Rabu, 29 Mei 2013

Musafir Si Fakir Ramadhan (Zulhijjah 1992 - Menunaikan Fardhu Haji)



Masih mengenang sejarah yang terlipat indah di dalam minda terhadap permusafiran si fakir Ramadhan kira-kira dua puluh satu tahun yang lalu.

Meski pun kesederhanaan menjadi imej berdirinya Saudi Arabia ketika itu mata ini tidak dapat memejamkan kelopaknya tatkala terlihat  pada waktu itu  dulang-dulang besi yang ibarat cendawan tumbuh tersusun kukuh di pelantar bumbung-bumbung sepi yang penuh debu di atas kebanyakan kediaman.


Lantaran pakaian ihram dan pakaian kegunaan perlu diampaikan di atas bangunan Hotel Al-Ansar, adalah fenomena biasa apabila terlihat susunan dulang-dulang besi yang berwarna putih di kebanyakan bumbung bangunan yang boleh dijadikan ruang untuk berehat di waktu musim sejuk.


Andai di Jeddah ia diterima sebagai kemajuan pembangunan pemberian zaman namun tatkala ia terlihat di Mekah, pada ketika itu saya sudah tidak upaya mengimbas apakah penonjolan sebaran maklumat atau acara-acara sukan yang diselang selikan dengan tayangan-tayangan filem lama adalah lumrah untuk masyarakat arab beridentitikan diri sebagai muslim. 


Saya sukakan kenangan-kenangan waktu itu.

Kota Mekah waktu itu adalah kota yang sederhana sesuai dengan identitinya sebagai antara kota yang dimuliakan oleh Al-Quran dari qalam Allah.


Mulianya Kota Mekah dan Kota Madinah bukan kerana Dinasti Keluarga Di Raja  King Abdul Aziz yang menyumberkan dinasti Ibni Saudkah?

Perlahan naluri sukma sanubari saya berkata-kata di dalam diam.

Tidak mungkin pedang berkilau akan menyinggahi belakang leher saya jika pertanyaan seperti ini dibaca oleh khalayak pemilik arab dari saudi.

Tidak pasti bagaimanakah pula keadaannya di Madinah pada waktu itu tatkala kebanyakan slot tayangan yang diedarkan oleh stesyen penyiaran adalah dari slot filem dan drama yang  diterbitkan oleh dunia luar yang sudah pastinya budaya yang tersebar  adalah yang berbeza dari kebiasaan terlihat pada kenormalan kebiasaan mata memandangnya.


Muliakah Kota Mekah dan Madinah semulia kisahnya yang dinukil dari Al-Quran?


Tiba-tiba saya teramat rindu untuk melihat Kota Mekah dan Kota Madinah. 

Sakinah rohani atau sengsarakah raga para jamaah yang telah berbillion jumlahnya menunaikan ikrar, tasdiq dan beriltizam untuk beramal dengan syahadah.


Ibadah haji hanya ibadah sahaja tanpa sedia ia mewujudkan syariah sebagai sistem pegangan nilai hidup ummah? 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan