitkan sejauh manakah perubahan minda ibarat salji yang mencair ketika berlalunya musim sejuk...

Musim-musim tema masih diperlukan oleh dunia?

Dan masihkah agama tidak memberi petunjuk kepada sains?




Masih eropah menjadi kenangan yang tersimpan di dalam lipatan minda saya.

Berada di tanah gurun yang sangat berhampiran dengan tanah afrika membuatkan emosi bercampur baur...

Asia di tanah besar berpecah dengan asia di timur jauh yang genetik pembinaan rasnya didominasi oleh wajah monggolia ...

Masyarakat di Alabama dan individu arab telah mampu menonjolkan diri mereka di Amerika tanpa rasa terancam?




Adakah benar etnik arab memerlukan naungan bayangan etnik afrika yang menguatkan diri mereka kesan dari dasar apartheid sehingga menjadi imej untuk turut memayungi etnik arab yang masih gusar dengan gelaran pengganas?

Inikah kompromi tanah teluk dengan Amerika?

Inikah kesan persona dek ketampanan dan kejelitaan yang mahu dibahukan kepada khalayak yang dilahirkan dengan salutan kehodohan?

Apakah yang dilakukan oleh sikap diplomasi  wakil-wakil duta yang bersendikan komuniti pengurus tadbir di kalangan penjawat muslimnya pada jalur jaringan diplomatik?

Sekadar melokasikan wilayah minyak gas dan kini air dengan berbagai pendekatan dengan solusi dari dekan dan pelajar universiti yang sepenuhnya distrategikan dengan variasi polisi?

Saya tidak menemukan isu-isu ini selama berada di Brno.
Berasa tenang...mungkinkah oleh sejarah yahudi dalam tamadunnya yang dipindahkan kepada tembuk bangunan lama yang kekal walau pun di zaman kemodenan?


Mungkinkah kedamaian itu dirasakan kerana negara ini dikebali oleh pengawal ala mafia atau unit 'special branch' yang  kekal menjadi sifat bertoleransinya ummat dekad 21 ini?

Lalu ada yang dapat menjawab apabila dihalakan pandangan ke Gaza dan Tebing Barat yang berjiran dengan israel, bagaimanakah kehangatan sering memagari sempadannya?

Di Zoo Bruno

People of the Czechs, may i use your ex President speech?
He said every nations get the government it deserves.

Dear jews people,  first Czechs President told his people that every nation gets the government it deserves ..hear that? 

Dear Egyptian, ex Czechs President asked his people that every nation gets the government it deserves...

Di Zoo Brno


Kesederhanaan yang diserlahkan juga memikat hati untuk membenarkan naluri merasakan keberdayaan pembinaan identiti jati diri negara yang berada di tengah-tengah arus  kemodenan  tamadun dunia ini sepenuhnya didokong oleh rakyatnya yang menjadi penentu kejayaan dasar  pembangunan manusia dan potensi-potensi untuk diri berkemandirian selain  pembangunan fizikal.

Adakah benar Kesatuan Eropah masih upaya ditolak oleh sesetengah rakyat di  Timur  Eropah tatkala dicermati pengamatan mengenai rakyat Republik Czech di bandar Brno  yang memilih menggunakan bahasa rasmi di dalam setiap komunikasi mereka?

Kedai Buku Di Brno


Di seluruh premis dan pusat dagangan utamanya ditemui kedai-kedai buku yang hanya menjual buku-buku berbahasakan bahasa mereka.
Terlalu sedikit buku di dalam bahasa inggeris upaya ditemui.


Ataukah mereka amat menyedari bahawa bahasa itu turut menjadi tunggak yang membina laras budaya untuk dikenali identiti diri yang wajar dijadikan asas untuk tidak dilupuskan pengenalan diri ummat setelah bermulanya pembukaan jendela mellinium 21 ini?

Dan menjadi kesempurnaan bagi dekad yang sedia menyedari pentingnya bahasa rakyat difahami tutur bicara dan berdaya bahasanya kerana keyakinan diri rakyat adalah cermin kepada kebijakan negaranya


Pengulangan Permusafiran



Catatan ini dicatatkan pada  22  Febuari 2012 jam 1857 - 0657 petang dan ia pernah dicatatkan di salah satu blog saya.


Lantaran hari ini (16 November) adalah hari istimewa di dalam hidup saya kerana insan yang saya kasihi genab berusia 49 tahun, ingin saya menukilkan catatan yang amat payah untuk disiarkan di blog ini sebagai hadiah buatnya.


Di Milan setahun selepas menunaikan fardhu haji 


Satu-satunya lelaki di dalam hidup saya selepas allahyarham abah dan anak-anak lelaki saya.

Jauh saya berjalan bermuafir di atas tanah-tanah yang menjadi milik Allah adalah kerana budi dan jasanya yang membawa saya ke mana sahaja dia pergi apabila keadaan membenarkannya berbuat demikian.

Sementelahan Allah yang mengatur rezeki serta takdir saya untuk masa-masa dan tempuh permusafiran menemani suami saya bertugas di luar negara.


Mungkin menyiarkan catatan ini upaya merugikan saya lantaran blog ini antara blog yang sangat membuatkan saya amat berhati-hati ketika menurunkan bahasa minda ke atas skrin dashboard blogspot.com.


Namun Allah menjadi saksi bahawa bukan niat saya menulis untuk mencipta permusuhan...



Saya berasa kejahilan dunia sudah sampai ke kemuncaknya apabila yahudi dan nasrani serta para atheist masih menolak hakikat bahawa akidah mukmin sukar digugat walau pun mereka dimasukkan ke dalam kotak, ditutup matanya untuk dibawa berkeliling pada garisan yang sama menuju titik yang ditetapkan untuk dilakukan semula pengulangan perjalanan di dalam kegelapan tanpa apa-apa panduan untuk menjadi petunjuk di dalam stuasi dan keadaan.


Di manakah saya diletakkan saat mula menekan 'keypad' laptop yang digabubg jalinkan dengan jaluran fiber optik menerusi laluan gelombang 'Tera-Byte'?

Realitinya Amerika sebagai sebuah negara yahudi masih kekal mencabar sifat akidah mukminin walau pun mereka mengalih usaha menerusi bangsa lain untuk memudarkan keteguhan akidah mukmin.

Dalam erti kata yang lain mereka masih gagal menggunakan etnik kulit hitam untuk mempelopori usaha menghilangkan jati asli berperibadi mukmin selepas etnik kulit putih meneraju dan mengemudikan dunia ini.

Adakah sifat mukmin itu tidak dimiliki oleh bangsa yahudi dan nasrani?

Mereka juga gagal mengorientasikan perkembangan apabila mempergunakan anak-anak muda melakukan perubahan mengikut telahan zionis setelah anak-anak muda muslim mempunyai pendirian yang kukuh mengenai keakraban hubungan kekeluargaan mereka adalah terbina dari keluarga biologinya yakni anak kandung yang sedarah daging hasil dari pernikahan yang mempunyai syarat-syarat fikh syariah.

Sehingga kelumpuhan akal nurani insan terzahir dengan sedia menjadikan 'anak patung boneka' bayi sebagai latihan bagi menghidupkan sifat kemanusiaan mereka.

Tatkala jati diri muslim yang inginkan kemukminan itu pula perlu dicetak mengikut apa sahaja yang berada di hadapan mata oleh pengasimilasian bangsa dari perkahwinan berlainan ras?

Apakah wacana hooly wood pada tahap ini telah membolehkan pengadaptasian ini berlansung ?

Cuba kita perhatikan bayi getah dan plastik yang diberikan sifat manusia.

Dan cuba kita amati pengamilasian bangsa yang terwujud oleh perkahwinan campur (ke atas pembinaan generasinya) 

Ia membuatkan saya terfikir mengapa begitu rendahnya peradaban moden hoolly wood yang dikatakan hampir seratus peratus diilhamkan dari bangsa yahudi yang memiliki tahap keintelektualan yang tinggi kerana keberdayaan mereka melahirkan pelbagai konsep kaedah yang membina sistem hidup dan sistem nilai juga sistem status mereka serta dunia sejak berdekad lamanya.

Siapakah yang merendahkan akal dan nilai intelek yang Amerika banggakan kerana memiliki sumber pendanaan wang melalui hooly wood?

Hooly wood adalah jenama yang tidak dihasratkan perebutannya apa lagi mahu mewujudkan persaingan dengannya oleh muslimin yang hanya mencari pekerjaan oleh kepelbagaian kreativiti yang berjaya dihasilkan oleh industri perfileman Amerika.

Namun adakah diterima untuk tidak dirasakan bahawa kita masih mengulangi ketetapan usang dengan pendirian melalui holly wood sahaja kesemua kejayaan upaya diperolehi?

Maksud yang lain ialah hooly wood upayakah memahami tata susila serta budaya masyarakat muslim yang mempunyai fikh syariah di dalam seluruh ruang aktiviti mereka, misalnya etika berpakaian, etika perneurokemikal dari kesan perasaan yang berkaitan dengan libido yang diransangkan oleh hormon oxytocine, makanan yang halal, etika untuk sentiasa berkata benar dan sebagainya yang menjadi budaya dan cara hidup penjawat di produksi tersebut.

Bersusun anak-anak muda kami mahu menjadi apa yang mereka inginkan tetapi harga yang dibayar amat tragis apabila anak-anak kami perlu mempunyai persamaan imej yang telah ditetapkan kriterianya sebelum mendapat iktiraf keberadaan dan kebersamaan dengan khalayak yang terlebih awal berada di dalam lingkungan masyarakat seniman.

Anak-anak kami juga berdepan dengan kehilangan jati diri berperibadi mereka sebagai seorang yang beriman kepada agamanya oleh kelemahan pengetahuan beriman mereka.

Anak-anak kami sedang berhadapan dengan kehilangan nilai kepimpinan untuk diteladani apabila potensi,kecenderungan dan minat serta bakat lahiriah mereka sebagai pemimpin sepenuhnya digenggam untuk mempunyai kebersamaan keberadaan dengan nilai persamaan di luar lingkungan kebenaran apabila mereka diminta mengulangi untuk mengitar edar perjuangan mengenal diskriminasi yang masih kekal isu dan persoalannya apabila kepimpinan ahli-ahli syurga tidak mendapat tempat di minda serta hati mereka oleh indahnya lakaran ukiran dan reka bentuk 'design' untuk memiliki ciri kepimpinan ahli neraka (dengan izin - tidakkah syurga dan neraka antara fakta yang tidak ditolak oleh gereja,synagouge dan masjid)

Ada di antara kita berasa marah dengan sikap konservatif, sikap feudalism sikap yang dianggap usang dan perlu diganti namun sikap moden pada ciri pembinaan diri dalam membentuk rupa berdirinya kita semakin menjauhi fitrah bahawa dunia ini akhirnya berealti apabila ia menuju ke akhirat.

Apakah memperkatakan akhirat bahawa kita perlu menolak dan memusnahkan dunia? BUKAN ITU BUKAN MAKSUD SAYA.

Permusuhan, sengketa, pergaduhan dan kebencian yang bersifat ekstrimis yang telah dikekalkan ke atas tanah-tanah yang miliki tuanmya, tanah-tanah yang miliki kekayaan sumber yang miliki had sempadannya, tanah-tanah yang kita cerebohi yang kita rosakkan nilai asli ia diwujudkan, selama manakah wajar menjadikan kami membenci dasar kepimpinan Amerika, Britain, Eropah juga mereka yang masih diatur untuk menjadi kuasa utama dunia?

Generasi terdahulu telah mengorientasikan simbol dan perlambangan untuk membina imej dan identiti status di dalam masyarakat.

Kelihatannya dilansungkan satu keadaan yang membolehkan imaginasi direalitikan namun hakikatnya lakonan tanpa sutradara ini walaupun berskrip yang baik tetap gagal memberikan ciri persamaan kepada kehidupan berfitrah manusia yakni menerusi perkahwinan yang sah bagi sesebuah institusi kekeluargaan itu memperolehi roh hidup berkeluarga.
Ianya tidak semata-mata diasaskan oleh rasa cinta dan kasih sayang seperti yang diterma syaratkan selama ini ke atas dunia bagi mengkancahkan makna kedamaian dan keamanan.

Isunya yang wajar dihurai dan diterangkan kepada saya ialah mengapa masih perlu membunuh diri menjadi kaedah untuk melarikan diri dari permasalahan walaupun masyarakat bukan islam telah diberikan hak secara adil oleh Tuhan untuk menjadikan dunia sebagai syurga mereka meskipun mereka melakukan dosa.

Bagaimanakah mahu mengelakkan dari menjawab persoalan bahawa adakah membunuh diri juga wajar dianggap sebagai kebebasan dan hak yang tidak boleh dihalang kerana ia hak kebebasan untuk memilih bagi setiap manusia?

Adakah ianya sama dengan kebebasan untuk mematikan hak alat bantu hayat yang pasti terhenti sendiri apabila nyawa seseorang pesakit itu dimatikan oleh Penciptanya?

Adakah wang adalah segala-galanya buat kita semua walau pun ia bermakna kita akan memiskinkan pihak tertentu yang tidak tahu menahu tentang sifat khianat yang diberikan untuk mereka berada di dalam lingkarannya?

Dengan kesemua ini adakah kita masih berasa bahawa kita adalah adil dan saksama?

Kali ini saya mahu keluar dari belenggu yang dirantaikan untuk langkah-langkah saya yang seterusnya dan biar saya sendiri menentukan apa yang saya ingin fokuskan.

Saya termanggu untuk bertanyakan mengenai impak dan kesan hadhari kepada dunia hiburan tatkala medium antarabangsa gagal menghadami sifat berhibur bagi muslim sehingga gagal mencemarkan makna berhibur mukmin menjelangnya hari pembalasan yakni akhirat.

Saya tegas berpendirian adalah khilaf dan amat bertentangan untuk memberikan wanita dari suku etnik dari ras yang sama kelompok cina,siam,vietnam menggalas amanah dan tanggungjawab ummat  kerana bangsa melayu muslim yang mukmin tidak seramai generasi 'wedlock' yang telah dilahirkan oleh bangsa dari keturunan Filipina misalnya yang menjadi antara buruh yang perlu dilahirkan untuk pasaran dunia seperti mana bangsa india afrika dan seumpamanya. (dengan maaf)

Adakah saya keterlaluan kali ini?

Do i am sound exstrim to have an opinion like this?

Bagaimanakah kita huraikan mengapa generasi 'wedlock' ini diwujudkan? 

Anak-anak tanpa bapa yang dapat dipastikan begitu banyak dilahirkan di serata benua dan tidak terkecuali di negara-negara teluk.

Mengapakah masyarakat ini diwujudkan?

Apakah tidak wajar diminta agar setiap bangsa tidak menyenaraikan bangsa mereka sebagai ciri yang melahirkan generasi dan masyarakat 'wedlock'?

Terasakah malu jiwa raga kita kerana bukan hanya alasan kemiskinan malah kekayaan juga  menaja kasih sayang cinta dan kedamaian melalui perzinaan?

'Free' dan 'mission' gereja ini sudah melewati kurun-kurun yang wajar ditingggalkan falsafah sudut yang membina kebebasan dan hak mereka memberikan perlindungan dan pembelaan atas nama kebajikan dan kemanusiaan.

Tidakkah kita berhadapan dengan kemusnahan kesan dari nilai kebebasan dan hak yang ditaja dengan dana sejak sekian lamanya?

Menjelang akhirat yang akan memunculkan alamnya, sudahkah kita bertanya ke manakah akan kita letakkan diri kita dan generasi yang kita halakan perhatian selama ini?

Apakah berkroni dan mengamalkan sikap nepotisme kepada syurga masih menterjemahkan kemunduran menjelaskan kelemahan kami?

Meninggalkan sejenak isu-isu kemanusiaan, ekonomi, politik, sosial, budaya, bahasa, susila, adat resam, demokrasi, sains dan teknologi menzahirkan di antara kita hanya mahukan idea tanpa mahu memahami bahawa Al Quran mempunyai rahsia yang masih kekal dari sejak ia diturunkan ke bumi oleh Allah melalui malaikat tatkala kita memperkatakan tentang 'super natural super power' yang sebenarnya tidak dimiliki oleh mana-mana manusia.

Apabila kita tidak beriman dengan alam ghaib dan menerawangkan fokus ke angkasa ia sesuatu yang sukar dijelaskan betapa ruginya kita kerana pintu-pintu syurga berada di atas angkasa.
Apabila kita mahu mengimejkan malaikat tanpa mahu memahami para malaikat itu bersumber dari cahaya yang suci yang memiliki kepantasan kelajuan yang sukar dicatatkan apakah wajarnya komunikasi dilansungkan?