Sabtu, 25 Mei 2013

Musafir Ibadah Fakir Ramadhan Ke Mekah Dan Madinah (1992)



Musafir ibadah pada bulan Zulhijjah 1412 Hijriah di hadapan Masjid Dua Kiblat

Mengenang nikmat rezeki Allah kira-kira dua puluh satu tahun yang lalu amat membahagiakan nurani sanubari saya.

Jika dapat diulang semula pertanyaan di antara negara-negara di rantau Timur,negara yang manakah kerap membekas syahdu meresap kasih yang menyantun jiwa untuk sentiasa berasa bahagia buat saya?

Sudah tentu jawapannya berubah tatkala catatan pertama saya mengenai permusafiran si fakir ramadhan semasa musim ibadah haji pada Zulhijah 1412 yakni tahun 1992 hanya mencatatkan Mekah dan Madinah tanah suci yang merupakan satu-satunya amanah perjanjian dari lafaz dan tasdik yang menerima bagi membenarkan tuntutan untuk beriltizam dengan amal ibadah setelah bersyahadah.

Setiap muslim yang menerima akidah untuk mengesakan Allah sebagai satu-satunya Pencipta menerima ketaatan tanpa soal-jawab  apabila iltizam dengan syahadah itu antaranya ialah menunaikan fardhu haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Apabila mengenang masa lampau, musafir saya sebagai si fakir ramadhan pertama kalinya ke luar negara adalah ke Saudi Arabia bagi menunaikan ibadah haji. Ia menyingkap permusafiran kira-kira dua puluh satu tahun yang lalu tatkala ditakdir Allah untuk ke dua ibu bapa mertua membawa saya dan suami menunaikan HaqNya sebagai seorang muslim.


Suasana di sana pada tahun 1992 amat membahagiakan kerana terbukti masih diusahakan pengekalan syariat yang memelihara kesinambungan warisan para anbiak oleh bangunan masjid dan bandar Mekah serta Madinah itu sendiri yang sederhana ketinggiannya.

Cuma pada waktu itu telah kelihatan dulang-dulang besi yang ibarat cendawan tumbuh tersusun kukuh di pelantar bumbung-bumbung sepi di atas kebanyakan kediaman dan kejiranan yang dapat dilihat selama permusafiran kami.

Tatkala berkesempatan memasukki Jeddah pembangunan jajaran tinggi bangunan sedia diterima sebagai kemajuan pembangunan pemberian zaman. Namun apabila melihat pada tahun itu di pinggiran Masjidil Haram di Mekah sedang dibina kerangka bangunan yang kemudiannya dimaklumi ia adalah sebuah hotel bertaraf lima bintang sewaktu satu-satunya ibadat umrah ditakdirkan buat  kami pada tahun 1996 (jika tidak silap)


Ya setelah lebih tujuh belas tahun tidak melihat sendiri keadaan Mekah dan Madinah banyak berita yang dikuti dari laporan menyatakan tentang perubahan pemandangan di ke dua kota suci bagi muslimin.

Saya tidak boleh mengisahkan tentang Mekah dan Madinah untuk masa kini tanpa melihat sendiri fenomena baru yang didakwa itu kerana ingatan saya hanya berbekas tentang Mekah dan Madinah pada tahun 1992 ketika saya menunaikan fardhu haji dan ketika saya mengerjakan umrah pada tahun 1995.


Tidak adil untuk saya mendirikan pandangan berdasarkan pengalaman orang lain.


Muka jalan di hadapan salah satu pintu Masjidil Haram tahun 1992/1412 yang menempatkan lokasi pengangkutan awam bagi jemaah haji yakni bas

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan