Memaparkan catatan dengan label Marhaban Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Marhaban Ramadhan. Papar semua catatan

Rabu, 25 Jun 2014

Musafir Si Fakir Ramadhan

Kanak-kanak sekolah di bandar Wein, Austria

Entah bila catatan permusafiran Si Fakir Ramadhan ini akan berakhir apabila bertimbunan ingatan masih tidak terlerai dari pemikiran saya.  

Musafir ketika beribadah haji dan umrah lebih dua puluh dua tahun yang lalu masih segar di dalam ingatan...entah berasa resah entah berasa sedih entah berasa cemburu oleh bertali arusnya saudara, sahabat dan rakan ke Mekah dan Madinah, ingatan lebih dua puluh dua tahun yang lalu masih menghimpunkan ingatan-ingatan yang segar di hati ini.

Sinar Syakban semakin menzahirkan keinginannya melabuhkan tirai buat Ramadhan yang dinanti dengan penuh kerinduan oleh para muslimin di seluruh dunia...yang bersiap sedia untuk memangku kebarakahan malam Lailatul Qadar...

Dan diri ini masih disula oleh 'arab spring' yang kembali lena oleh dodoian dendangan rentasan siri sukan yang sepenuhnya ditadahi oleh negara-negara di Teluk, tatkala unta-unta telah dijangkiti jangkitan wabak MERS- CO-V saya tertanya-tanya mimpi siapakah yang tidak menjadi?


Tatkala Imam Mahadi ditaakul oleh Yahudi, Nasrani dan Muslimin tanda-tandanya, tatkala Yakjuj dan Makjuj dan Al-Masih al-Dajjal ditilik dan dimanuskripkan ke dalam filem, mengapakah dasar pendidikan di Amerika dan England yang masih mengekalkan pemisahan agama dari kehidupan tetap dinanti untuk diambil sebagai ikutan bagi ummat Nabi Muhammad sallallah hu alaihiwassalam?

Ingin juga dilontarkan rasa sejauhmanakah kesedaran dirasionalkan bahawa perhimpunan Syiah sempena memperingati peristiwa di Karba telah menjadi perhimpunan ke dua terbesar bagi ummat manusia selepas perhimpunan di Arafah, Mekah dan Madinah bagi masyarakat muslimin?


Jesteru kerana itu kita tidak boleh berterusan kekal untuk mencabar penyatuan ummah ini jika masih mahu membawa isu-isu hak-hak kemanusiaan, kebersamaan dan kasih sayang serta kebebasan dengan  memfokuskan hak-hak homoseksual, lesbian serta persaingan gender bagi membuka jalinan sosial bagi membina sifat terbuka ke atas masyarakat moden abad 21 ini.


Saya gusar jika kemabukan terhadap holly wood dan bolly wood menjadi kaedah masyarakat moden berealiti tatkala ke dua kumpulan ini kekal menternak masyarakat pengguna.

Mengkonsumerkan modal insan bagi menghindari penyakit di dalam masyarakat?

Dengan apakah pengintegrasian bina insan dilansungkan?

Mediakah yang tidak berjaya mensolusikan kebolehan  kita?

Rindukan bulan Ramadhan.

Linguistik Di Dada Muhammad Sallallah hu alaihiwassalam



Imej lelaki arab kelihatan di sebelah kiri



Mungkin sekiranya diketahui muzium ditutup saya tidak mendaki bukit itu.
Bumi di tanah bukan muslim juga milik Allah.
Brno
 Brno

Jambatan Charles

Seperti wujud kejujuran tukang-tukang ukir yang mengukir imej-imej pepatung di Jambatan Charles di bandar Vienna/Wien, Austria tatkala terlihat imej lelaki yang memakai serban dan tersisip pisau yang membina imej lelaki arab pada salah satu patung di atas jambatan ini.

Namun nubuwwah tidak membina imej masyarakat moden di Austria dan Republik Czech kerana minda moden dibina oleh kemajuan pembangunan akal yang disandarkan tanpa menyentuh jiwa dan rohani untuk pengubudiahan kepada Pencipta adalah perbezaan yang jelas di antara negara nasrani dengan negara muslim.

Peradaban arab meninggalkan kesan yang tidak dapat dipadam di kebanyakan negara-negara di Eropah.

Sains pada Al-Quran menjadikan masyarakat eropah mempunyai kekayaan pada bidang kajian apabila angka-angka diberikan bahasa dalam bentuk susunan kod yang menginovasikan pelbagai kemahiran berasaskan sains dan matematik.

Linguistik sebagai titik mula pengucapan komunikasi antara manusia dengan Penciptanya.

Nabi Musa alaihisalam berkomunikasi dengan Rabbul Jalil.

Rasullullah sallallah hu alaihiwassalam menempa penghalaan linguistik dengan malaikat Jibrail yang menjadi Imam bagi solat di bulan Ramadhan di Gua Hira'.


Tatkala malaikat dengan manusia itu upaya berhubung erat kerana keimanan apakah sudah tiba masanya untuk menolak tawaran musuh nyata manusia dari kalangan para syaithon menjadi rakan?


Selasa, 23 Julai 2013

Permusafiran Si Fakir Ramadhan Ke Prague

Gereja 
Sebuah Synagogue
Kuburan Orang Yahudi  


Tatkala melihat gereja-gereja dan synagogue saya yakini setiap diri muslimin tidak berasa sakit hati atau berasa marah di dalam minda mereka.

Sejarah bangsa yahudi dan nasrani banyak diketahui melalui Al-Quran sementelahan pula para rasul dan nabi-nabi yang menyampaikan kebenaran sebelum kerasulan Nabi Muhammad sallallah hu alaihiwasalam adalah berketurunan yahudi dan nasrani.


Sejarah di dalam Al-Quran bagaimanakah ditaakuli oleh muslimin setelah bangsa arab dikenali sebagai pemilik bahasa arab?


Kesan dari pemikiran kritis kerap menjadikan pemikiran saya berpusing melewati 180 darjah untuk menyederhanakan akal dari melanggari batas-batas keupayaan seorang muslimah yang banyak kelemahannya tatkala membaca mukjizat Kekasih Allah sallallah hu alihiwassalam.

Ramadhan kali ini sangat memukul minda saya. Berasa sayu tanpa sebab berasa duka dan sebak.

Kiranya berkibaran sayap-sayap malaikat menaungi angkasa di mana kedengaran takbir tahmid dan talbiah serta bacaan-bacaan Al-Quran pada Ramadhan yang barakah buat tahun hijrah 1434 ini.

Terbukanya pintu-pintu langit menyebakkan jiwa.
Mengundurlah para kejahatan dek terpenjaranya para syaithan.
Sedekah memberi yang lapar makan.
Qiamu Ramadhan menjadi alunan kemerduan :

Ya Allah kami meminta iman yang sempurna
Menjadi pengamal perintah yang fardhu
Menjaga solat membayar zakat
Ashik dengan apa yang Dikau miliki
Mengharap keampunan
Berpegang pada petunjuk
Berpaling dari perbuatan yang sia-sia
Zuhud pada kehidupan di dunia
Mengingini kehidupan akhirat
Redha kami dengan syukur atas segala nikmat 
Bersabar bala bencana 
Jadikanlah kami di kalangan mereka yang berjalan pada hari kiamat di bawah panji Penghulu kami Muhammad sallallah hu alaihiwasalam
Jadikanlah kami meminum air dari telaga Al Kautsar
Memasuki syurga dengan peraduan yang dimuliakan
Memiliki bidadari 
Berpakaian pakaian ahli syurga
Memakan makanan syurga
Meminum air madu di syurga
Berada bersama para nabi-nabi, siddiqin, syuhadah dan solihin.

Jadikanlah malam-malam ramadhan kami penuh berkat
Berbahagia dan diterima amalannya
Janganlah jadikan kami  dari kalangan mereka yang ditimpakan kecelakaan.
Sejahterakanlah kami 
Ampunilah kami
Mafilah kami dan kedua ibu bapa kami
Ibu-ibu kami
Saudara-saudara kami
Sahabat-sahabat kami
Isteri-isteri /suami-suami kami
Ahli rumah kami
Datuk-datuk kami
Nenek-nenek kami
Orang-orang tua kami
Guru-guru kami
Dan seluruh muslimin dan muslimat
Mukminin dan mukminatyang masih hidup dan juga yang sudah meninggal dunia
Tuliskanlah untuk kami dengan keselamatan dan kesihatan 
Sebagai para haji dan mereka yang melakukan qhuzwah
Sebagai mereka yang berziarah 
para musafir dan pemukim di daratan atau lautanMu 
Dan di angkasa 
Dan dari kalangan orang-orang Islam
Peliharakanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim
Tolonglah kami dari kaum kafirun.

Wahai Yang Memakbulkan permintaan orang-orang yang meminta
Akhirkanlah kehidupan kami dengan kebaikan 
Wahai Yang Paling Pengasih di kalangan mereka yang mengasihi...
Ameen.



Pastinya doa muslimin berbeza dengan doa para pendoa yang lain kerana itu mereka hanya meratapi bekas-bekas masjid yang telah menjadi gereja...

Lantas apakah masih wajar untuk berasa takut menzahirkan kemusliman kita?