Setibanya di hotel
yang ditetapkan oleh pihak ABB kami berasa amat kerdil di mata petugas yang
menyatakan pada mulanya tidak ada penempahan bilik buat kami.
(Jika ABB ada
masalah apa kaitannya dengan suami saya yang hanya menjadi 'kuli' bukan pengurus
yang menduduki 'Directing Board')?
Saya sudah mulai
tersenyum.
Suami masih dengan sifat sabarnya mengeluarkan kesemua dokumen perjalanan
kami bagi mengesahkan tujuannya ke Brno.
Setelah enam jam
perjalanan yang dimulai pada dinihari waktu sepi membelah malam, kami masih
berdiri-berdiri dengan senyuman meski hati dilamun ngilu menyentuh sanubari.
Pakaian sayakah
menjadikan perjalanan suami tidak lancar sebagaimana sebelumnya? Atau wajah
yang tidak berkacukan ini menjadikan paras saya kelihatan asing?
Kami pada mulanya
diminta menunggu sehingga jam 2 petang untuk menantikan kekosongan bilik yang
ditempah oleh majikan pelanggan setugas suami setelah mendarat sekitar jam 6
pagi waktu Brno. Kami menambah lebih dua jam lagi bagi perjalanan menggunakan kenderaan dari Airport Vienna untuk ke Brno.
Kegagalan bagi
dipekakan pada perbezaan waktu dan masa tiba dan mendaratnya bakal-bakal
penghuni di sesebuah lokasi penginapan ada saatnya upaya menjadikan kelelahan
semakin berat untuk digalas sehingga lesu itu turut mengunjungi kamar-kamar
sesalur pembuluh yang kehilangan oksigennya.
Kami berbalas
senyum apabila petugas menyatakan kami boleh menggunakan sebuah bilik penginapan untuk seorang sahaja sementara menunggu kekosongan bilik untuk kami.
Suami meminta agar
bilik itu diberikan sebuah lagi katil kerana kami
benar-benar kepenatan dan hanya mahu melelapkan mata bagi dihimpun semula
carikan reja-reja lesu yang diladungi oleh amarah yang kami rasionalkan dengan
kalimah sabar.
Rohani kami sering
nyaman dengan ungkapan sabar.
Apalah yang ada
pada kalimah sad ba ra ini?
Emosi kami menjadi
intelek. Celik di dalam kesukaran yang dirumitkan oleh perasaan untuk diundang
jiwa insan menemani kamar-kamar hati.
Udara panas gurun yang ditinggalkan di lapangan
terbang Vienna tidak menjadikan jasmani kami hangat mungkin kerana dipeluk oleh kedinginan
hawa yang mencecah hampir takat di bawah beku.
Dan sekali lagi saya terasa
teruja emosinya apabila kami mengunjungi ruang untuk bersarapan yang telah sedia
dipenuhi oleh penginap yang lainnya,.. suasana meriah tiba-tiba menjadi sepi. Seperti mereka terlihat makhluk
asing dari planet lain apabila kami mengambil tempat yang hanya kosong di
bahagian belakang.
Kamar menjadi
senyap seketika sebelum kembali menjadi normal semula..
Wajah-wajah
kacukkan bukan menjadi paras rupa saya berbanding suami.
Mungkin dek kerana saya tidak
membiasakan diri menelan telur ayam kampung bagi menaikkan seri wajah...
Jati diri saya
yang asli seperti digeruni. Bertutup kepala mungkin antara penyebabnya.
Adakah teknologi tidak mendiskriminasi berbanding manusia?
Lantaran kerana itukah wujud keadaan menukarkan rupa orang lain dengan orang lain yang lain sedangkan
orang lain itu tidak boleh menjadi orang lain kerana setiap orang lain berbeza
dengan orang lain?
Lalu sesudah itu kami hanya
bersarapan di dalam bilik sahaja lantaran saya tidak sedia untuk turun seawal 7
pagi untuk bersarapan bersama suami yang ke tempat kerjanya jam 8 pagi.
Sementelahan jenis
makanan yang hanya boleh kami jamah adalah roti dan salad selain makanan dari
jenis laut seperti tuna dan salmon.
Kejemuan itu satu kelesuan dan kelelahan yang
menajamkan pancaindera.
Lebih dua minggu
menikmati sarapan pagi yang sama setiap hari menjadikan tertanya di manakah
dikau wahai hub halal yang dikatakan sudah menakluki sepertiga eropah?
|
(Young must not in
the heart but on the mind because mind can learn and analize and be close to
the God but heart just make people lost their mind when they just want to
maximum their limit of desire - why this dj and all djs want to make fun on the
mind?)
Imbasan semasa
mengunjungi Europa lebih 12 tahun yang lalu (kali pertama ke eropah pada tahun 1994 dan ckali ke duanya ialah pada tahun 2001) menyerlahkan persamaan stuasi yang masih wujud
apabila menyentuh tentang makanan..
Kami bukan
vegeterian tetapi akan menjadi vegeterian apabila berada di negara bukan muslim
kerana kami hanya mengambil makanan halal sahaja.
Sayur-sayuran dan dedaunan dari jenis salad serta makanan alaut adalah sifat vegeterian muslimin ketika berada di negara yang sukar ditemui makanan yang berjenama halal.
Sayur-sayuran dan dedaunan dari jenis salad serta makanan alaut adalah sifat vegeterian muslimin ketika berada di negara yang sukar ditemui makanan yang berjenama halal.
Dan makanan halal
tidak menjadi menu yang disediakan di hotel-hotel tempat kami menginap selama
berada di Czech pada ketika itu yakni tahun 2011.
Tidak sampaikah
sebaran tentang hub halal ke sini?
Dan kini
diwarwarkan etika dan budaya pakaian semakin memenuhi ciri etika pakaian islam semakin diterima oleh masyarakat di eropah.
Apakah benar begitu kerana sifat yang menjadi budaya bagi muslimin khususnya para wanitanya adalah dari jenis yang menutup aurat dengan kesederhanaan tabaruj bagi aksessorinya.
Apakah benar begitu kerana sifat yang menjadi budaya bagi muslimin khususnya para wanitanya adalah dari jenis yang menutup aurat dengan kesederhanaan tabaruj bagi aksessorinya.
Jika kelihatan lurah buah dada dan bentuk ponggong dek kenipisan atau kesendatan kain yang menutupi tubuh
jasad seorang wanita ia masih tidak dapat diterima sebagai pakaian yang sesuai buat seorang wanita yang memahami maksud pakaian menutup aurat.
Apakah halal jasad
berpakaian juga masih mahu diberikan kepada masyarakat barat dan eropah ymempaternkannya untuk anak-anak gadis serta remaja kita?
Di manakah dikau wahai anak-anak perempuan muslim ku?
Di manakah kelian?
Di manakah dikau wahai anak-anak lelaki dan perempuan ku yang mengikuti kursus-kursus perhotelan dan pemakanan serta pelancongan/
Di manakah kelian?
Di manakah dikau wahai anak-anak perempuan muslim ku?
Di manakah kelian?
Di manakah dikau wahai anak-anak lelaki dan perempuan ku yang mengikuti kursus-kursus perhotelan dan pemakanan serta pelancongan/
Di manakah kelian?
Apakah sememangnya benar bahawa susuk jasad tubuh gadis dan wanita Asia Barat yang membina imej pada dada dan
punggong seperti dipersengitkan dengan susuk saiz dada dan punggong gadis dan
wanita di Asia Timur dan Tenggara direncanakan oleh kaum lelaki mereka?
Apakah suntikan
semangat anime dan komik telah menyentuh hati saya sehingga minda saya sudah
menjadi separa minda kartun dan pengkomedi yang hanya tahu bergelak ketawa
serta bersenda loka?
Kembali minda saya
menyurat sita kesumat.
Bagaimanakah tanda
halal masih tidak memasuki hotel-hotel di Eropah berbanding beberapa negara di
Amerika Selatan yang ditemui dijual di premis di tempat permaustautinan kami.
Daging burung
puyuh didatangkan dari Brazil?
Tatkala Brazil bukan negara muslim.
Tatkala Brazil bukan negara muslim.
Sosej, bebola
ikan, sos pula kebanyakannya ditandakan oleh Filipina bukannya Malaysia?
Serius!
Saya keberatan mahu membeli barangan keperluan ini dan semakin cerewet apabila banyak produk makanan ditandakan oleh India, Sri Lanka selain Thailand, Korea, Jepun, Cina selaian negara utama pengeksport makanan.
Saya keberatan mahu membeli barangan keperluan ini dan semakin cerewet apabila banyak produk makanan ditandakan oleh India, Sri Lanka selain Thailand, Korea, Jepun, Cina selaian negara utama pengeksport makanan.
Radang dan hangat
hati saya dineutralkan oleh minda yang kerap berbisik sabarlah, sabar... kuatkan kesabaran mu.
"Bumi Allah
jugakan",pujuk hati saya tatkala setiap pagi suami bertanya saya mahukan
telur dadar atau telor setengah masak yang dimakan bersama pelbagai jenis roti
yang lazat apabila dimakan begitu sahaja.
Sepuluh hari hanya
memakan roti sebagai sarapan pagi?
Mungkin penduduk
di teluk boleh menerimanya kerana mereka masyarakat yang makanan mereka disumberkan oleh tenusu.
Cheese dan keju serta kek yang menjadi sarapan orang kaya umumnya masih tidak berjaya menukar selera saya yang masih kekal dengan selera di mana saya didewasakan.
Cheese dan keju serta kek yang menjadi sarapan orang kaya umumnya masih tidak berjaya menukar selera saya yang masih kekal dengan selera di mana saya didewasakan.
Setiap pagi
makanan untuk sarapan diperlukan.
Tengah harinya sehingga ke petang membawa ke
malam manusia tidak boleh menghindari dari makanan.
Minuman juga sebahagian dari keperluan jasmani...
Kembali saya terdengar suara sukma berbicara industri makanan tidak menjadikan negara muslim mempunyai penanda premis untuk dikenali di serata dunia ... Harrod bukan gedung pilihan masyarakat pertengahan...
Muslim yang ramai bagaikan buih-buih ini entah ke mana menghilangnya tatkala menjengah ke serata premis dagangan ... pekerja dari negara asing menjadi penjawat dari setiap sektor bermula dari pengawal keselamatan, juruwang, supervisor, pencuci dan begitulah realiti ... anak-anak muslimin saya berasa aib jika menjawat jawatan-jawatan dari kumpulan sokongan...
Sekali lagi saya meminjam falsafah orang Czech, Czech beer is not just a lubricant. It's a source of national pride... kerana itu juruwang di pasaraya Brno tidak silu memarahi kami yang meminta beg plastik ketika membeli barang dan bertutur di dalam bahasa inggeris.
Wanita itu memahami permintaan kami walau pun tidak sepatah berbahasa inggeris dengan meminta kami membayar bagi setiap beg plastik yang digunakan bagi membungkus barangan kami.
Wanita itu memahami permintaan kami walau pun tidak sepatah berbahasa inggeris dengan meminta kami membayar bagi setiap beg plastik yang digunakan bagi membungkus barangan kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan