Selasa, 19 Mac 2013

Permusafiran Si Fakir Ramadhan (Terimbas Seketika - Milan)



Sunday, December 24, 2006 

Mr.D Prai duduk di tengah.

 Masih mengatur imbas dari kenangan yang terlipat di ingatan sewaktu berada di Kota Milan menyusuri Galleria Vittorio Emanuele...tidak terpaut mata oleh arca dari lukisan jiwa setelah sekian lamanya tergema beralun merdu sebuah irama yang dikira syahdu, dari rakaman suara seorang lelaki tua yang berputar resah mengadun jalin kisah sejarah untuk dititip sebagai khazanah?



"Hari ini perjalanan kita akan menyusuri pemandangan indah di tepi laut...jika masa mengiznkan kita akan singgah di Lugano sebelum tiba di Lausanne."


Mata yang terpukau oleh berbondong-bondong perahu layar umpama camar berwarna pelangi memenuhi permukaan teluk menggambarkan keaslian diri yang perkasa sebagai pelaut... sorotan kenangan itu mungkinkah di Venezia? 



Wajah-wajah lelaki tua yang tampan bergaya semakin segar menerjah ke sudut mata...sentiasa berkot warna sedondon dengan tali leher yang lembut sesekali terang warna dipadankan mengikut warna kemeja... kasut bergilap kilat...melirik memandang mereka perlu disyukuri betapa indah ciptaan Allah, wajah kebapaan yang menguja pancaindera.


Lantaran ketampanan juga kejelitaan mereka, sering semasa bersendirian di kamar sewa kerap berulang kali dibaca surah Yusuf untuk menyedari hakikat Allah Taála yang mencipta tampan, jelik, indah, hodoh,kuat, lemah, di kalangan bangsawan atau marhaen adalah ujian untuk diberi kurnia kuat akal berdiri tanpa emosi diutamakan. 


Bersatukah kuat rohani dengan cerdas minda tatkala sempurna jiwa mesti berdakap waras akal tanpa binasa atau ingin membinasa.


Saat itu saya bisikan kepada suami biarlah anak ketiga ini akan kacak atau rupawan seperti wajah-wajah tua yang semakin mesra tatkala berbicara dengan kami.


"Saya sedang melengkapkan catitan-catitan peribadi terhadap pengalaman silam di samping mencatitnya saya juga merakamkannya di dalam kaset. Sudikah kelian mendengarkannya?" Ucap kata lelaki itali yang menjadi rakan tugas suami yang ketika itu bertugas untuk menguji 'turbogenerators switch- gears'dan seumpamanya, sambil memainkan kaset rakaman suaranya di radio kenderaan.

 

Lelaki itali yang dimaksudkan itu berkaca mata hitam duduk ke dua dari kiri bernama Mr.D Prai.





Ujaran secara tiba-tiba itu menyegarkan mata kami yang sepanjang perjalanan terlena dalam usaha membiasakan diri dengan perubahan cuaca. 

(Di Malaysia kami terbiasa dengan cuaca Khatulistiwa manakala di Milan ketika itu musim sejuk) 

 


Di latari oleh pukulan drum, alunan kalimah yang lunak tetap kedengaran sebagai penghangat yang membakar semangat mengiringi penceritaan wajah tua itu.


"Semasa remaja lagi saya sudah harus meninggalkan keluarga. Menjadi penghormatan di kala itu untuk menjadi seorang tentera. Saat ini baru saya fahami bagaimanakah pedih lukanya hati seorang ibu ditinggal sepi kerana kehilangan perhatian kesemua anak-anak lelakinya sehingga anak gadis yang lemah serta lembut dengan jiwa kegadisan bertukar menjadi kasar adabnya kerana mereka terpaksa menjaadi penggilir ganti saudara-saudara lelaki yang dikerah untuk menjadi tentera." 


Wajah tua itu tiba-tiba berhiba...diunjukkan kepada kami dompet kulit berjenama yang tersemat di dalamnya wajah seorang ibu tua.

"Tuan melakukan yang terbaik untuk tanah air sendiri...tuan seorang pejuang bersemangat patriotik...ia juga merupakan jasa." 


Dia tersenyum.

"Abang, askar Itali askar yang bagaimanakah di zaman dulu?"pantas saya bisikan ke telinga suami. Jawapannya diberi jelingan tajam...silap waktu nanti fikiran bercelaru...saya kembali diam membisu.


Terimbas juga keunikan yang memesrakan hati-hati kami bersama warga tua itu adalah di saat mendengar siaran lansung perlawanan bola sepak di frekuensi radio di dalam kereta yang kerap menghentikan irama pukulan drum yang cuba saya imbasi dari lagu latar rakaman kaset teman suami...

(sesungguhnya saya tidak akan dapat memahaminya kerana bahasa itu adalah bahasa ibunda Itali.)


Saat itu kami memandang warga tua itu umpama bapa kerana umur kami baru mencecah akhir dua puluhan ketika itu...tanpa mengira apa sebenarnya yang sedang dihasilkan dari penulisan itu...kami sentiasa bersangka baik tanpa mahu bercuriga biar pun mereka melihat kami bersolat di salah sebuah gereja di Lausanne. 


Saya faham mengapa ada di kalangan pembaca bog ini dahulunya 'memusuhi' emosi saya setelah saya menemukan catatan sebuah lagu perang bangsa Italy yang bermaksud:

Ibuku!
Berdoalah jangan menangis
Tetapi ketawalah dan pandanglah.

Tidak tahukah ibu bahawa Italy memangilku
Aku berangkat ke Tripoly
Dengan riang dan gembira
Agar aku dapat mempersembahkan darah ku
Untuk menghancurkan Islam
Ummat yang terkutuk
Dan untuk memerangi agama Islam.

Aku akan berjuang dengan sekuat tenaga mengikis Al-Quran.

 Jika orang bertanya pada mu Ibu
Mengapa ibu tidak berkabung atas kematianku?
Jawablah wahai Ibu
Dia mati di dalam memerangi agama Islam 
Ibu,
Gendang telah dipalu
Tidakah ibu mendengr hiruk pikuk peperangan?

Ibu 
Biarlah aku memeluk mu
Dan biarlah aku berangkat.


Setelah mengetahui butiran ungkapan kata-kata bersajak ini, airmata adakalanya tidak upaya diluruhkan bila lukanya terlalu dalam.

posted by thanaif  




 

1 ulasan:

  1. Pada waktu permusafiran itu, saya tidak mengetahui kewujudan nyanyian kebencian askar Itali terhadap Islam sewaktu peperangan dunia pertama. Namun menerusi senikata yang tertera di atas ia membuktikan peperangan dunia pertawa beralasan kepada peperangan salib bangsa eropah ke atas Islam.

    BalasPadam