Memaparkan catatan dengan label Perjalanan Minda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perjalanan Minda. Papar semua catatan

Rabu, 21 Mei 2014

Permusafiran Si Faqir Ramadhan Ke Brno

Kini sudah memasukki bulan Rejab untuk tahun 1435H yang bermakna saya perlu memulakan membetulkan niat untuk mempersiapkan usaha-usaha menemukan malam barakah Lailatul Qadar yang mulai membarakahi alam dengan Kasih Sayang Allah pada bulan Ramadhan nanti.

Namun catatan semasa bermusafir bersama suami ke Republik Czech masih tidak dapat diselesaikan. lantaran kehilangan fokus dan minat oleh rutin harian sebagai suri rumah yang semakin bertambah...

Menyebak skrin laptop ke dua ditemui catatan yang ingin sekali ditujukan untuk anak-anak remaja belia saya yang tidak suka membaca.   


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah dikau masih sedia menerima bahawa Amerika adalah antara contoh pada susut nilai kebebasannya yang menyonsang tuntutan akhir zaman?

Ku lihat anakku tersenyum...

Homoseksual dan lesbian tidak diajar oleh mana-mana agama, anakku.

Sekolah juga tidak mendidik jalan menuju ke arah sifat ini setelah dikau mengetahui bahawa agama Kristian dan Yahudi tidak menganjurkannya.

Seimbas saya terkenangkan pemandu teksi di Brno yang memarahi sepasang anak muda yang bercengkarama sambil berkucupan ketika dalam perjalanan menghantar kami ke tempat penginapan pada malam yang sejuk dengan rebasan hujan yang mulai merintik pada kedinginan salji yang masih bertumpuk-tumpuk putih di muka jalan.

Lelaki Brno yang masih di ambang usia awal empat puluhan itu memperlahankan kenderaannya sambil menurunkan tingkap keretanya menegur anak-anak mudanya dengan lafaz perkataan yang kami tidak fahami. Namun jelas di wajahnya dia tidak menyukai perbuatan seperti itu.

Seorang bapa lazimnya menjadi pembela. Sudah diketahui hal itu. Namun tatkala berada di sebuah negara yang pernah berfahaman komunis dan terdiri dari bangsa yahudi saya terpegun seketika. 

Seandainya mereka mengetahui akhlak islam yang menjadi sebahagian dari asas membina adab adat resam budaya masyarakat melayu muslim apakah masyarakat di negara komunis ini upaya duduk semeja dengan kami membincangkan kesan keruntuhan moral anak-anak hasil garapan ahli hiburan selama ini.

Atau sedia tertunduk silukah masyarakat melayuku yang berjiwa serakah andai terpandang wanita-wanita yang mengghairahkan  sehingga melupakan seketika perempuan dan wanita yang terdiri dari ahli-ahli keluarga mereka yang memerlukan pembelaan dan pemeliharaan mereka?


Saya tidak pasti apakah penerimaan anak-anak saya memandangkan mereka tidak pernah mengambil endah pada setiap pertanyaan. Mereka seperti tidak beremosi walau pun berperasaan.

Saya gusar pada kemahuanmu yang seolah-olah bersetuju untuk mewujudkan 'perjanjian/agreement' ke atas setiap pasangan muda belia memperolehi taraf hubungan seperti mana ikatan perkahwinan ke atas perhubungan bebas tanpa pernikahan. 
Hubungan bebas tanpa perkahwinan ini akan melahirkan masyarakat dan generasi nanak-anak di luar pernikahan yakni anak-anak yang tidak sah haknya disisi undang-undang keluarga islam juga undang-undang sivil walau pun mereka ini tidak berdosa tetapi kedudukan mereka yang tidak sah ini menjadikan mereka tidak berkelayakan mewarisi harta.


Saya tidak membenci tanpa alasan dan fahamilah keturunan itu bermakna pertalian dan perhubungan yang menentukan asal usul dalam pertalian darah oleh pernikahan.

Hukum nikah adalah sunnah dan menjadi wajib jika mahu menjauhi perzinaan.

Pergaulan antara lelaki dan perempuan walaupun berada di dalam zaman moden masih serupa masih sama pada saat diturunkan ayat-ayat yang melarang bebas pergaulan di antara jantina yang berbeza ini.

"Katakanlah (Muhammad) kepada lelaki yang beriman agar menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci buat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan."


Sudah sampai ketikanya menjaga alat kemaluan menjadi ilmu di dalam kesihatan dan thaharah di dalam ilmu islam pada ketika ummat bersiap sedia  memahami jenis wabak penyebaran penyakit.

"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman agar menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan auratnya kecuali yang lazim terlihat."

Sumber-sumber penyakit telah ditegaskan dari cahaya ayat perintah ini.

Adalah sakit bila terpaksa menyembunyikan kesemua kesakitan sehingga hubungan toleransi semakin menyusutkan nilai-nilai ketabahan bila sudah terzahir ketidak bolehan kita untuk berkompromi di antara satu sama lain.




Selasa, 1 Oktober 2013

Permusafiran Si Fakir Ramadhan Ke Brno

Apabila ke luar negara tidak dapat dinafikan keamanan berada di sekeliling kita... bani yahudi berada di sekeliling kita, bani nasrani sentiasa mengalu-alukan ketibaan kita begitu juga atheis yang bertaburan di ceruk rantau eropah... bagaimanakah mahu berkata bohong ke atas fakta?

Lantas kelemahan masih berpihak kepada muslimin yang tidak dibenarkan untuk menzahirkan amalan ibadat mereka?

Atau masihkah wajar untuk berasa gusar menzahirkan kemusliman kita sendiri oleh pakaian, oleh makanan, oleh moral dan akhlak yang sememangnya amat berbeza dengan khalayak yang mendiami dan memiliki tanah-tanah dan bumi di eropah?


Saya sering tertanya apakah yang dilakukan oleh sikap diplomasi wakil-wakil konsulat serta para duta yang bersendikan komuniti pengurus tadbir di kalangan penjawat muslimnya pada jalur jaringan diplomatk?


Saya terlihat Brno dan Prague dengan kelompok lesbian dan pengamal seks bebas di kalangan masyarakatnya mungkin juga penuntut-penuntut wanita yang perlu menyara pelajaran mereka dengan pekerjaan-pekerjaan sebegitu.


Mengendung wanita-wanita yang bukan isteri atau menyentuh arak untuk menjelaskan kemodenan diri bertamaddun hanyalah imej-imej mundur yang tidak lagi wajar menjadi sifat para pengurus, pedagang, ahli siasah dan ekonomi, ahli masyarakat dan korporat malah penjawat serta petugas di sektor keamanan PBB yang muslim.

Sebagaimana tidak wajar imej besarnya turban dan lebatnya janggut bukan lagi imej yang wajar mencirikan muslim seseorang di antara kami bagi menolak sesetengah persetujuan yang mendakwa mereka yang beragama adalah bersifat radikal.

Adakah pemimpin atau sesiapa sahaja yang sedia berzina dan bebas menjadikan lelaki atau wanita yang bukan suami atau isterinya sebagai teman pengiring mahu dibenarkan menjadi sifat bertoleransi ummat?

Adakah gugur takrif radikal apabila lelaki muslim sedia berzina?

Begitukah konsep jaminan keselamatan diperakui tanpa upaya diubah walau sedikit?

Adakah pemimpin atau individu yang berasuah dan sedia  berkhianat terhadap amanah dan harta yang bukan hak mereka perlu diterima sebagai sifat bertoleransi ummat?

Adakah pemimpin yang menganjurkan persengsektaan dan menerbitkan syak wasangka ke atas rakyatnya sendiri oleh sedia dikenali oleh pengawalan ala mafia atau 'unit special branch' dibenarkan kekal menjadi sifat bertoleransi ummat dekad 21 ini?


Apakah pertuduhan yang menjejaskan moral dan akhlak yang bersentimenkan pendakwaan palsu terhadap individu atau pemimpin yang upaya mendekatkan perbezaan juga masih kekal menjadi sifat bertoleransi ummat di akhir zaman?


Jumaat, 28 Jun 2013

Travelodge/Permusafiran Si Fakir Ramadhan Ke Bruno (Demokrasi?)

Salji turun di malam pertama setibanya di Bruno

Sewaktu kami ke Bruno kegawatan sedang berlaku di Mesir yang mendapat liputan di stesyen televisyen Bruno. 

Sementelahan di awal ketibaan kami salah seorang petugas hotel telah memperkenalkan dirinya sebagai rakyat Tunisia yang sangat bergembira dengan perkembangan yang berlaku di Mesir ketika itu saat Presiden Hosni Mubarak berjaya diturunkan oleh rakyatnya sendiri.


Tatkala tidak memahami bahasa kebangsaan Bruno yang sepenuhnya digunakan oleh media berita eletroniknya, minda mulai mencatat tidakkah dunia menginginkan untuk melihat masyarakat muslim berketurunan yahudi dan nasrani di England dan negara-negara di Kesatuan Eropah diterima bila amalan demokrasi di kalangan kerajaan-kerajaan negara tersebut sering menzahirkan ketoleransian dalam mempraktikkan kematangan politik yang tinggi untuk dihayati kefahaman pembacaan sejarah oleh tamaddun eropah yang mana sebahagian besar di timurnya merupakan negara-negara yang berfahaman komunis.


Adakah negara di Eropah kekal menjadi sumber untuk membenci islam tatkala sebahagian besar rakyat kelahiran dari negara-negara kesatuan mereka berada di Asia / Eropah telah semakin menyerlahkan kemusliman mereka oleh kewujudan hubungan baik yang dinteraksikan dari pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sukan?


Saya menduga kaedah yang bagaimanakah upaya diterima terhadap kehadiran parti politik dan harakah islam yang pernah diperintah oleh ulamak hasil dari amalan demokrasi di Malaysia diberikan pembaikan pulihannya oleh rakyat di negara saya Malaysia, tanpa kekal terlalu merujuk hanya kerajaan pusat yakni kepimpinan dari Barisan Nasional sahaja tatkala kerajaan Pakatan Rakyat juga merupakan kerajaan yang sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan Malaysia natijah dari amalan demokrasi?

(Perkara yang sama pernah dicatatkan di website BBC tetapi dengan menggunakan bahasa kebangsaan sahaja apabila saya sedar wujud suara bahasa melayu di perbadanan penyiaran itu).


Adakah media masih kekal tidak mendapat pencerahan atau rakyat di negara saya sendiri yang tidak berjaya mendapatkan pencerahan hasil dari penghayatan mempunyai hubungan melalui teknologi?


Lantas kerana itu sediakah diterima kelemahan mereka yang berada di teluk  ialah kerana tidak mempunyai pembangkang seperti mana yang dimiliki oleh tanah air saya Malaysia sehingga berjaya menubuhkan kerajaan bagi menjadi pemantau ke atas kerajaan?