Khamis, 16 Mei 2013

Musafir Fakir Ramadhan Ke Ceska Republica

Muzium sejarah di Brno

Catatan wanita melayu muslim dari Selangor Malaysia ini adalah kesinambungan dari catatan-catatan KendiriBentalanya yang bertunjangkan akidah yang tidak mungkin mempunyai persamaan permusafiran individu lain.

Permusafiran yang lalu banyak menterjemahkan realiti bahawa dunia ini dimiliki oleh Allah yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim apabila negara-negara yang dimiliki oleh hamba-hambaNya yang berbangsa yahudi dan nasrani masih tidak diganggu keamanan dan kekayaannya.

Maknanya ialah belum ada mana-mana muslimin dan negaranya yang mengistiharkan peperangan atau mempunyai niat untuk mengganggu hal ehwal negara-negara bukan muslim.

Walaupun ia ditadbir urus oleh komuniti masyarakat yang tidak upaya merendahkan diri mereka lantaran memiliki paras wajah dan susuk jasad yang sepenuhnya sempurna dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki berbanding ras komuniti lainnya, minda tenang ini menemui titik kecil yang tersembunyi di dalam lipatan hati mereka yang dilindungi oleh keegoan untuk menolak kemanisan mempunyai penghargaan dari masyarakat muslimin terhadap kebaikan yang mereka perolehi untuk negara mereka.

Zoo di Brno

Saya mencatat nota di mana sahaja tanpa terhad untuk siapa akan dihalakan fokusnya dan tanpa mengambil peduli apakah reaksi yang akan diberikan oleh khalayak yang menemui catatan-catatan saya nanti setelah Allah menjadi saksi yang pasti menuntut penanggung jawaban saya ke atas apa yang telah dicatatkan.


Bermusafir memberi makna untuk ditaakulkan apakah makna membangun bagi sesebuah negara?

Tidakkah ia perlu dilihat juga bagaimana zaman itu dimanafaatkan bukan semata-mata mengisi keperluan generasi yang masih belum dilahirkan.

Hakikat kemunduran ummat mengikut pecahan bangsa sukar diabaikan tatkala memandang masyarakat arab yang berbagai firkah yang telah lama ditenggelamkan oleh lambakan pekeja asing di pelbagai sektor kumpulan sokongan dan pekerja profesional.

Ya komuniti bagi masyarakat melayu muslim di perantauan arab ini tidak mendominasi seperti mana komuniti pekerja asing lainnya. 

Namun saya yakin sebagai penulis wanita melayu yang beragama islam dari saat saya memulai menukilkan patah-patah kata-kata, saya telah mendominasi dengan cara tersendiri proses kemuflisan idea saya sendiri.

Saya mengucap syukur kepada Allah tatkala berbangga dengan nikmat islam sebagai agama, melayu sebagai bangsa dan dilahirkan sebagai seorang wanita semenjak tiba di Qatar pada 21 November 2005 kira-kira hampir sepuluh tahun yang lalu apabila stuasi dan keadaan di sini menambahkan fahaman saya terhadap sifat pluralisme yang telah dibawa oleh muslimin di eropah yang berkeyakinan untuk menerima bahawa nilai-nilai kehidupan barat tidak bertentangan dengan cara hidup mereka setelah menganut islam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan