Selasa, 19 Mac 2013

Permusafiran Si Fakir Ramadhan (Tirai Tidak Berlabuh)



Sunday, November 26, 2006

                                            

Rakaman pada 18/12/13


Semakin terasa meriah tatkala melalui perjalanan menuju ke bandar Doha setiap menjelangnya 18 Disember.
Bendera yang berkibar dari warna-warna sejuk dingin melembar raga yang tenang sejurus mata menatap wajah kasih menyambut ketibaan...

Di manakah letak rasa kemuliaan? 


Dhammirku yang paling dalam menukil gema... 

Terimbas terkenang-kenang setiap pagi di tepi jendela berpasang-pasang burung berkicau murai bernyanyi riang... memeriahkan sepi yang sering bertamu di sudut jiwa yang semakin jemu...

Sebentar ! Tunggu dulu... minda ini terus bertalun gentar... 
Lihat pada proses bagaimana boleh jadi mulia bukannya terus mendapat rasa mulia.


Dahulu ada kerajaan yang cinta dan kasihkan ilmu mengundang barakah menjana bahagia masyarakatnya dari celik tetapi bisu menjadi lapang dada kerana barakah ilmu, lantaran rajin dan gemarnya bertanya merobek musykil untuk mendapat yakin...bagi menjadi amal yang menyantun soleh hati juga jiwa yang bersih.


Seorang maharanikah atau seorang maharaja? 


Dari siapa usah dibicara usah terleka lantaran yang perlu dipuja adalah Allah Maha Berkuasa.

" Kebesaran itu adalah selendangKu... tiada siapa akan berupaya menandingiKu." 

Darjat kekayaan dihala urus untungnya membuah raih kebajikan. 

Tidakkah benar pemimpin ummat adalah khadam yang membantu rakyat membina masyarakatnya? 

Bukan untuk memberi peluang mengeliru menjurang dalam kekusutan hingga rumit fikiran yang menzahirkan rasa keangkuhan kerana ia hanya akan membuat bahaya datang bertandang.

Mulai terimbas pada langkah-langkah yang gagah perkasa pintar berhikmah penuh bijaksana mengayam ilmu dihadam santun para adiningrat juga adiputra, umpama gelombang sentiasa beralun melingkar lembut nan deras pada bilangan saat yang tepat memercu tandakan kegemilangan satu peradaban yang budayanya dari akhlak luhur berani kerana benar berkhilaf akur dengan jujur...

Pada mulianya ada kekuatan kebendaan bukan perlakuan yang terlampau.


Mukmin yang kuat itu lebih baik lebih disukai Allah berbanding mukmin yang lemah.

Ibarat saluran frekuensi yang menyalur khidmat sumber dari impian menjadi kenyataan demi beramanah menabur khidmat kepada masyarakat...proaktif warga korporat yang syukurnya mesti berangkai tiga... qalbiah lantaran ehsan kerana iman. 

Qauliah kerana bicara lantaran keashikan menguntum hikmah, amaliah diterjemahkan kerana santun sifat insan berbelas kasihan demi ingin menegak adil berobor benar dari sumber kasih dan rahmat Allah.

Cenderawasih bukan sekadar burung di kayangan tetapi adalah merpati yang membawa kasih kerana inginkan keamanan dan kedamaian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan