Isnin, 11 Mac 2013

Permusafiran Si Fakir Ramadhan (Pertanyaan - Perth Ausralia)



Wednesday, January 31, 2007


Masjid Perth. Rakaman gambar di antara 5/julai-12/Julai 1996


Masih sarat lingkaran kelmarin menyempit ruang rasa seumpama rembang suria menitikkan keringat, tumpahnya merembes sejuk menyegar semarak ria setelah sebal menyebar rawan. 

Masih terasa bagaikan berselimutkan cuaca sewaktu berada di Knutsford, Cheshire di Manchester di Doha ketika ini. Dhammir sanubari saya yang mudah tersentuh mengibaratkan titis rintik-rintik hujan yang sedang turun bagaikan ingin meladung lopak luka dari hirisan tindanan peristiwa-peristiwa semalam. 


Tidak mahu terkurung oleh radang rasa kerana masih baharu lagi dengan cuaca dan suasana di Qatar, masih kenangan di Peth menemani sepi hari dalam menanti kepulangan anak-anak dari sekolah dan suami berada di sisi...


Tatkala suami menyedari saya bersendirian berhari-hari di kamar sewa sewaktu dia bekerja, suami memujuk dengan pulang agak awal hari itu.

Sesudah solat di Masjid Perth yang tenang dan bersih persekitarannya, kami menyusuri kaki lima bangunan melihat panorama keharmonian berbagai wajah yang mengadun seri ceria warganya.


"Kombinasi irama oleh peralatan tradisional sedikit pun tidak mencemar bening rasa," saya cuba menyelinapkan rasa romantis ke jiwa suami yang merupakan seorang jurutera eletrik dan kuasa yang hampir seluruh perhatiannya tertumpu pada mesin-mesin dan graf-graf elektrolisis bagi mengeletrifikasikan elemen-elemen ubah daya untuk penjanaan tenaga.

Karektornya ini sering menjadikan saya kerap senyum seorang diri bila berhadapan dengan kekurangan kepekaannya pada kesensetiviti indera rasa saya, saat bersentuhnya sesuatu di hati dan minda saya terhadap alam, manusia dan persekitaran. 


"Mereka tu pelajar yang berasal dari penduduk pribumi Australia."

"Rupa mereka saling tak tumpah seperti orang putih malah lebih tampan dan cantik."



Trombon besar, gendang dan tamborin adunan bunyinya terasa seperti ada transkripsi yang sayu meresap tidak terluah dari alun rasa anak-anak muda itu.


Seorang gadis meletakkan topi untuk diletakkan sumbangan pada yang menghargai persembahan mereka.


"Mereka yang mengerti makna sukar akan sentiasa gigih mekar tekun memasrahkan insaf."


"Mereka meminta setelah berusaha," wajah suami saya renungi dengan kasih.




Di Perth pada tahun 1998

"Laparlah... kita cari pizza sayur."

"Bagaimana jika kita makan di restoren?" pujukan manja yang ikhlas suami hnya saya seorang sahaja memahaminya lalu ia ibarat pucuk dicita ulam mendatang...

Mulalah terbayang bok choi, mee putih, osyter sos setelah beberapa hari memakan roti dan sandwich sahaja.


"Cari restoren cina yang muslim, ya bang."


Puas berjalan akhirnya bertemu restoren yang dihajatkan.


"Bolehkah? Tidak ada apa-apa tanda pun."


Sepasang suami isteri dengan senyum manis berseri menghampiri kami. Menu mee yang kami pesan,memastikan hanya sayur-sayuran dan makanan laut sahaja.


Saya memberanikan diri bersuara.


"Kadang kala saya memilih daging yang diimpot dari sini, di tempat saya."


"Oh ya?... di sini ternakan lembu dan biri-birinya memang terkenal di serata dunia," pemilik restoren membalas ramah.


Suami memandang dan saya tahu saya perlu diam.


Sebelum beredar saya berpesan,"letaklah tanda promosi ada makanan halal di restoren ini agar lebih ramai datang mengunjungi...masakan kamu sedap."


"Nanti, nanti,tunggu dulu...apakah maksud halal? Kamu pasti semua pengunjung seperti kamu akan merasa puas dengan masakan kami?


Dan kami menyambung bicara memesan minuman teh untuk lebih bermesra dengan pasangan berketurunan cina yang begitu menghargai kejujuran kami. 


Masyarakat yang perihatin pada kebenaran dan bersedia berlapang dada untuk mendengar teguran berupaya mengesan manafaat dari setiap alasan apabila sedia membuka rasa sebelum minda sedia terbuka.


Menguasai emosi dengan menggunakan akal tidak akan upaya ditunduki nafsu andai tanpa keinginan menundukkan diri pada kehendak Ar-Rabb.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan