Friday, January 26, 2007
Lazimnya individu yang berusia biarpun bersikap konservatif mereka lebih mudah bersimpati.Pengalaman yang menjadikan mereka begitu oleh faktor usia? Wanita inggeris yang sudi membantu kami. |
Makna Dan Erti
Masih berlingkar kenang kenangan menyusuri saat berlabuhnya layar insaf di tengah kemarau teluk kalut yang mengematu diri.
Di Fremantle kubu-kubu sepi menggamit naluri saat melihat kilau berlau berkocak alun memukah buih,bongkak diri mencair hati.
"Biar saya membantu kelian."
"Tidakkah ia akan menyusahkan Puan?"
"Sedari tadi saya memerhati dengan simpati. Mengapa tidak minta bantuan?"
"Kami memerhati mereka yang lalu lalang namun pandangan tidak mendapat balasan, sekadar renungan bukan petunjuk yang meredakan sangkaan kami, Puan."
Aksi saya dan suami saling bergilir bergaya di depan kamera tanpa berpeluang mengambil gambar berdua rupanya ditekuni oleh sepasang mata yang diam mengamati.
"Saya dari England."
Ramah tawa dan pautan tangannya di bahu saya menggambarkan ketulusan peribadi wanita separuh abad ini... suami merakam potret kami berdua.
"Kamu simpan gambar kita untuk kenang-kenangan jika tidak lagi kita bersua."
Pemblog (bertudung di sebelah kanan) bersama suaminya - gambar yang dirakamkan oleh wanita inggeris yang baik hati. |
Seperti selalu kalimah itu mengesan di hati yang paling dalam. Perbatasan waktu tidak mampu dirempuh bila cukup hayat mensyarati usia...
'Sesungguhnya kematian yang kamu lari darinya maka sebenarnya kematian itulah akan menemuimu.'
Wajah anggun itu tidak saya lupakan andai dia telah tiada bangsanya tetap dikenali di dunia.
Penggiliran generasi masih mewariskan tradisi...insaf diri hanya milik peribadi,hati berbudi akal tidak selalu menjadi bestari...
Malamnya......
Bersama teman suami iaitu pasangan suami isteri yang berasal dari Petaling Jaya, kami dijemput untuk menjamu selera di sebuah restoren indah di Perth...
"Kamu tidak kisah jika saya memesan masakan daging yang menjadi kegemaran saya, menunya menyelerakan..." bisik isteri teman suami sambil tersenyum."
"Terima kasih kerana jujur menghormati nilai pegangan saya,pinggan kita dari jenis yang serupa tetapi kita memenuhinya menurut selera sendiri...saling menghormati dan menyenangkan hati bukan mensyaki terus mencurigai."
Musafir ke Perth pada 5/7-12/7/1996 sewaktu suami bertugas di sana. |
Lingkaran semalam menghujani lembah fikir di hari ini.
Sesuatu yang tidak membawa faedah ia tidak bernilai di dalam menghasilkan kaedah.
Teringat kisah
Monsiuer Ibrahim...agak melumatkan minda...sayang sekadar sempat menonton sehingga adegan percutian Monsiuer Ibrahim ke Turki...
Islam melalui pertanian dan penternakan merupakan hasil usaha dan pekerjaan para nabi dan rasul.-rasul.
Penternakan dan tanaman yang menjadikan wujud pengeluaran zakat menjelaskan kedudukan syariat Islam sebagai bukti sampainya perintah-perintah Allah yang terkandung di dalam Al-Quran melalui Nabi Muhammad sallalla hu laihiwassalam sehingga kiamat.
Pertanian dan penternakan sebagai sumber makanan memberi penambahan nilai kepada ummat apabila rohani, emosi, intelek dan jasmani serta spritual ummah dipiawaikan oleh hukum-hukum fikh (wajib, sunat, haram, makruh, harus)
Dan sungguh benarlah thaharah menjadikan asas ummah membina syariah apabila ia syarat utama untuk diterima ibadahnya apabila menjadi seorang muslim dan muslimat.
Sah atau tidak ibadah solat itu menjadi fardhu yang wajar diketahui melalui pendidikan di sekolah.
Sah atau tidak ibadah solat itu menjadi fardhu yang wajar diketahui melalui pendidikan di sekolah.
Masih 'daging' itu memenuhi otak akal saya...
Jika tidak memakan daging apakah hikmah yang tersurat di dalam Surah Al-Baqarah?
Jangan memakan bangkai dan jenis makanan serta minuman yang haram.
Tidakkah orang-orang yang sihat aqalnya juga ditentukan oleh jenis pemakanan dan minuman yang membina penumbuhan daging darah dan tulang temulang tubuh badannya?
Adakah memang dijelaskan di dalam surah Al-Baqarah bahawa sumber riba itu turut menjadi sifat yang dibina oleh jenis makanan dan minuman?
Tidakkah orang-orang yang sihat aqalnya juga ditentukan oleh jenis pemakanan dan minuman yang membina penumbuhan daging darah dan tulang temulang tubuh badannya?
Adakah memang dijelaskan di dalam surah Al-Baqarah bahawa sumber riba itu turut menjadi sifat yang dibina oleh jenis makanan dan minuman?
Adakah kedapatan banyak penyakit dihasilkan oleh pemakanan bangkai oleh ketidak sempurnaan penyembelihannya?
Bagaimanakah kesihatan disarankan apabila kita memakan bangkai kesan tiadanya penyempurnaan penyembelihan haiwan ternakan?
Saat ini saya ingin mempunyai kenalan dari nasab Levi atau kenalan dari nasrani berfahaman adventist apakah Jesus (Nabi Isa alaihisalam) meningalkan pesan tentang larangan memakan daging khinzir?
Namun bermula sejak tahun 2006 lagi mereka menyembunyikan wajah.
Bergema janji dalam dhammir yang paling dalam, janji kita dengan Ar-Rabb adalah untuk tunduk menyembahNya.
Mengapakah fakta ini sangat sukar difahami seperti mudahnya kita memahami dengan rasional bahawa mentari meminjamkan cahayanya buat rembulan?
Bergema janji dalam dhammir yang paling dalam, janji kita dengan Ar-Rabb adalah untuk tunduk menyembahNya.
Mengapakah fakta ini sangat sukar difahami seperti mudahnya kita memahami dengan rasional bahawa mentari meminjamkan cahayanya buat rembulan?
"Sesungguhnya Allah itu sangat belas kasihan. Oleh itu ia sukakan sifat belas kasihan di dalam semua perkara dan Dia juga akan melimpahkan belas kasihanNya kepada mereka yang bersifat demikian, tidak akan diberikanNya buat mereka yang kejam."
Minta jangan diganggu dashboard blog saya.
BalasPadamCould you please do not control my dashboard.