Khamis, 22 Mei 2014

Permusafiran Si Faqir Ramadhan

Sebelum meninggalkan Wien (bandar bersejarah di Austria) untuk pulang ke Brno (Republic Czech) saya sempat membaca buku Prague In Danger tulisan Peter Demetz yang dibaca secara sekilas lalu sahaja.

Kelaziman yang mengitar minda kekal berulang, berupayakah demokrasi mengindustrikan manusia yang mempunyai peradaban dan bersifat moden terhadap zaman oleh keintelektualan sikap oleh pembinaan agama tatkala kekal ekstrimis dibahukan untuk islam apabila melirik catatan Mr. Peter Demetz terhadap agihan tenaga bagi mengindustrikan peperangan yang memerlukan pelbagai peralatan dan radas serta sistem pengangkutan.

Bagaimanakah dibuka dedikasi masyarakat pelarian terhadap kepayahan dan kesukaran realiti tiadanya pilihan di dalam hidup mereka oleh ketiadaan asas-asas keperluan yang menjadi hak asasi bagi manusia?

Bangunan sebagai tempat tinggal bukan hak asasi?

Pasport pengesahan kewarganageraan bukan hak asasi?

Dijamin oleh undang-undang bukan hak asasi?

Naluri kemanusiaan untuk diadili bukan hak asasi?

Mempertahankan diri atau negara bukan hak asasi bagi mereka yang didiskriminasi atau dizalimi?

Terlalu kecil makna hak untuk tidak berbaju atau hak untuk perluahan emosi setelah tiadanya sistem perhambaan, penjajahan dan peperangan serta setelah zaman menjadi moden.

Catatan-catatan Mr.Peter Demetz dihubung-kaitkan dengan susunan bicara pandangan Mr.Stephen Klimczuk dan Mr.Gerald Warner of Craigenmaddie apabila memandang bangunan dan pembinaan semula Wien dan Brno yang juga musnah oleh peperangan dunia pertama dan ke dua.

Di sudut minda menulis, 'how to protect  people dear, Sirs and madames.

Kebebasan kemerdekaan sesebuah negara itu tidak memerlukan perlindungan dan penaungan negara luar.

Tidak pula upaya menyembunyikan ria jiwa membaca keupayaan Mr. Mark Twin yang berjaya menggelapkan peranan khalayak seni dari Eropah Timur apabila catatannya banyak bersandarkan kekurangan-kekurangan fahaman fascist dengan kemunasabahan alasan mengapa sikap anti yahudi dilakukan oleh masyarakat Vlajka pada waktu itu.

Secara peribadi saya menyetujui bahawa akal dan minda yahudi adalah serupa asas binaan pemikiran intelektual Nabi Adam alaihissalam adalah dari Jurusalem walaupun sperma yang menjadikan segumpal darah dan daging untuk nasab keturunan bani manusia.

Namun tatkala sangkalan mahu dilakukan mengapakah seperti dipersetujui jejak Iblis yang mahukan Nabi Adam tidak dihormati?

Ia membuatkan ingin ku fahami siapakah pula si Yakjuj dan Makjuj serta khalayak yang termasuk ke dalam kalangannya.

Satu pagi saya diarahkan supaya pergi ke bangunan di atas bukit itu pada ketika muzium itu sedang ditutup untuk dilawati.
Bersendirian berjalan di atas salji dengan tapak kasut yang licin.




Rabu, 21 Mei 2014

Permusafiran Si Faqir Ramadhan Ke Brno



Bagaimanakah ta'aruf dan taqwa menjadi proses untuk menjana pendapatan bagi masyarakat muslim dari dunia ketiga ketika sebuah negara kecil seperti Republic Czech hanya menjual barangan buatan negara kesatuan mereka sahaja.



Bangsa yang berbeza rupa itu masih penting untuk membina jati diri.

Aliran pemikiran moden masyarakat di Austria masih dilitupi oleh kekuatan jati diri mereka yang melalui pengalaman peperangan dunia telah menjadikan generasi terdahulu masih menghargai sejarah bagaimana negara mereka dibentuk.


Saya menemui seorang wanita yang telah berusia emas  yang menjadi juru tunjuk atau 'tour guide' kepada kami yang dapat dianggap sebagai keputusan 'bidan terjun' sebaik sahaja tiba di bandar Wien.

Madame Soffia adalah seorang wanita yang telah berusia yang menjadi juru pandu kami untuk mengisahkan tentang bangunan dan lokasi yang dianggap mercu tanda kepada Wien.
Madame Soffia masih bertenaga dan ceria untuk berhadapan dengan suhu yang mencapai  -13 celsius dengan tiupan angin yang kencang kepada kami yang turut disertai oleh sepasang pelancong yang menggunakan bahasa yang tidak dapat kami fahami.

Pada waktu malam seperti itu lazimnya seorang wanita seperti Madame Soffia hanya berada di rumahnya oleh kedinginan malam namun usia tuanya itu seperti anugerah yang diberikan untuknya menyumbang budi dengan menjadi penunjuk perjalanan.
Pemandu van yang memandu kenderaan pada malam itu juga terdiri dari seorang lelaki yang telah berusia.

Gabungan usia tua dan muda masyarakat Austria serta Republic Czech umpama sebuah institusi yang dibina oleh sejarah silam persengketaan dunia untuk saling mengikat mereka bebas dari belenggu dan lingkaran kekejaman peperangan.

Dia sempat bertanya kepada saya apakah dikenali nama Karel Capek dan Milan Kundera serta beberapa nama yang sukar disebut. Sungguh malu bila saya terkenang katanya bahawa jika suka membaca, nama-nama penulis Republic Czech wajar diketahui kerana kebanyakan tulisan dan penceritaan penulis negaranya ini menjadikan setiap rakyat Czech sebagai hero.

Sayang sekali kerana saya tidak dapat menahan kesejukan wajah Madame Soffia tidak saya rakamkan.



Permusafiran Si Faqir Ramadhan Ke Brno

Kini sudah memasukki bulan Rejab untuk tahun 1435H yang bermakna saya perlu memulakan membetulkan niat untuk mempersiapkan usaha-usaha menemukan malam barakah Lailatul Qadar yang mulai membarakahi alam dengan Kasih Sayang Allah pada bulan Ramadhan nanti.

Namun catatan semasa bermusafir bersama suami ke Republik Czech masih tidak dapat diselesaikan. lantaran kehilangan fokus dan minat oleh rutin harian sebagai suri rumah yang semakin bertambah...

Menyebak skrin laptop ke dua ditemui catatan yang ingin sekali ditujukan untuk anak-anak remaja belia saya yang tidak suka membaca.   


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah dikau masih sedia menerima bahawa Amerika adalah antara contoh pada susut nilai kebebasannya yang menyonsang tuntutan akhir zaman?

Ku lihat anakku tersenyum...

Homoseksual dan lesbian tidak diajar oleh mana-mana agama, anakku.

Sekolah juga tidak mendidik jalan menuju ke arah sifat ini setelah dikau mengetahui bahawa agama Kristian dan Yahudi tidak menganjurkannya.

Seimbas saya terkenangkan pemandu teksi di Brno yang memarahi sepasang anak muda yang bercengkarama sambil berkucupan ketika dalam perjalanan menghantar kami ke tempat penginapan pada malam yang sejuk dengan rebasan hujan yang mulai merintik pada kedinginan salji yang masih bertumpuk-tumpuk putih di muka jalan.

Lelaki Brno yang masih di ambang usia awal empat puluhan itu memperlahankan kenderaannya sambil menurunkan tingkap keretanya menegur anak-anak mudanya dengan lafaz perkataan yang kami tidak fahami. Namun jelas di wajahnya dia tidak menyukai perbuatan seperti itu.

Seorang bapa lazimnya menjadi pembela. Sudah diketahui hal itu. Namun tatkala berada di sebuah negara yang pernah berfahaman komunis dan terdiri dari bangsa yahudi saya terpegun seketika. 

Seandainya mereka mengetahui akhlak islam yang menjadi sebahagian dari asas membina adab adat resam budaya masyarakat melayu muslim apakah masyarakat di negara komunis ini upaya duduk semeja dengan kami membincangkan kesan keruntuhan moral anak-anak hasil garapan ahli hiburan selama ini.

Atau sedia tertunduk silukah masyarakat melayuku yang berjiwa serakah andai terpandang wanita-wanita yang mengghairahkan  sehingga melupakan seketika perempuan dan wanita yang terdiri dari ahli-ahli keluarga mereka yang memerlukan pembelaan dan pemeliharaan mereka?


Saya tidak pasti apakah penerimaan anak-anak saya memandangkan mereka tidak pernah mengambil endah pada setiap pertanyaan. Mereka seperti tidak beremosi walau pun berperasaan.

Saya gusar pada kemahuanmu yang seolah-olah bersetuju untuk mewujudkan 'perjanjian/agreement' ke atas setiap pasangan muda belia memperolehi taraf hubungan seperti mana ikatan perkahwinan ke atas perhubungan bebas tanpa pernikahan. 
Hubungan bebas tanpa perkahwinan ini akan melahirkan masyarakat dan generasi nanak-anak di luar pernikahan yakni anak-anak yang tidak sah haknya disisi undang-undang keluarga islam juga undang-undang sivil walau pun mereka ini tidak berdosa tetapi kedudukan mereka yang tidak sah ini menjadikan mereka tidak berkelayakan mewarisi harta.


Saya tidak membenci tanpa alasan dan fahamilah keturunan itu bermakna pertalian dan perhubungan yang menentukan asal usul dalam pertalian darah oleh pernikahan.

Hukum nikah adalah sunnah dan menjadi wajib jika mahu menjauhi perzinaan.

Pergaulan antara lelaki dan perempuan walaupun berada di dalam zaman moden masih serupa masih sama pada saat diturunkan ayat-ayat yang melarang bebas pergaulan di antara jantina yang berbeza ini.

"Katakanlah (Muhammad) kepada lelaki yang beriman agar menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci buat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan."


Sudah sampai ketikanya menjaga alat kemaluan menjadi ilmu di dalam kesihatan dan thaharah di dalam ilmu islam pada ketika ummat bersiap sedia  memahami jenis wabak penyebaran penyakit.

"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman agar menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan auratnya kecuali yang lazim terlihat."

Sumber-sumber penyakit telah ditegaskan dari cahaya ayat perintah ini.

Adalah sakit bila terpaksa menyembunyikan kesemua kesakitan sehingga hubungan toleransi semakin menyusutkan nilai-nilai ketabahan bila sudah terzahir ketidak bolehan kita untuk berkompromi di antara satu sama lain.