Wednesday, November 01, 2006
|
Doha Qatar |
Rasa bersyukur kerana Allah telah memberi takdir untuk kami sekeluarga bermaustatin ke Qatar.
Hampir setahun berada di sini (21 November 2006) kami masih belum lagi berjaya mendapatkan kenalan
dari penduduk berbangsa arab yang kini bertakhta di hati saya. (hanya ke atas wanita muslim mereka )
Dan pada saat itu saya masih belum dapat menjalinkan kasih sayang dengan rakan-rakan wanita yang senegara dengan saya kerana di antara kami masih dalam penyesuaian diri dengan stuasi dan rutin baru di negara ini.
Lalu tahun-tahun awal di Qatar, saya berteman hanya
dengan peti-peti yang bersuara setiap hari membuatkan rutin harian berubah-ubah
menurut gelombang yang dipancarkan.
Talian arus yang bercas dengan kadar voltej
yang tertentu tanpa direncana telah memaksimumkan pengaliran literal vokal-vokal
yang fonemnya beracara fonologi yang sentiasa menghangatkan jiwa bila mana
filamen minda dipaksa menyala.
(Maksudnya saya tidak menyukai irama lagu yang bising yang kerap diputarkan oleh salah sebuah stesyen radio di sini)
Mengemaskan sarang-sarang kemelut di fikir akal telah menggabungkan semula
janji untuk diri agar setia dan tunduk tanpa perlu berpihak dalam menafsir
masalah.
Berpihak hanya perlu kepada yang benar dan adil sahaja. Ini tidak
menjadi kesalahan kerana keinginan mahukan keadilan adalah kekuatan yang
meninggalkan kesan.
Seperti mana dailog dan perbualan anak-anak di dalam kereta ketika kami bersiar-siar di Doha.
"Emak, bagaimanakah poster sebesar bangunan ini diletakkan dan memenuhi seluruh
bangunan?"pertanyaan anak menyentap syahdu minda bertarung fikir.
"Mungkin ianya disusun bermula dari petak pertama tingkap sebelah atas dan berakhir ke
tingkap sebelah bawah... tidak pasti bermulanya dari atas atau bawah, dari tepi atau tengah. Bila kesemuanya tersusun lalu lengkaplah poster gergasi iklan mempromosi acara sukan Asia nanti... menarik dengan
berbagai warnakan.."
"Mengapa ya bendera di sini tidak mudah terkoyak bila ditiup angin?"
"Ia dari jenis bermutu tinggi."
"Mesti mahal ya."
"Acara renang nanti ramaikah penontonnya?"
Dalam diam saya mula
menghidu sesuatu dari dialog-dialog anak-anak saya yang berada di bahagian penumpang belakang
kenderaan kami.
Sah... terdengar gelak ketawa along, akak, abang dan adik...mungkin mereka berfikir orang-orang arab adalah pemalu berdasarkan pakaian mereka yang tidak berwarna itu.
"Emak, mengapakah orang-orang lelaki di sini berjalan berpegang tangan?
Setahu akak jika berlainan gender beraksi sebegitu ia di anggap cela membawa dosa."
" Bahayakan mak, pakcik polis tu berada di tengah-tengah jalan tanpa
sebarang penanda yang mudah dilihat terutamanya di waktu malam. Gunalah sarung tangan putihkah atau warna yang memantulkan cahaya di waktu malam."
"Jalan dari airport ni selalu sesak... bagaimanakah nanti semasa sukan jika ada pasukan yang lambat sampai."
Sering saya tidak mahu memberi perhatian kepada perbualan anak-anak kerana soalan-soalan mereka itu ada soalan yang mudah dijawab, ada yang perlu difikir semula agar jawapan tidak mengelirukan kerana kekeliruan dalam bersalahan bertanggapan upaya mengundang kekeliruan. Salah faham fakta dan informasi upaya mengimpakkan kehidupan generasi dan ianya perlu dihindarkan.
|
Karenah anak-anaklah menjadikan saya sering bersengketa dengan fikiran, emosi, rohani dan jasmani sendiri. |
Tidak mahu memberi perhatian kepada perbualan anak-anak kerana ada soalan yang mudah dijawab ada yang perlu
difikir semula agar jawapan tidak mengelirukan kerana kekeliruan dalam bersalahan bertanggapan upaya mengundang kesengsaraan kehidupan generasi perlu dihindarkan.
"Negara-negara muslim adalah tanah yang menjadi barakah tatkala setiap kali azan saling
bersahutan walau berselang berbeza masa, berpindah dari satu daerah menjangkau ke
lembah... langitnya mengumpulkan malaikat yang menebarkan sayap menaungi setiap
yang mendirikan solat... interaksi berkomunikasi hamba dengan Pencipta di
setiap ketika."
"Laut sama biru dengan langit, menghijau rumput dan rimbunan
dedaun mengharmonikan lembayung senja bercitra warna adalah cahaya-cahaya
imbasan untuk mentafakurkan insan."
"Fastabiqul khairat."
Ini sahaja jawapan untuk mendiamkan anak-anak sewaktu di dalam perjalanan
menuju ke destinasi semasa di dalam kenderaan. Waktu itu mereka masih di bangku sekolah.
|
Muttaqin, Hanan, Mustaqim dan Hilman ketika masih menjadi pelajar Doha Cambridge International School di Maamoura. |
Dan sehingga hari ini (2015) saya tidak tahu bahawa wujud persaingan bagi penganjuran sukan-sukan di antara Qatar dengan tanah air saya, Malaysia.
posted by thanaif