Memaparkan catatan dengan label Pelancongan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelancongan. Papar semua catatan

Rabu, 21 Mei 2014

Permusafiran Si Faqir Ramadhan Ke Brno



Bagaimanakah ta'aruf dan taqwa menjadi proses untuk menjana pendapatan bagi masyarakat muslim dari dunia ketiga ketika sebuah negara kecil seperti Republic Czech hanya menjual barangan buatan negara kesatuan mereka sahaja.



Bangsa yang berbeza rupa itu masih penting untuk membina jati diri.

Aliran pemikiran moden masyarakat di Austria masih dilitupi oleh kekuatan jati diri mereka yang melalui pengalaman peperangan dunia telah menjadikan generasi terdahulu masih menghargai sejarah bagaimana negara mereka dibentuk.


Saya menemui seorang wanita yang telah berusia emas  yang menjadi juru tunjuk atau 'tour guide' kepada kami yang dapat dianggap sebagai keputusan 'bidan terjun' sebaik sahaja tiba di bandar Wien.

Madame Soffia adalah seorang wanita yang telah berusia yang menjadi juru pandu kami untuk mengisahkan tentang bangunan dan lokasi yang dianggap mercu tanda kepada Wien.
Madame Soffia masih bertenaga dan ceria untuk berhadapan dengan suhu yang mencapai  -13 celsius dengan tiupan angin yang kencang kepada kami yang turut disertai oleh sepasang pelancong yang menggunakan bahasa yang tidak dapat kami fahami.

Pada waktu malam seperti itu lazimnya seorang wanita seperti Madame Soffia hanya berada di rumahnya oleh kedinginan malam namun usia tuanya itu seperti anugerah yang diberikan untuknya menyumbang budi dengan menjadi penunjuk perjalanan.
Pemandu van yang memandu kenderaan pada malam itu juga terdiri dari seorang lelaki yang telah berusia.

Gabungan usia tua dan muda masyarakat Austria serta Republic Czech umpama sebuah institusi yang dibina oleh sejarah silam persengketaan dunia untuk saling mengikat mereka bebas dari belenggu dan lingkaran kekejaman peperangan.

Dia sempat bertanya kepada saya apakah dikenali nama Karel Capek dan Milan Kundera serta beberapa nama yang sukar disebut. Sungguh malu bila saya terkenang katanya bahawa jika suka membaca, nama-nama penulis Republic Czech wajar diketahui kerana kebanyakan tulisan dan penceritaan penulis negaranya ini menjadikan setiap rakyat Czech sebagai hero.

Sayang sekali kerana saya tidak dapat menahan kesejukan wajah Madame Soffia tidak saya rakamkan.



Sabtu, 16 November 2013

Permusafiran Si Fakir Ramadhan Ke Brno


Membicarakan perubahan cuaca tanpa mengaitkan sejauh manakah perubahan minda ibarat salji yang mencair ketika berlalunya musim sejuk...

Musim-musim tema masih diperlukan oleh dunia?

Dan masihkah agama tidak memberi petunjuk kepada sains?




Masih eropah menjadi kenangan yang tersimpan di dalam lipatan minda saya.

Berada di tanah gurun yang sangat berhampiran dengan tanah afrika membuatkan emosi bercampur baur...

Asia di tanah besar berpecah dengan asia di timur jauh yang genetik pembinaan rasnya didominasi oleh wajah monggolia ...

Masyarakat di Alabama dan individu arab telah mampu menonjolkan diri mereka di Amerika tanpa rasa terancam?




Adakah benar etnik arab memerlukan naungan bayangan etnik afrika yang menguatkan diri mereka kesan dari dasar apartheid sehingga menjadi imej untuk turut memayungi etnik arab yang masih gusar dengan gelaran pengganas?

Inikah kompromi tanah teluk dengan Amerika?

Inikah kesan persona dek ketampanan dan kejelitaan yang mahu dibahukan kepada khalayak yang dilahirkan dengan salutan kehodohan?

Apakah yang dilakukan oleh sikap diplomasi  wakil-wakil duta yang bersendikan komuniti pengurus tadbir di kalangan penjawat muslimnya pada jalur jaringan diplomatik?

Sekadar melokasikan wilayah minyak gas dan kini air dengan berbagai pendekatan dengan solusi dari dekan dan pelajar universiti yang sepenuhnya distrategikan dengan variasi polisi?

Saya tidak menemukan isu-isu ini selama berada di Brno.
Berasa tenang...mungkinkah oleh sejarah yahudi dalam tamadunnya yang dipindahkan kepada tembuk bangunan lama yang kekal walau pun di zaman kemodenan?


Mungkinkah kedamaian itu dirasakan kerana negara ini dikebali oleh pengawal ala mafia atau unit 'special branch' yang  kekal menjadi sifat bertoleransinya ummat dekad 21 ini?

Lalu ada yang dapat menjawab apabila dihalakan pandangan ke Gaza dan Tebing Barat yang berjiran dengan israel, bagaimanakah kehangatan sering memagari sempadannya?

Di Zoo Bruno

People of the Czechs, may i use your ex President speech?
He said every nations get the government it deserves.

Dear jews people,  first Czechs President told his people that every nation gets the government it deserves ..hear that? 

Dear Egyptian, ex Czechs President asked his people that every nation gets the government it deserves...

Di Zoo Brno


Kesederhanaan yang diserlahkan juga memikat hati untuk membenarkan naluri merasakan keberdayaan pembinaan identiti jati diri negara yang berada di tengah-tengah arus  kemodenan  tamadun dunia ini sepenuhnya didokong oleh rakyatnya yang menjadi penentu kejayaan dasar  pembangunan manusia dan potensi-potensi untuk diri berkemandirian selain  pembangunan fizikal.

Adakah benar Kesatuan Eropah masih upaya ditolak oleh sesetengah rakyat di  Timur  Eropah tatkala dicermati pengamatan mengenai rakyat Republik Czech di bandar Brno  yang memilih menggunakan bahasa rasmi di dalam setiap komunikasi mereka?

Kedai Buku Di Brno


Di seluruh premis dan pusat dagangan utamanya ditemui kedai-kedai buku yang hanya menjual buku-buku berbahasakan bahasa mereka.
Terlalu sedikit buku di dalam bahasa inggeris upaya ditemui.


Ataukah mereka amat menyedari bahawa bahasa itu turut menjadi tunggak yang membina laras budaya untuk dikenali identiti diri yang wajar dijadikan asas untuk tidak dilupuskan pengenalan diri ummat setelah bermulanya pembukaan jendela mellinium 21 ini?

Dan menjadi kesempurnaan bagi dekad yang sedia menyedari pentingnya bahasa rakyat difahami tutur bicara dan berdaya bahasanya kerana keyakinan diri rakyat adalah cermin kepada kebijakan negaranya


Ahad, 3 Mac 2013

Pemusafiran Si Fakir Ramadhan (Makna Dan Erti - Freemantle - Australia)



Friday, January 26, 2007

Lazimnya individu yang berusia biarpun bersikap konservatif mereka lebih mudah bersimpati.Pengalaman yang menjadikan mereka begitu oleh faktor usia? Wanita inggeris yang sudi membantu kami.

Makna Dan Erti 

  Masih berlingkar kenang kenangan menyusuri saat berlabuhnya layar insaf di tengah kemarau teluk kalut yang mengematu diri.


Di Fremantle kubu-kubu sepi menggamit naluri saat melihat kilau berlau berkocak alun memukah buih,bongkak diri mencair hati.

"Biar saya membantu kelian."

"Tidakkah ia akan menyusahkan Puan?"

"Sedari tadi saya memerhati dengan simpati. Mengapa tidak minta bantuan?"

"Kami memerhati mereka yang lalu lalang namun pandangan tidak mendapat balasan, sekadar renungan bukan petunjuk yang meredakan sangkaan kami, Puan."

Aksi saya dan suami saling bergilir bergaya di depan kamera tanpa berpeluang mengambil gambar berdua rupanya ditekuni oleh sepasang mata yang diam mengamati.

"Saya dari England."

Ramah tawa dan pautan tangannya di bahu saya menggambarkan ketulusan peribadi wanita separuh abad ini... suami merakam potret kami berdua.

"Kamu simpan gambar kita untuk kenang-kenangan jika tidak lagi kita bersua."


Pemblog (bertudung di sebelah kanan) bersama suaminya - gambar yang dirakamkan oleh wanita inggeris yang baik hati.


Seperti selalu kalimah itu mengesan di hati yang paling dalam.  Perbatasan waktu tidak mampu dirempuh bila cukup hayat mensyarati usia... 


'Sesungguhnya kematian yang kamu lari darinya maka sebenarnya kematian itulah akan menemuimu.'

Wajah anggun itu tidak saya lupakan andai dia telah tiada bangsanya tetap dikenali di dunia.


Penggiliran generasi masih mewariskan tradisi...insaf diri hanya milik peribadi,hati berbudi akal tidak selalu menjadi bestari...


Malamnya......

Bersama teman suami iaitu pasangan suami isteri yang berasal dari Petaling Jaya, kami dijemput untuk menjamu selera di sebuah restoren indah di Perth...

"Kamu tidak kisah jika saya memesan masakan daging yang menjadi kegemaran saya, menunya menyelerakan..." bisik isteri teman suami sambil tersenyum."

"Terima kasih kerana jujur menghormati nilai pegangan saya,pinggan kita dari jenis yang serupa tetapi kita memenuhinya menurut selera sendiri...saling menghormati dan menyenangkan hati bukan mensyaki terus mencurigai."

Musafir ke Perth pada 5/7-12/7/1996 sewaktu suami bertugas di sana.


Lingkaran semalam menghujani lembah fikir di hari ini. 

Sesuatu yang tidak membawa faedah ia tidak bernilai di dalam menghasilkan kaedah.


 Teringat kisah Monsiuer Ibrahim...agak melumatkan minda...sayang sekadar sempat menonton sehingga adegan percutian Monsiuer Ibrahim ke Turki...


Islam melalui pertanian dan penternakan merupakan hasil usaha dan pekerjaan para nabi dan rasul.-rasul.


Penternakan dan tanaman yang menjadikan wujud pengeluaran zakat menjelaskan kedudukan syariat Islam sebagai bukti sampainya perintah-perintah Allah yang terkandung di dalam Al-Quran melalui Nabi Muhammad sallalla hu laihiwassalam sehingga kiamat.

 Pertanian dan penternakan sebagai sumber makanan  memberi penambahan nilai kepada ummat apabila rohani, emosi, intelek dan jasmani serta spritual ummah dipiawaikan oleh hukum-hukum fikh (wajib, sunat, haram, makruh, harus) 

Dan sungguh benarlah thaharah menjadikan asas ummah membina syariah apabila ia syarat utama untuk diterima ibadahnya apabila menjadi seorang muslim dan muslimat.

Sah atau tidak ibadah solat itu menjadi fardhu yang wajar diketahui melalui pendidikan di sekolah.

Masih 'daging' itu memenuhi otak akal saya... 

Jika tidak memakan daging apakah hikmah yang tersurat di dalam Surah Al-Baqarah?

Jangan memakan bangkai dan jenis makanan serta minuman yang haram.

Tidakkah orang-orang yang sihat aqalnya juga ditentukan oleh jenis pemakanan dan minuman yang membina penumbuhan daging darah dan tulang temulang tubuh badannya?


Adakah memang dijelaskan di dalam surah Al-Baqarah bahawa sumber riba itu turut menjadi sifat yang dibina oleh jenis makanan dan minuman?

Adakah kedapatan banyak penyakit dihasilkan oleh pemakanan bangkai oleh ketidak sempurnaan penyembelihannya?

Bagaimanakah kesihatan disarankan apabila kita memakan bangkai kesan tiadanya penyempurnaan penyembelihan haiwan ternakan? 


Saat ini saya ingin mempunyai kenalan dari nasab Levi atau kenalan dari nasrani berfahaman adventist apakah Jesus (Nabi Isa alaihisalam) meningalkan pesan tentang larangan memakan daging khinzir?

Namun bermula sejak tahun 2006 lagi  mereka menyembunyikan wajah. 

Bergema janji dalam dhammir yang paling dalam, janji kita dengan Ar-Rabb adalah untuk tunduk menyembahNya. 


Mengapakah fakta ini sangat sukar difahami seperti mudahnya kita memahami dengan rasional bahawa mentari meminjamkan cahayanya buat rembulan?




"Sesungguhnya Allah itu sangat belas kasihan. Oleh itu ia sukakan sifat belas kasihan di dalam semua perkara dan Dia juga akan melimpahkan belas kasihanNya kepada mereka yang bersifat demikian, tidak akan diberikanNya buat mereka yang kejam."


Rabu, 27 Jun 2012

Permusafiran Si Fakir Ramadhan (Masih Mekar Di Dalam Hati - Venezia)



Saturday, January 06, 2007

Masih Mekar Di dalam Hati

Satu saat ketika terhimpun kasad yang meninta simpul cinta di hati, meniliki saat madu kemanten terkemam oleh kelung masa berinti lingkar tanggungjawab yang menanti, sesudah memenuhi tugas, suami ingin mengisi kenangan agar tidak luruh hiba di saat dugaan menguji  saat masih berkemaruk kasih yang mohon dijauhi dikhianati.


Biar bersahaja hasrat itu kuat meruntun runtuh membekas di sudut jiwa...



"Tidak baik memikirkan perkara yang tidak berlaku... seolah-olah mahu menolak interaksi niat dan hasrat jujur hati lalu mengizinkan tanggungjawab memperalatkan diri..." kata lemak merdu bermadu lunak sesekali memalit pahit adalah kelaziman di saat masih muda menyusuri hidup berumah tangga...imbasan- imbasan masa lalu  adalah sesuatu yang tetap indah untuk dikenang bila sarat pengalaman mengindahkan kehidupan.


"Venice atau Venezia secara perlahan-lahan akan ditenggelami oleh kenaikan paras laut seandainya tiada usaha dilakukan bagi menghalangnya berlaku..." wajah yang menuturnya saya renungi.


Pemblog (bertudung di sebelah kanan) bergambar bersama dengan suaminya.



"Mengapakah di sini wanita-wanitanya ayu menawan?"roh insan mulai memahat mengusik jiwa agar tidak wewenang ditunduk emosi ...


"Supaya isteri abang menjadi cemburu..." ungkapan biasa yang mahu menghangatkan rasa. 


"Kami adalah hamba Allah yang menundukkan nafsu untuk beramanah dalam mengasihi...itulah permintaan lelaki sehingga berjaya menjadi suami!"pantas bahu saya didakapi suami.



Bangunan-bangunan lama jarak antaranya membina lorong sempit sebagai laluan utama gondola. Dengan sekali pandang sukar untuk diketahui yang mana pintu hadapan dan yang mana laman di bahagian belakang apabila lautan menjadi halaman rumah-rumah di Venice.


Pasangan muda dari Jepun mempelawa agar kami bersama memudiki tenang laut sambil menikmati keunikan konkrit binaan rumah-rumah yang berwarna-warna. Gelombang laut merintangi hasrat kami kerana ketika itu saya sedang berhadapan dengan 'mabuk' dengan kandungan anak ketiga.

Rakan dari Jepun yang sama bermusafir bersama kami.
Kami hanya melambai pasangan dari Jepun itu yang amat popular kerana kerap membawa peralatan lengkap kamera untuk merakamkan setiap lokasi yang menambat hati. Sesuatu yang membekas di hati, pasangan muda ini sentiasa tersenyum dan kerap membongkok ketika berseliseh dengan kami. Mereka umpama produk industri yang menjadi jenama sikap inovatif...memesrakan diri tanpa rasa rendah diri.



Sambil merenung wajah suami lancar disuarakan,"kita pula kerap bergelut dengan timbunan krisis antara elit tidak sekata helah menyimpan senario semasa, etnik sengsara tersesak rasa, marhaen bergiliran menjadi mangsa... salam barakah milik kita tidak terlihat ia memperkuat ikatan keyakinan antara hati jiwa dan raga."


Coklat pahit pemberian seorang wanita yang telah menjamah usia senja dengan dialek pekat Irishnya, dipatah dua untuk kami mengalas perut tatkala aroma harum parmesan cheese,olive marjoram dan bawang putih menusuk hidung... dalam suhu yang berada di bawah paras beku, dinginnya membuatkan rasa tidak sihat bila hidung mulai berair.



Lantaran kesuntukan masa kami cuba mencari ruang selesa sebelum Asar memasuki waktu. 


Saat itu gereja utama di Vanice sedang dalam pengubahsuaian.

Walaupun kerja pemulihan sedang dijalankan, pelancong yang membanjiri Venezia tetap diraikan dengan dibenarkan memasuki sebahagian dari perkarangan gereja yang luas itu.


Kami ketika itu sering menggunakan 'kamar rehat' dan  sering memuji kebersihan dan  cara bina serta hiasan dalamannya. Dengan alasan inilah sering 'kamar-kamar kecil' itu menjadi tempat kami mengqasar dan menjamakkan  solat-solat zhuhor dan ásar.



Waktu itu juga pernah saya berasa gembira tatkala ada wanita jelita yang ranggi bergaya menyapa saya dengan soalan, "apakah kamu seorang muslim?"

Benar, saya bersolat di kamar tandas di perkarangan salah sebuah premis di Vanice. 

Kamar itu besar dan bersih. 


Sejurus selesai bersolat saya bertemu semula dengan suami yang menanti di ruang legar premis tersebut. 


Seketika mata saya tertumpu  pada kain yang merentangi bangunan utama dengan perkataan 'ERATA DELL'ISLAM - ARTS'S ISLAMICA IN ITALIA.' 


Dengan lembut saya bisikan pada suami,"mungkin inilah sebabnya wanita jelita itu menyapa saya.




Merakamkan gambar suami di hadapan bangunan pameran  seni islam - Vanice 1994

Waktu itu terasa kedatangan kami bagaikan dialu-alukan biar pun hanya oleh pemidang yang tidak bersuara. 

Waktu itu saya tidak pasti apakah minoriti muslimin di Italy mempunyai komuniti dan ulamak yang boleh dihubungi sekiranya kami berhadapan dengan kesukaran-kesukaran yang tidak diduga.