Memaparkan catatan dengan label Bruno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bruno. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Julai 2013

Travelodge Permusafiran Si Fakir Ramadhan Ke Brno (Gambar Peribadi)

Perkampungan yang hening damai  
Suria dengan sifat fitrahnya - memancarkan cahaya
Perjalanan menuju Brno 

Makanan segera yang berada di mana-mana.




Khamis, 13 Jun 2013

Travelodge Si Fakir Ramadhan Ke Bruno (Sesama SIapa Kita Bersaing?)

Apakah sememangnya  disengajakan untuk diwujudkan isu-isu bagi mempersaingkan etnik-etnik di Asia bagi menggambarkan wujud keistimewaan dan kelemahan di antara mereka? Tatkala yang lebih terzahir ialah ada di antara mereka  yang tidak berupaya memiliki budaya asli sebagai rakyat Asia.


Apakah Asia juga mahu dilihat sebagai barat?


Bagaimanakah makna pengintegrasian Timur dan Barat, Utara dan Selatan pada logikal psikologi pembawaan sifatnya berdiri?

Apakah kesemuanya perlu disendikan dengan tiang politik dan ekonomi tatkala fikh islam upaya membudayakan muslimin dengan akhlak?


Tatkala makanannya tidak sama - mahu diserupakan pula wajah dan pemikiran serta cara hidupnya. 



Travelodge Musafir Si Fakir Ramadhan ke Bruno (Ingin Menjadi Ápple' Yang Tidak Dimakan)

Kelmarin (23/1/1) sebelum berlepas ke Brno saya tersenyum tatkala mendengar bacaan berita di radio tempatan yang seakan-akan membunyikan ungkapan Pakistan seperti 'fuckistan'.

Sesekali karenah petugas di radio membuatkan saya 'bingung'.

Sistem komunikasi telah sangat maju namun apakah sebabnya informasi masih seperti terhad kesahihannya seolah-olah ada di antara masyarakat di belahan benua ini tidak dikenali untuk dihormati keberadaan mereka sebagai sebahagian masyarakat moden apabila wujud penderaan ke atas kanak-kanak atau wanita yang disia-siakan nasib mereka.


Apakah yang dibina oleh lingkaran perbadanan penyiaran?

Sekadar memainkan lagu-lagu sahaja?


Mengapakah cuti musim panas menjadi acara untuk pelbagai aktiviti  pembantahan di kebanyakan negara di eropah?


Adakah ia bagi membenarkan bahawa pendidikan menjadikan wujud sifat rasional dan emosi apabila pembetulan dan pembaikan kepada fungsi serta peranan pelajar, wanita dan setiap unit komuniti masyarakat perlu diubah dengan cara berkonfrantasi?


Namun bagaimanakah gagal diterima bahawa pendekatan di antara negara-negara dalam memberdayakan khalayak untuk dididik bagi dibangunkan kesedaran terhadap pembelaan mereka yang teraniaya wajar tidak sama kaedahnya.


Misalnya isu baru kepada masalah krisis masa lalu adakah setelah berakhir peperangan salib/ peperangan suci masih nasrani tidak berjaya menubuh dan membentuk sebuah negara agama Christian yang tidak ditemui ciri dan sifatnya di Amerika, England, Perancis, negara-negara Kesatuan Eropah dan juga Rusia?


Kita benar-benar mahu mengekalkan keselamatan atau menjamin keselamatan atau membentuk keamanan atau memelihara keamanan?


Sayangnya jenis suara apakah yang dibenarkan untuk dilakukan dengan tindakan...


Misalnya nama pena tejathanaif@thanaif hanya seorang manusia bukan mesin bukan sistem bagi diaplikasikan mana-mana programmer bagi sebuah pc.


Bagaimana mungkin ianya menjadi sistem tatkala nama pena ini mewakili  seorang wanita yang hidup dan bernafas sebagaimana manusia lainnya?



Benar sangat beruntung menjadi sebiji 'Apple'  walau pun tidak boleh dimakan...









Jumaat, 7 Jun 2013

Travelodge Musafir Si Fakir Ramadhan Ke Republik Czech (23/1 - 3/2/ 2011)

Hotel di Brno Januari 2011

Catatan ini sebahagiannya pernah disiarkan di blog kendiribentala saya yang lain.

Perjalanan ke Brno yang memakan masa selama enam jam ini menjadikan buat pertama kalinya kami tidak bergerak dari tempat duduk di sepanjang perjalanan selama menaiki pesawat.


Pemblog (bertudung di kiri) bersama suaminya.

Ruang pesawat yang terlalu kecil dengan jajaran tiga kerusi di bahagian tepi jendela menjadi alasan untuk saya tidak bergerak hatta ke kamar kecil bagi beristinjak kerana tidak mahu mengganggu penumpang yang berada di bahagian paling tepi. 

Ketidakselesaan usus dalaman perut bagaikan tidak terasa.

Sedikit ujub rasanya kerana menjadi kebiasaan saya hanya membuka bacaan Al-Quran di sepanjang perjalanan selama menaiki pesawat.

Apabila hampir tiba ke destinasi barulah saya membuka siaran lain yang disediakan oleh pesawat.

Mungkin juga saya mengharapkan agar malaikat mengiringi perjalanan-perjalanan udara yang membawa beban yang dideritai oleh muslimin yang mahukan pesawat tanpa hidangan alkohol supaya perjalanan kami tidak berhadapan dengan masalah tatkala sedang berada jauh di udara.

Mungkin juga tekanan pada ginjal yang menghenyak lemak-lemak di sekitar kolon saya telah menukarkan takungan toksid pada sukatan liter yang tinggi menjadi lumpuh seketika oleh himpitan yang terlalu lama.  

Sukar mempercayai bagaimana saya boleh lama bertahan dengan keadaan ini.
Sementelahan penjawat di kaunter bertanya samada saya berbadan dua melengkapkan fakta bahawa saya semakin 'sihat' semenjak tinggal di Doha.


Namun itu tidak berupaya untuk menghentikan biar pun sedetik pengembaraan saraf neurologi yang menduduki kamar-kamar serebelum saya tatkala masih  mudah untuk berbalas suara dengan pancaran gelombang jarak sederhana yang menjadi lingkaran kitaran meditasi selama ini.


Adakah sememangnya benar jawatan-jawatan utama di organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah kaedah untuk mengagihkan tender dan menjadikan setiap generasi sebagai kroni tender yang memulakan semula proses penyalahgunaan etika di dalam politik dan ekonomi? 


Adakah sistem barter masih wujud dalam bentuk-bentuk tertentu yang tidak adil tidak saksama penentuannya?


Laju dan lancar ujaran dibicarakan secara spontan tatkala berhadapan dengan kesengajaan gelombang frekuensi mengganggu  kestabilan emosi spritual batin saya.


"Saya tidak ambil peduli tentang keperluan Afrika tetapi saya memfokuskan makna keberadaan dan kewujudan identiti muslim yang selama ini tidak berjaya diungguli oleh dunia arab dan kerajaan-kerajaan di dunia muslim!"


Salur gelombang berjaya menggelorakan jiwa saya tatkala hubungan telekomunikasi percuma untuk berhubung dengan anak-anak di Doha menerusi face book dihalangi dengan soalan-soalan yang tidak pernah wujud sebelum ini oleh moderator yang mengawal aturan interaksi siber saya sewaktu berada di Bruno.


Saya tidak pasti sewaktu di Brno apakah wujud stuasi yang mahu membantu saya atau keadaan yang disengajakan bagi wujud tekanan untuk dipergunakan dan diperalatkan diri saya yang menggunakan semua sudut dan ruang siber untuk berkomunikasi atas nama pena saya di siber tejathanaif dan thanaif.


Membawa Mini Compaq menjadikan tarikh-tarikh rakaman gambar bertukar  (mengikut catatan laptop gambar ini dirakamkan pada 1/5/2000 dan difailkan pada 30/7/11 ) terima kasih kepada penunggu di internet 

Kesan toksidnya telah mengimpakkan kesukaran yang sesekali meninggalkan kesan dan parut di minda saya yang sukar sembuh meski pun jiwanya tidak berkudis dengan jangkitan penularan kuman virus.

Misalnya seperti sessi soal jawab yang tidak pernah saya hadapi selama mengunakan facebook di Doha, 'mereka' di Burno mempaparkan beberapa wajah, beberapa nama dan beberapa lokasi yang berlainan dari wajah dan nama anak-anak, keluarga dan kenalan saya serta lokasi sebenar saya.


"Anak-anak yang saya lahirkan bukan mereka yang anda paparkan di dalam gambar!"

"You cannot make any one to become my sons or my daughter."

"You cannot under estimate my own account and my own family."

"What is your real problem with my muslim and asian malay lady image? 

What wrong with that?"

"I am not an arabic or mexicon or indian or chinese!".

"Anda wajar berasa malu dengan sikap tidak beradab ini."

"tejathanaif @ thanaif tidak ada kena mengena dengan mereka yang anda paparkan di dalam gambar anda kerana mereka bukan anak-anak yang saya lahirkan."


 Gambar ini disengajakan berkedudukan terbalik oleh penunggu tatkala ia berkeadaan normal pada fail . Gambar anak-anak saya yang dirakamkan di Bintulu sekitar awal tahun 2003/04

Marah dan radang di minda saya seperti amat amat sukar diubati meski pun di luar jendela persekitaran diliputi salji.


Kelmarin sebelum berlepas ke Brno saya tersenyum mendengar bacaan berita seorang  pembaca  wanita berita di radio tempatan yang seakan-akan membunyikan ungkapan Pakistan seperti 'fuckistan'... minda saya cuba berehat dari tekanan...